Info : Macam Mana Nak Download Lagu

Saturday, September 26, 2015
Assalamualaikum
Salam Muhibbah! Hello kengkawan! This is going to be a short entry sebab dalam entri kali ni aku sekadar nak kongsikan dengan hgpa yg mana kaki layan lagu dekat youtube cara-cara untuk download lagu2 yang hg dok dengaq kat youtube tu dalam bentuk MP3.. Maybe ramai yang dah tau so, hgpa yg dah tau tu, boleh p baca entry-entry aku yang lain noh.. Mohon jgn blah dari blog ni..Jangan..jangan... Anyway, cara yang aku nak ajar ni adalah cara aku dok download lagu2 yang best from youtube masuk dalam laptop dalam bentuk MP3.. Lepas tu hgpa nak transfer masuk handphone ka, ipad ka, mp3 player ka, pandai2 lah noh usaha.. Orait, lets get to it, cara macam mana nak download video youtube dalam bentuk mp3 ataupun cara nak convert video youtube kepada mp3

It is very easy, very simple, everyone can do it. First of all, kenalah bukak youtube dulu, search video lagu yang hgpa nak download tu.. Nak search mana tu hgpa tau dah kan? Ok, search.. and bila dah keluar selections tu, klik saja yang mana hgpa rasa kualiti elok.. Kalau aku, selalunya aku akan klik dekat video " _________ lirik video".. Sebab apa x klik dekat official music video? sebab kalau dalam official music video selalunya ada extra2 shot dekat intro ataupun kat tengah2 mahupun dekat hujung2.. Jadi kalau nak full song sahaja, just klik dekat yg lirik video.. Macam kat bawah ni.



Ok, bila dah jumpa video yang hgpa berkenan, copy link video berkenaan dan masuk ke website ni https://www.youtube2mp3.cc/, just untuk confirmation, hgpa akan sampai ke webpage macam kat bawah ni..

https://www.youtube2mp3.cc/

Sekarang, nampak x kotak yg aku merahkan tu? paste kan link video yang hgpa copy tadi tu kat ruang tu.. Lepas dah paste, klik convert, within 3 saat akan keluar button download, then hgpa just klik button tu ok? Video hgpa akan didownload dalam format mp3.. Itu saja! Senang kan? hehe.. Sebelum ni susah nak download video youtube dalam format mp3 kan? tapi lately ni dah banyak sangat online apps/software yang boleh tolong kita nak download video youtube dalam format mp3.. So, lets just enjoy all the apps and make use of it to the fullest! haha.. Orait, itu sahaja yang aku nak kongsikan! Kepada hgpa yang nak download video youtube dalam format video sepantas 3 saat, boleh klik sini sini sini dan kalau nak tau mana nak tengok movie online, boleh klik sini sini sini.. Ok hgpa, aku cau dulu! Harap entry ini membantu!

Damai pada semua.





Sembang2: Hey! I'm Still Here.

Friday, September 18, 2015
Assalamualaikum,
Salam muhibbah! Masya-Allah blog.. Lamanya aku tinggal hg.. Walaupun baru tinggal for almost a year, tp rasa mcm dah tinggal blog ni seabad. Mungkin sebab hg pernah jadi salah satu benda terpenting dalam hidup aku kot noh..Jangan risau, hg masih penting.. Banyak yang dah jadi selama aku x update kat blog ni.. Sangat banyak sampai aku taktau nak start dari mana..Btw, before anything, hg apa khabar blog? Ada org dok singgah mai sini lagi ka? Daripada insight yg aku cek tadi, masih ada yg sudi datang ataupun mungkin dipaksa datang oleh google.. So, Alhamdulillah for that.. Oh me? Aku sihat walafiat ja.. Masih bernafas, masih diberi peluang untuk tengok dunia dan untuk ambil iktibar dari hal-hal yang berlaku kat dunia ni untuk perbaiki diri supaya ada bekal nak bawak ke alam selepas dunia ni.

