Pengalaman: Mitos Pembunuhan Budak Di SKPT

By Kimi Jamai - July 06, 2012

Assalamualaikum...
Salam jumaat kawan2.. Sekarang ni rumah aku tengah sunyi2 sayup sebab mak abah tengah tidoq, adik2 dok study, anak sedara dok tidoq ngan mak dia, dan selebihnya dok bershopping untuk Family Day esok.. yep, kami nak buat family day esok..hehe.. saja suka2 n untuk mengeratkan tali kekeluargaan kami..


How is that ada kena mengena dengan tajuk yg menyeramkan tu!


Ok2, td tu aku saja ja nak ceritakan perkembang diri aku sekarang ni.. Back to the tajuk entry kali ni, ceritanya mcm ni.. dulu masa aku darjah satu dan dua, aku masih lagi tinggal di Kuantan sebab ayah aku masih lagi seorang askar. Masa aku bersekolah kat situ,  biasalah, semua sekolah pun ada cerita hantu sendiri kan? tapi sekolah tu punya cerita hantu lain sikit daripada yg kebiasaan sekolah.. 


Apa yg lainnya??

Yang lainnya ialah kisah hantu yg paling femes n yang paling banyak dibualkan ialah bukan kisah hantu kacau orang or whatsoever tapi kisah mcmmana hantu tu jadi hantu.. Ok, dulu ada satu kisah pembunuhan yg sangat ngeri membabitkan seorang pelajar perempuan sekolah tu yg dibunuh kejam oleh seorang lelaki... Kisahnya bermula begini.....


Note: Kisah ini tidak sesuai dibaca oleh orang yg baru lepas mengkedarah nasik 5 pinggan..... dan ibu dalam pantang buasir..


Pada satu malam, ada yg mengatakan bahawa budak perempuan ni baru balik dari kelas tambahan malam.. Budak perempuan ni tunggu la ayahnya ditepi sekolah setelah kelas tamat.. beberapa minit lepas tu ayah dia pun sampailah kesitu berjalan kaki.. Untuk pengetahuan kawan2,  dalam kem tentera, sekolah sangat dekat dengan rumah2 tentera, jadi tidak perlu sangat nak naik kenderaan... Ok, bila ayah dia dah sampai, tiba2 si pelajar tu pulak dahaga so dia suruh la ayah dia g beli ayaq tin yg guna duit syiling tu.... 

kat mana ayah dia beli??


kat mesin ayaq yg terletak dekat2 dengan klinik seberang jalan di tepi sekolah tu... Ayah dia p beli ayaq n dia stay situ sebab dia letih... Ayah dia pun p la beli ayaq tu kat dia sebab kesian kat anak yg tengah dahaga dan keletihan.. ayah dia p tu sat ja... N bila dia patah balik.... anak kesayangan dia dah xda..


anak dia p mana?? p toilet kaa???

kalau dia hilang p toilet, aku x tules la entry ni... tapi dia hilang sebab mmg dia hilang selama-lamanya.. Bapak dia puas cari keliling sekolah tu tapi x jumpa apa... So dia g lapor kat polis..polis cari pun xjumpa apa2.... dan keesokan harinya.....  Depa jumpa mayat budak malang tu... berteraburan...jantung atas pokok...tangan tepi parit... kepala tepi longkang....dan sebagainya... sampai sekarang pembunuh tu masih bebas... Dan begitu jugaklah hantu adik tu...



Ok, kawan2... itulah salah satu kisah yg paling femes masa aku belajaq kat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera... sampai sekarang aku tatau kesahihan cerita ni... tapi tiap2 kali aku dok kat tepi tempat menunggu yg mangsa tu tunggu ayah dia tu, msti aku akan rasa seram dan sedih at the same time... lets just hope that the story is just a mitos semata-mata...  n thats all from me..

assalamualaikum



  • Share:

You Might Also Like

1 Org Buat Aku Senyum

  1. http://hunyieda.blogspot.com/2012/06/giveaway.html mari j0in sini..banyk hadiah menarikk

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D