Ok, moving on! Among the things yg jadi kat aku for all the time I was away from you is that aku pergi buat praktikal dekat cable car Langkawi. Praktikal tu xlama, dua bulan saja.. Tp ilmu and pengalaman yang aku dapat kat situ mmg banyak dan x ternilai sangat. Nnt aku buat satu post telling things yang ada kat cable car tu orait? Kerja kat situ penat tapi bila balik rumah, aku rasa mcm xsabar nak p kerja untuk hari berikutnya. Maknanya, I was happy there. Penat tapi sangat menyeronokkan. So, there'll be a post about that ok blog? 


Some other things that happen to me, erm.. Yeah, lupa nak bagitau, I am now in my final year! FINAL SEM, to be exact. It is not as fun as I thought it would be.. Bukan x best sebab apa, sebab memikirkan lepas ni dah xdpt nak p kelas dengan kawan2.. Xdapat nak lepak bilik kawan2, basically everything yg aku buat dengan kawan2 kat dlm Upm ni dah xdapat nak buat dah la lepas ni.. and also, final year project lah..Mmg spoil mood bila fikir pasal Final Year Project ni..Tapi xpa, everyone has to do it.. So, lets just suffer together ok? 

Actually, aku xberapa nak ingat sangat dah insiden2 yang berlaku dalam sem lepas sebelum aku p cable car.. Jadinya aku xboleh nak cerita..So, as for now until aku teringat balik insiden2 yang menarik untuk aku share, sampai sini dulu lah yer.. At least, kalau ada insan2 yang masih melawat blog secara sengaja especially, you now know that I'm still here and still want to write.

Damai pada kamu semua!

Info: Nak Ke Mana Lepas SPM

Thursday, January 15, 2015

Assalamualaikum,
Salam muhibbah.. Entry ni ditujukan kepada adik-adik yang baru lepas duduki SPM pada hujung tahun lepas..Ditujukan jugak kepada adik aku yang sekarang ni dok menanam anggur (menganggur) sementara dok tunggu result SPM keluar nnt . Ni sekadar perkongsian daripada aku yang pernah menghadapi situasi yang sama, bergelut dengan dilemma yang sama. Remember, ni sekadar perkongsian cerita dan pendapat aku sahaja okey? Bukan paksaan ataupun rujukan utama kalau hgpa, adik2 sekalian nak pilih jalan hidup hgpa. 



    Lepas habis SPM, Mana nak pergi? Terasa macam hgpa tengah berada atas sampan tanpa pendayung ditengah tengah lautan yang dilitupi kabus yang tebal nokhayam kan? Taktau apa nak buat.. Taktau apa nak jadi.. Terasa macam masih awal untuk tetapkan hala tuju hidup hgpa.. Kalau ada yang dah nampak jalan sipi2 tu, alhamdulillah.. Kalau hgpa masih blur, masih belum kenal faham diri hgpa dan apa yang hgpa betul2 nak jadi ataupun nak capai dalam hidup hgpa, jgn risau.. Itu normal. Aku pun macam tu dulu. No. Kami pun mcm tu dulu.. Tapi disebabkan aku dulu dah buat kesilapan tu (being blur and didn’t make everything clear) masa lepas SPM dulu, aku harap hgpa xulang kesilapan aku tu. Kenali diri hgpa, bakat hgpa, minat hgpa. Fahami diri hgpa pada masa sekarang terlebih dahulu dan kemudian aturkan perjalanan diri hgpa di masa hadapan. Bila dah betul-betul kenal diri hgpa dan bila dah atur secara kasarnya apa yang hgpa mahu capai inshaAllah, sampan yang hgpa naik akan ada pendayung dan kabus yang tebal tadi akan hilang dan hgpa dapat pulak seketul kompas untuk hgpa jadikan panduan. Jangan fikir “eh, aku baru abis spm ni.. Awal lagi.. Nanti nak masuk dergree aku set la betul2 nak jadi apa”. No! jgn buat macam tu.. Sebab mula2 hgpa rasa macam masih awal, tp nnt tanpa hgpa sedaq, dah tinggal lagi satu sem nak habis belajar degree dan hgpa masih xdak hala tuju hidup. Time tu nnt menggelabah. Menggelupur. Trust me.



   So. Apa minat hgpa? Sains? Sastera? Kulinari? Accounting? Etc? Dah dapat bayangkan walaupun secebis belum apa yang hgpa nak hadap lagi 5 atau 6 tahun? Banyak betoi soalan aku kan? Hgpa kena tanya soalan2 ni sekarang agar satu hari nanti hgpa takkan tanya diri hgpa “ Kenapa aku pilih course yang aku xminat ni?”. So before you make any move, think. Give it a ponder. No, you are not that little kid yang dok main aci ligan duduk dekat kantin sekolah anymore.. Hgpa semua dah besaq.. Dah kena belajaq make life decision.. Sebab apa? Sebab dunia yang menanti hgpa lepas hgpa dah habis belajaq nanti akan jadi sangat dahsyat, sangat kompetetif dan boleh sampai ke tahap kejam.. Mcmmana aku tau? Aku taktau, tapi melihatkan keadaan dan dunia sekarang, kita boleh agak dah mcmna keadaan pasaran pekerjaan pada masa akan datang.. So, pilih langkah yang betul sekarang. Pilih bidang yang hgpa betul2 minat, garap betul2 kemahiran dan ilmu yang perlu hgpa ada.. Dan jadi yang terbaik.. InshaAllah anda ada tempat dalam dunia yang bakal rancak nanti.. 



  Dah kenal diri hgpa? Dah tau apa minat hgpa? Ok sekarang kita boleh cakap pasal ways to get yourself into colleges and universities. Kita bahagikan ikut bidang ok? First, bidang sains. Bila cakap bidang sains, sangat banyaklah cabang dalam bidang ni.. Yang paling femes, ofkos la Medic kan? Dan yang xfemes ada beribu lagi cabang yang hgpa boleh further dalam bidang sains ni.. Untuk further studies hgpa dalam bidang sains lepas SPM ada plenty of ways yang hgpa boleh guna.



1. UPU (ASASI) – Time isi upu nanti hgpa boleh letak keutamaan kepada program program asasi sains yang ada kat certain universities kat Malaysia ni.. Antara universiti kerajaan yang ada pusat asasi sains adalah:
  • · UIA 
  • · UiTM
  • · UM
  • · UPM
  • · UNIMAS
Mungkin ada yang aku terlepas pandang, tapi itu antara yang aku pasti mmg ada pusat asasi sains. Setiap ASASI universiti2 tu ada kelebihan dan kekurang masing-masing yang aku rasa xperlu la kot nak dicerita kat sini sebab terlalu banyak kan. Nnt lain kali kita cerita ok? Btw, UPU tahun ni boleh diisi starting from 19 Januari 2015.. Pergi ke BSN dan beli number pin UPU ok? Jangan ralik!http://upu.moe.gov.my/web/



2. Matrikulasi- Matriks ni mmg sangat terkenal sebagai pusat foundation sains kat Malaysia ni.. Setiap negeri pun ada Matrikulasi masing2 kan.. Aku tak pergi ke Matriks dulu jadi aku taktau sangat kondisi dan atmosfera dalam matriks tu macammana, ada yang kata susah nak score, tapi dalam pada masa yang sama ramai kawan2 aku yang keluar dari Matriks dengan pointer 4 rata.. Apa maksudnya? Maksudnya, memang susah nak score dekat Matriks tu, tapi hgpa boleh score kalau hgpa pulun.. Duduk mana mana pun kena pulun! Ingat tu! X pulun mmg xkemana, xkiralah hgpa belajaq kat mana pun. Lepas dah keluar matriks nnti, kalau pointer hgpa ok, InshaAllah pilihan kat tangan hgpa nak sambung ke cabang yang lebih mendalam yang mana. 



3. UPU (Diploma)- Ramai jugak kawan2 aku dulu yang further ke diploma dalam bidang yang depa minat. Ingat ni, xdak apa yang kurang pun kalau hgpa sambung diploma..Kenapa aku cakap cmni, sebab nanti one day lepas hgpa dah pilih nak sambung diploma dalam bidang yang hgpa minat and tiba2 hgpa tengok kawan sebaya hgpa yg dulu buat asasi tengah further degree. Don’t feel bad about yourself.. As long as hgpa buat benda yang hgpa minat, and hgpa buat btoi2, toksah dok compare apa2 dengan siapa2! Ok? Belajaq sunggoh2 kasi dapat 4flat and shove it on everyone’s face! *don’t. So kalau ada yang nak sambung diploma maybe dalam bidang Sains, engineering dan sebagainya, silakan. Do it proudly. 


4. Form 6 – Orang2 yang sambung Form 6 ni selalu orang lain dok being skeptik dekat depa by saying that “depa ni xdapat sambung belajaq mana2 sebab tulah depa sambung form 6 jaa”. Form 6 ja hgpa kata? Form tu punya silibus susah nokhorom hgpa tau dak.. Orang2 yang dok buat andaian mcm tu mau kena penampaq dengan buku teks form 6 baru depa nak beringat. In fact, kalau pilih jalan form 6 ni, maybe it will take more time than the other means, tapi bila nak sambung ke degree nanti, these form 6 students yang akan diberi keutamaan. Hgpa akan faham betapa bernilainya istilah “diberi keutamaan” bila hgpa nak isi UPU untuk degree nanti.. Kalau nak apply untuk form 6, selalu2 lah tanya cikgu kaunseling hgpa k.. They can help, they will help.


5. Foundation Swasta- Lastly, kalau hgpa ber-u-wang sikit. Boleh lah sambung ke universiti swasta. Xbanyak yang aku boleh cerita tentang ni.. Tapi I have friends yang sambung ke foundation universiti swasta ni, then depa belajaq sunggoh2, and they managed to get decent grades then depa dapat biasiswa from MARA to further studies overseas.Ada yang dapat sponsor from that universiti swasta sendiri.. 




   Ok, itu pilihan cara yang ada kalau hgpa nak sambung bidang sains, kalau nak sambung bidang selain dari sains? Sebenaqnya cara dia lebih kurang jaa.. Untuk sambung bidang sastera, komunikasi, multimedia, perakaunan dan sebagainya. Pilihan cara yang boleh hgpa gunakan sama ja macam kat atas tadi tu, cuma tukar dekat bidang sahaja. 

   Kalau ada bidang yang hgpa nak aku perincikan lagi, dipersilakan tinggalkan komen kat bawah ok? So, macamna sekarang? Kalau belum mula fikir, silalah mula fikir dan rancang.. Jangan pilih sesuatu bidang tu sebab bidang tu femes atau sebab ramai kawan2 yang amek bidang tu, pilih bidang yang hgpa tau hgpa memang minat sebab nanti hgpa bukan nak menghadap betapa femesnya bidang tu, tapi hgpa akan hadap betapa susahnya bidang tu.. Setiap cabang bidang pengajian tu susah, tapi kalau hgpa minat, yg susah tu akan berjaya hgpa atasi and hgpa akan rasa puasnya menuntut ilmu. Oklah, rasanya ni dah panjang gila dah aku tulis. Semoga berjaya dalam membuat pilihan. Ok? Kalau ada aku terlepas cakap apa2 yang salah atau terlepas pandang apa2 yang sepatutnya dimasukkan dalam entry ni, aku susun sepuluh jari mohon maaf ok.. Baik, jumpa di lain entry! :)



Assalamualaikum.
Jemput Komen.









Movie Time : Senarai Movies Tahun 2015

Monday, January 5, 2015

Assalamualaikum.
Salam muhibbah semua.. Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat tahun baru kat hgpa semua *Actually dah agak terlambat for that.. Anyway, tahun baru, azam baru, semangat baru, apa lagi yang baru tahun ni? Haaa.. ofcoz la banyak movies baru yang bakal keluaq kan.. Kepada kaki kaki movie & kaki kaki wayang kat luaq sana, hgpa msti excited to see what movies are coming out this year kan? Samalah, aku pun excited ni.. 2014 has left us with some pretty good and worth remembering forever movies (e.g. Interstellar, A Haunted House 2, The Purge 2, dan banyak lagi) So, our expectation have been set high for 2015, am I right?. Well, aku xrasa kita, para kaki movies akan kaciwa tahun ini sebab apa? sebab there are so many promising movies coming out this year.. So, lets go through the list , shall we?
 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger