Info : Macam Mana Nak Download Lagu

Saturday, September 26, 2015
Assalamualaikum
Salam Muhibbah! Hello kengkawan! This is going to be a short entry sebab dalam entri kali ni aku sekadar nak kongsikan dengan hgpa yg mana kaki layan lagu dekat youtube cara-cara untuk download lagu2 yang hg dok dengaq kat youtube tu dalam bentuk MP3.. Maybe ramai yang dah tau so, hgpa yg dah tau tu, boleh p baca entry-entry aku yang lain noh.. Mohon jgn blah dari blog ni..Jangan..jangan... Anyway, cara yang aku nak ajar ni adalah cara aku dok download lagu2 yang best from youtube masuk dalam laptop dalam bentuk MP3.. Lepas tu hgpa nak transfer masuk handphone ka, ipad ka, mp3 player ka, pandai2 lah noh usaha.. Orait, lets get to it, cara macam mana nak download video youtube dalam bentuk mp3 ataupun cara nak convert video youtube kepada mp3

It is very easy, very simple, everyone can do it. First of all, kenalah bukak youtube dulu, search video lagu yang hgpa nak download tu.. Nak search mana tu hgpa tau dah kan? Ok, search.. and bila dah keluar selections tu, klik saja yang mana hgpa rasa kualiti elok.. Kalau aku, selalunya aku akan klik dekat video " _________ lirik video".. Sebab apa x klik dekat official music video? sebab kalau dalam official music video selalunya ada extra2 shot dekat intro ataupun kat tengah2 mahupun dekat hujung2.. Jadi kalau nak full song sahaja, just klik dekat yg lirik video.. Macam kat bawah ni.



Ok, bila dah jumpa video yang hgpa berkenan, copy link video berkenaan dan masuk ke website ni https://www.youtube2mp3.cc/, just untuk confirmation, hgpa akan sampai ke webpage macam kat bawah ni..

https://www.youtube2mp3.cc/

Sekarang, nampak x kotak yg aku merahkan tu? paste kan link video yang hgpa copy tadi tu kat ruang tu.. Lepas dah paste, klik convert, within 3 saat akan keluar button download, then hgpa just klik button tu ok? Video hgpa akan didownload dalam format mp3.. Itu saja! Senang kan? hehe.. Sebelum ni susah nak download video youtube dalam format mp3 kan? tapi lately ni dah banyak sangat online apps/software yang boleh tolong kita nak download video youtube dalam format mp3.. So, lets just enjoy all the apps and make use of it to the fullest! haha.. Orait, itu sahaja yang aku nak kongsikan! Kepada hgpa yang nak download video youtube dalam format video sepantas 3 saat, boleh klik sini sini sini dan kalau nak tau mana nak tengok movie online, boleh klik sini sini sini.. Ok hgpa, aku cau dulu! Harap entry ini membantu!

Damai pada semua.





Sembang2: Hey! I'm Still Here.

Friday, September 18, 2015
Assalamualaikum,
Salam muhibbah! Masya-Allah blog.. Lamanya aku tinggal hg.. Walaupun baru tinggal for almost a year, tp rasa mcm dah tinggal blog ni seabad. Mungkin sebab hg pernah jadi salah satu benda terpenting dalam hidup aku kot noh..Jangan risau, hg masih penting.. Banyak yang dah jadi selama aku x update kat blog ni.. Sangat banyak sampai aku taktau nak start dari mana..Btw, before anything, hg apa khabar blog? Ada org dok singgah mai sini lagi ka? Daripada insight yg aku cek tadi, masih ada yg sudi datang ataupun mungkin dipaksa datang oleh google.. So, Alhamdulillah for that.. Oh me? Aku sihat walafiat ja.. Masih bernafas, masih diberi peluang untuk tengok dunia dan untuk ambil iktibar dari hal-hal yang berlaku kat dunia ni untuk perbaiki diri supaya ada bekal nak bawak ke alam selepas dunia ni.

Ok, moving on! Among the things yg jadi kat aku for all the time I was away from you is that aku pergi buat praktikal dekat cable car Langkawi. Praktikal tu xlama, dua bulan saja.. Tp ilmu and pengalaman yang aku dapat kat situ mmg banyak dan x ternilai sangat. Nnt aku buat satu post telling things yang ada kat cable car tu orait? Kerja kat situ penat tapi bila balik rumah, aku rasa mcm xsabar nak p kerja untuk hari berikutnya. Maknanya, I was happy there. Penat tapi sangat menyeronokkan. So, there'll be a post about that ok blog? 


Some other things that happen to me, erm.. Yeah, lupa nak bagitau, I am now in my final year! FINAL SEM, to be exact. It is not as fun as I thought it would be.. Bukan x best sebab apa, sebab memikirkan lepas ni dah xdpt nak p kelas dengan kawan2.. Xdapat nak lepak bilik kawan2, basically everything yg aku buat dengan kawan2 kat dlm Upm ni dah xdapat nak buat dah la lepas ni.. and also, final year project lah..Mmg spoil mood bila fikir pasal Final Year Project ni..Tapi xpa, everyone has to do it.. So, lets just suffer together ok? 

Actually, aku xberapa nak ingat sangat dah insiden2 yang berlaku dalam sem lepas sebelum aku p cable car.. Jadinya aku xboleh nak cerita..So, as for now until aku teringat balik insiden2 yang menarik untuk aku share, sampai sini dulu lah yer.. At least, kalau ada insan2 yang masih melawat blog secara sengaja especially, you now know that I'm still here and still want to write.

Damai pada kamu semua!

Info: Nak Ke Mana Lepas SPM

Thursday, January 15, 2015

Assalamualaikum,
Salam muhibbah.. Entry ni ditujukan kepada adik-adik yang baru lepas duduki SPM pada hujung tahun lepas..Ditujukan jugak kepada adik aku yang sekarang ni dok menanam anggur (menganggur) sementara dok tunggu result SPM keluar nnt . Ni sekadar perkongsian daripada aku yang pernah menghadapi situasi yang sama, bergelut dengan dilemma yang sama. Remember, ni sekadar perkongsian cerita dan pendapat aku sahaja okey? Bukan paksaan ataupun rujukan utama kalau hgpa, adik2 sekalian nak pilih jalan hidup hgpa. 



    Lepas habis SPM, Mana nak pergi? Terasa macam hgpa tengah berada atas sampan tanpa pendayung ditengah tengah lautan yang dilitupi kabus yang tebal nokhayam kan? Taktau apa nak buat.. Taktau apa nak jadi.. Terasa macam masih awal untuk tetapkan hala tuju hidup hgpa.. Kalau ada yang dah nampak jalan sipi2 tu, alhamdulillah.. Kalau hgpa masih blur, masih belum kenal faham diri hgpa dan apa yang hgpa betul2 nak jadi ataupun nak capai dalam hidup hgpa, jgn risau.. Itu normal. Aku pun macam tu dulu. No. Kami pun mcm tu dulu.. Tapi disebabkan aku dulu dah buat kesilapan tu (being blur and didn’t make everything clear) masa lepas SPM dulu, aku harap hgpa xulang kesilapan aku tu. Kenali diri hgpa, bakat hgpa, minat hgpa. Fahami diri hgpa pada masa sekarang terlebih dahulu dan kemudian aturkan perjalanan diri hgpa di masa hadapan. Bila dah betul-betul kenal diri hgpa dan bila dah atur secara kasarnya apa yang hgpa mahu capai inshaAllah, sampan yang hgpa naik akan ada pendayung dan kabus yang tebal tadi akan hilang dan hgpa dapat pulak seketul kompas untuk hgpa jadikan panduan. Jangan fikir “eh, aku baru abis spm ni.. Awal lagi.. Nanti nak masuk dergree aku set la betul2 nak jadi apa”. No! jgn buat macam tu.. Sebab mula2 hgpa rasa macam masih awal, tp nnt tanpa hgpa sedaq, dah tinggal lagi satu sem nak habis belajar degree dan hgpa masih xdak hala tuju hidup. Time tu nnt menggelabah. Menggelupur. Trust me.



   So. Apa minat hgpa? Sains? Sastera? Kulinari? Accounting? Etc? Dah dapat bayangkan walaupun secebis belum apa yang hgpa nak hadap lagi 5 atau 6 tahun? Banyak betoi soalan aku kan? Hgpa kena tanya soalan2 ni sekarang agar satu hari nanti hgpa takkan tanya diri hgpa “ Kenapa aku pilih course yang aku xminat ni?”. So before you make any move, think. Give it a ponder. No, you are not that little kid yang dok main aci ligan duduk dekat kantin sekolah anymore.. Hgpa semua dah besaq.. Dah kena belajaq make life decision.. Sebab apa? Sebab dunia yang menanti hgpa lepas hgpa dah habis belajaq nanti akan jadi sangat dahsyat, sangat kompetetif dan boleh sampai ke tahap kejam.. Mcmmana aku tau? Aku taktau, tapi melihatkan keadaan dan dunia sekarang, kita boleh agak dah mcmna keadaan pasaran pekerjaan pada masa akan datang.. So, pilih langkah yang betul sekarang. Pilih bidang yang hgpa betul2 minat, garap betul2 kemahiran dan ilmu yang perlu hgpa ada.. Dan jadi yang terbaik.. InshaAllah anda ada tempat dalam dunia yang bakal rancak nanti.. 



  Dah kenal diri hgpa? Dah tau apa minat hgpa? Ok sekarang kita boleh cakap pasal ways to get yourself into colleges and universities. Kita bahagikan ikut bidang ok? First, bidang sains. Bila cakap bidang sains, sangat banyaklah cabang dalam bidang ni.. Yang paling femes, ofkos la Medic kan? Dan yang xfemes ada beribu lagi cabang yang hgpa boleh further dalam bidang sains ni.. Untuk further studies hgpa dalam bidang sains lepas SPM ada plenty of ways yang hgpa boleh guna.



1. UPU (ASASI) – Time isi upu nanti hgpa boleh letak keutamaan kepada program program asasi sains yang ada kat certain universities kat Malaysia ni.. Antara universiti kerajaan yang ada pusat asasi sains adalah:
  • · UIA 
  • · UiTM
  • · UM
  • · UPM
  • · UNIMAS
Mungkin ada yang aku terlepas pandang, tapi itu antara yang aku pasti mmg ada pusat asasi sains. Setiap ASASI universiti2 tu ada kelebihan dan kekurang masing-masing yang aku rasa xperlu la kot nak dicerita kat sini sebab terlalu banyak kan. Nnt lain kali kita cerita ok? Btw, UPU tahun ni boleh diisi starting from 19 Januari 2015.. Pergi ke BSN dan beli number pin UPU ok? Jangan ralik!http://upu.moe.gov.my/web/



2. Matrikulasi- Matriks ni mmg sangat terkenal sebagai pusat foundation sains kat Malaysia ni.. Setiap negeri pun ada Matrikulasi masing2 kan.. Aku tak pergi ke Matriks dulu jadi aku taktau sangat kondisi dan atmosfera dalam matriks tu macammana, ada yang kata susah nak score, tapi dalam pada masa yang sama ramai kawan2 aku yang keluar dari Matriks dengan pointer 4 rata.. Apa maksudnya? Maksudnya, memang susah nak score dekat Matriks tu, tapi hgpa boleh score kalau hgpa pulun.. Duduk mana mana pun kena pulun! Ingat tu! X pulun mmg xkemana, xkiralah hgpa belajaq kat mana pun. Lepas dah keluar matriks nnti, kalau pointer hgpa ok, InshaAllah pilihan kat tangan hgpa nak sambung ke cabang yang lebih mendalam yang mana. 



3. UPU (Diploma)- Ramai jugak kawan2 aku dulu yang further ke diploma dalam bidang yang depa minat. Ingat ni, xdak apa yang kurang pun kalau hgpa sambung diploma..Kenapa aku cakap cmni, sebab nanti one day lepas hgpa dah pilih nak sambung diploma dalam bidang yang hgpa minat and tiba2 hgpa tengok kawan sebaya hgpa yg dulu buat asasi tengah further degree. Don’t feel bad about yourself.. As long as hgpa buat benda yang hgpa minat, and hgpa buat btoi2, toksah dok compare apa2 dengan siapa2! Ok? Belajaq sunggoh2 kasi dapat 4flat and shove it on everyone’s face! *don’t. So kalau ada yang nak sambung diploma maybe dalam bidang Sains, engineering dan sebagainya, silakan. Do it proudly. 


4. Form 6 – Orang2 yang sambung Form 6 ni selalu orang lain dok being skeptik dekat depa by saying that “depa ni xdapat sambung belajaq mana2 sebab tulah depa sambung form 6 jaa”. Form 6 ja hgpa kata? Form tu punya silibus susah nokhorom hgpa tau dak.. Orang2 yang dok buat andaian mcm tu mau kena penampaq dengan buku teks form 6 baru depa nak beringat. In fact, kalau pilih jalan form 6 ni, maybe it will take more time than the other means, tapi bila nak sambung ke degree nanti, these form 6 students yang akan diberi keutamaan. Hgpa akan faham betapa bernilainya istilah “diberi keutamaan” bila hgpa nak isi UPU untuk degree nanti.. Kalau nak apply untuk form 6, selalu2 lah tanya cikgu kaunseling hgpa k.. They can help, they will help.


5. Foundation Swasta- Lastly, kalau hgpa ber-u-wang sikit. Boleh lah sambung ke universiti swasta. Xbanyak yang aku boleh cerita tentang ni.. Tapi I have friends yang sambung ke foundation universiti swasta ni, then depa belajaq sunggoh2, and they managed to get decent grades then depa dapat biasiswa from MARA to further studies overseas.Ada yang dapat sponsor from that universiti swasta sendiri.. 




   Ok, itu pilihan cara yang ada kalau hgpa nak sambung bidang sains, kalau nak sambung bidang selain dari sains? Sebenaqnya cara dia lebih kurang jaa.. Untuk sambung bidang sastera, komunikasi, multimedia, perakaunan dan sebagainya. Pilihan cara yang boleh hgpa gunakan sama ja macam kat atas tadi tu, cuma tukar dekat bidang sahaja. 

   Kalau ada bidang yang hgpa nak aku perincikan lagi, dipersilakan tinggalkan komen kat bawah ok? So, macamna sekarang? Kalau belum mula fikir, silalah mula fikir dan rancang.. Jangan pilih sesuatu bidang tu sebab bidang tu femes atau sebab ramai kawan2 yang amek bidang tu, pilih bidang yang hgpa tau hgpa memang minat sebab nanti hgpa bukan nak menghadap betapa femesnya bidang tu, tapi hgpa akan hadap betapa susahnya bidang tu.. Setiap cabang bidang pengajian tu susah, tapi kalau hgpa minat, yg susah tu akan berjaya hgpa atasi and hgpa akan rasa puasnya menuntut ilmu. Oklah, rasanya ni dah panjang gila dah aku tulis. Semoga berjaya dalam membuat pilihan. Ok? Kalau ada aku terlepas cakap apa2 yang salah atau terlepas pandang apa2 yang sepatutnya dimasukkan dalam entry ni, aku susun sepuluh jari mohon maaf ok.. Baik, jumpa di lain entry! :)



Assalamualaikum.
Jemput Komen.









Movie Time : Senarai Movies Tahun 2015

Monday, January 5, 2015

Assalamualaikum.
Salam muhibbah semua.. Rasanya belum terlambat lagi kot untuk aku ucapkan selamat tahun baru kat hgpa semua *Actually dah agak terlambat for that.. Anyway, tahun baru, azam baru, semangat baru, apa lagi yang baru tahun ni? Haaa.. ofcoz la banyak movies baru yang bakal keluaq kan.. Kepada kaki kaki movie & kaki kaki wayang kat luaq sana, hgpa msti excited to see what movies are coming out this year kan? Samalah, aku pun excited ni.. 2014 has left us with some pretty good and worth remembering forever movies (e.g. Interstellar, A Haunted House 2, The Purge 2, dan banyak lagi) So, our expectation have been set high for 2015, am I right?. Well, aku xrasa kita, para kaki movies akan kaciwa tahun ini sebab apa? sebab there are so many promising movies coming out this year.. So, lets go through the list , shall we?

Sembang2 : Dulu Lain Sekarang Lain

Friday, December 12, 2014
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah... Apa habaq kawan2 sekalian... Aku harap hgpa semua sihat2 belaka.. Xdak yang kaki terpele'ot waktu main ice skating dekat IOI Mall yang baru bukak kat sebelah UPM ni kan? Kalau ada, cepat2 sembuh dan p main and terpele'ot k... This semester is almost done. Tinggal seminggu ja lagi untuk habiskan minggu akademik lepastu final exam dan lepas tu cutiii! Ya Allah, cepatlah habis sem.. Aku dah mcm ikan emas kelemasan didaratan dah ni, mengibas2 ekor emas ku sambil mulut tercungap cungap meminta udara.. #Over. But seriously, cepatlah habis.. Nak masuk sem baru, n start baru. 

Btw, sebenarnya dalam entry ni aku nak cerita pasal mak aku.. Mak yang jauh kat Sungai Petani sana nunn.. Lamanya xjumpa mak ngan abah.. Harap2 mak ngan abah sihat2 ja k.. Mak aku ni sebelum ni mmg xberminat langsung dengan teknologi... She doesnt even like using tv remote.. Thats like the baby of technology and she rarely used it... So, Mak aku dulu mmg x berminat dengan teknologi.. Tp bila anak2 dah mula duduk jauh..Belajar jauh2.. Xduduk depan mata mak dah.. Mak beli handphone..Mak mula belajar tekan2 punat2 dekat handphone nokia torchlight.. Kecik besar kecik besar jer mata mak taip mesej untuk dihantar kat anak2 dia tiap2 malam.. tiap2 masa.. Kagum aku tengok mak punya effort untuk belajar guna teknologi demi nak rasa dekat dengan anak2.. Tabik springg makkk! 


Tahun berganti tahun, mak yang dulu xberminat nak guna TV remote, sekarang dah berjinak jinak guna smartphone.. Aku xbalik lagi tengok smartphone apa yang mak guna, tapi aku tau mak guna smartphone sebab, mak lani dah whatsapp uooolss... She sees the needs to learn to use smartphone and whatsapp because she knows that anak2 dia semua pakat2 guna whatsapp.. Dia nak rasa dekat dengan anak2 dia.. Sebelum Mak, Abah dulu mula berjinak2 dengan whatsapp, jugak sebab abah nak rasa dekat dengan anak2 yang pada realiti kasarnya berada jauh beribu batu.. Tiap2 pagi mak whatsapp kat group anak2 dia untuk bersyukur sebab diberikan nyawa diatas bumi Allah ni... Kadang2 mak post gambar2 benda2 kat rumah tp dia zoom in sikit untuk kami anak2 teka apa benda yang dia zoom in  tu... haha.. comel x mak gua? haha..  We can clearly see her effort and kadang2, mata ni macam nak bocor bila mengenangkan mak and abah sunyi kat rumah tu and they tried as much as they can untuk rasa dekat dengan anak2..

To Mak & Abah.. Thank you for everything yang mak abah dah berikan, usahakan, korbankan untuk kami anak2 mak abah... Dan ketahuilah bahawasanya, kalian berdua mmg sentiasa dekat dengan mie.. Ni, dekat dalam hati ni...dalam setiap doa mie.. Oklah, silalah pergi bukak whatsapp hgpa and ucapkanlah terima kasih kat mak ayah hgpa untuk segalanya k... Depa nak rasa dekat dengan hgpa.. Itu saja kot yang aku nak kongsikan kali ni... 



Assalamualaikum

Movie Time : Review cerita Interstellar!

Sunday, November 16, 2014
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah, baru baru ni aku ada pergi tengok satu filem Arahan Christopher Nolan yang bertajuk Interstellar. Christopher Nolan ni merupakan pengarah kepada some very mindblowing movies such as The Dark Night Trilogy & Inception. Banyak lagi movie yang dahsyat dahsyat yang directed by this guy, tp those yang aku mention tu adalah antara yang paling aku suka. Interstellar ni mula2 aku tau pasal movie ni just sebab aku tertengok trailer dia and I thought "I have to watch this movie". So, when the movie is out, I went to watch it. One word, "Amazeballs".




So a little bit about the movie, Lakonan mantap Matthew Mcconaughey & Anne Hathaway dan beberapa lagi pelakon2 yang mantop2.. Cerita ni secara amnya mengisahkan bumi yang kita tinggal sekarang ni dah xboleh lagi nak diduduki sebab kita dah ketandusan sumber2 alam,  dlm cerita ni dia fokuskan kepada sumber makanan.. Dan in order to make sure that spesis manusia survive for a few more millenium, para saintis barat telah hantar peneroka peneroka angkasa lepas diorang untuk cari planet baru untuk manusia tinggal.. Secara khususnya, cerita ni adalah tentang seorang engineer/pilot kapal angkasa yang terpaksa tolong para saintis tadi tu cari planet baru untuk pastikan anak2 dia selamat dari segala bencana dan kekurangan makanan yang sedang melanda Bumi.. Nak tau lebih dalam & detail, hgpa kena p tengok sendiri.. Aku xnak spoil cerita untuk hgpa... Percaya cakap aku, berbaloi.





Bagi aku, cerita Interstellar ni mmg sangat berbaloi untuk ditonton dan aku rasa cerita ni akan masuk dalam senarai cerita paling best yang hgpa pernah tengok sepanjang tahun 2014 ni..  Cerita ni bukan skadar another Science fiction punya movie.. It is more than that.. Its very informative, banyak fakta2 fizik yang digunakan dalam cerita yang mmg betul, bukannya rekaan.. Its beautiful.. Dia ada twisted element or maybe not or maybe yes *saja nak twist otak hgpa ..Hehe.. *I know thats lame.. Well, I dont have anything bad to say about the movie.. Ehhh! ada satu..ehh! xdak2.. It is really good and I think movie enthusiasts out there mmg should go and watch this movie.. Its pretty heavy but good heavy.. Im sure that you people can and will enjoy the movie.. Aku kasik 9 bintang!



Orait, thats all for now!
Assalamualaikum.




Sembang2: Caffein Baik Untuk Otak?

Tuesday, October 28, 2014
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Its 3.26 in the morning dan aku masih belum tidur lagi dik kerana penangan kopi yang aku minum awal tadi yang pada asalnya untuk jadi bekalan aku buat assignment yang nak kena present esok. Hey, jangan nak "menghakimi" insan yang bernama Hakimi ni noh.. Standardlah student universiti buat assignment last minute *a statement that is so wrong yet so true.. So yeah, Im all charged an fully awake disebabkan terlebih caffeine.. Its not good, but I had to do what I had to do #buattrok..Well caffeine ni for some people it does not work, for example my "teman istimewa" kalau minum kopi terus mabuk cari bantal and katil, tidoq.. Jadi, caffeine is not for her.. Tp untuk aku, it works like a battery enegizer for human being.. Rasa otak berpusing mcm enjin kereta dash tu.. Again, aku tau its not good to always rely on caffeine ni, but on my defense, at least I dont smoke cigarete atau minum ayaq ketum atau telan pil kuda etc. and aku cuma minum benda2 berkafein ni waktu aku nak pulun buat assignment sampai tengah2 pagi buta atau kalau aku ada exam/test.. Makanya dong, aku bukanlah addicted to cafein but its more to memerlukan disaat perlu *actually its a kind of addictions but I choose to live in denial..

So, nak cakap pasal apa ni? takkan nak cakap pasal kopi sampai ke sudah... Hehe..  Aku lani dah xberapa nak up-to-date dah dengan issue2 semasa ni.. Issue2 dalam dunia blogger pun aku dah xberapa nak ambil tau sangat dah.. Bukan xnak ambil tau, kalau dok scroll2 timeline fb and ternampak ada berita and cerita berkaitan blogger tu, ada jugaklah click2.. Cumanya kalau dok saja2 nak p blogwalking mmg tak dah.. Dah hilang that fire that use to be burning inside me.. Tp bukan hilang terus lah.. Ada lagi arang2 dia.. So, kalau tiup2 sikit nnt keluaq balik la apinya.. hehe.. Idea pun dah ketandusan dah sekarang ni..  Sampai sini dulu kot untuk kali ni.. Nampaknya kesan kafein yang aku consume tadi dah mula nak padam dah.. Hehe.. Boleh tidur dengan tenang sebab assigment pun dah settle... Ok jom.. Eh lupa.. Kepada yang terbaca entry ni, jemputlah pergi bukak youtube and search Warkah Buat Kekasih Aiskacang Band.. Tu merupakan single pertama aku & band aku.. Jemputlah dengar, comment dan subscribe! Terima kasih.. If you had fun reading this entry, meh belaga kepala sikit tanda terima kasih daripada aku dan daripada hgpa kepada kita each other.. Tp kalau hgpa rasa mcm buang masa baca entry ni, aku mohon ampun dan maaf sebab dah terambil a portion of your life yag hgpa xkan dapat balik dah.. Hatudia.. 

"Jangan takut kalau kita tak hebat 'mcm' orang lain, jadi hebat cara sendiri"
(Semua orang lahir bersama potensi, semua org. Cuma potensinya tu berbeza beza setiap orang)

Now here comes gambar yang langsung xdak kena mengena dengan entry ni


Assalamualaikum.




Nuffnang: CPUV #37 to #46

Wednesday, October 8, 2014
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Hey guys, it has been a pretty long time since the last time I wrote anything here right? I know I said that I will try to occupy this blog with new entries as much as I can just like those good old days but I have to embrace and to admit that things are not the way they used to be anymore.. But I will still write here once in a while though.. and this time, I feel like writing in English.. Hehe.. so please bear with my grammars and stuffs ok?

So, here goes the story..While scrolling down my FB timeline just now I saw my fellow blogger named Sis Hanny post something about she getting a lot of CPUV for her blog.. Like really really a lot.. and I was intrigued by her facebook post so I clicked the link that she put together with the post.. and I was pretty shocked because the amount of the CPUV that she got is      a lot.. Mmg banyak nakhayam orang kedah kata.. At the same time, I was also happy lah for her.. She deserve those CPUVs.. Look at these..



And then I felt like checking my nuffnang earning, manalah nak tau kot2 dapat rezki mempelam runtuh macam kak hanny.. So, I checked my nuffnang account.. And..... .. ... I was right! I did get mempelam runtuh like kak Hanny... I dont know what is going on there at the Nuffnang office lately, but I LOoooVE nuffnang more than ever now.. haha.. Well, I should just consider this as a rezki right?  So.. Alhamdulillah.. Hehe.. Do give me more CPUV k in the future.. :)






Eventhough I dont really write here to make money but this might be a sign that I should continue writing here right?.. Hehe.. So, I think sampai sini dulu kot untuk kali ni.. You know what, to be honest, I dont write here as often as before is probably because my life is not as "interesting" as before kot.. Im not saying that life is bad now but, I just dont have anything much to share anymore.. Just not like those days.. But I do love my life now.. I love my life before and I will love my life in the future.. Ok lah later we'll take more about that ok? see ya when I see ya...

Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

Sembang2: When Randomness Strike!

Sunday, September 7, 2014
Assalamualaikum.
Salam muhibbah, salam sejahtera, salam semester baru! Dah semester 5 dah ka? fuhh.. How time flies.. So freakishly fast.. A couple more semesters, and then Im done with my degree.. What hopes do I have for this Sem? I hope to have a more relax and peaceful sem, but I know that wont happen.. I have been wishing to have that kind of Sem for 4 sem now, and it never happened.. So, throw away that hope! Throw away ke dasar kerak bumi terdalam, letak dalam pirate chest, lock it up and throw the key in the Mount Doom of Mordor! And then throw a nuclear bomb in the middle of the Middle Earth ( Lordoftheringrefferenceallert!).. Over bak hang! Tapi itulah realiti yang akan terjadi.. I trust my experience.. So, to the juniors yang baru masuk ke mana2 kolej, stop having those kind of hopes and wishes k.. The more you wish to have a peaceful, calm, free from assignments and extra-curricular activities kind of semester, the more you are likely to not to have that kind of sem.. So, beware! 

Btw, its been a while sejak kali terakhir aku menulis kat sini.. Why? Sebab laptop aku rosak for almost 2 months.. So, mmg x menulis langsung sejak laptop ni rosak masa cuti haritu.. Hari ni, hati terlintas nak menulis sebab rindu.. Rindu dekat ruang yang dulunya tempat aku 70%merepek, 10%berkongsi maklumat, 10%berkenalan dengan kawan baru dan 10% lagi menjual saham.. Bukan saham duit tu, tapi saham diri.. haha.. In another words, membajetkan diri.. I dont have anything interesting to share now, I just randomly open up my laptop, I feel like I miss this blog, and I start to write.. Hence the randomness of this post.


In addition to the randomness of this post, I would like to wish a Happy Happy Birthday to My Most Beloved Girlfriend a.k.a My Mom for her 52nd birthday! I wish I am still at home celebrating your birthday.. But nevermind, you're always here in my heart mom.. I know that me acting like a retard at home kinda worrying you right? haha.. But dont worry, Im not retarded mom.. I just love to act like that and make those kind of jokes because you will always laugh afterwards.. and that feeling to be able to make you laugh and smile, its heavenly.. So, again selamat hari jadi mak.. You are the best!


Btw, cita-cita aku untuk tukaq tikar getah bilik aku ni mcam xkan kesampaian ja.. At first aku cuma procrastinate, lepas tu aku xdak duit, lepas tu barang dah banyak dalam bilik, and then the niat untuk tukar tikar getah bilik ni just simply faded out.. and will only fade back in awal2 sem depan.. So, sem depan jelah aku tukar tikar getah ni.. Haatudia dah mula masuk isu tikar getah.. Kang termasuk plak isu getah getah yang lain so, better aku stop now.. The proposition of this random entry is really to let anyone who used to always come to this blog before this that I am still alive and I still love to write here.. cuma kemalasan ja yang selalu menjadi org ketiga dalam hubungan aku dengan blog ni.. So, lets hope that hubungan aku dengan blog ni semakin intim lepas ni dan hubungan aku dengan kemalasan ni semakin pudar dan rapuh.. Tudiaa metaphoraa dan personifikasi yg sangat mengada.. Oklah, itu saja untuk kali ni.. 


Assalamualaikum

Nuffnang: CPUV #33 #34 #35 & #36

Saturday, July 5, 2014
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Last aku update pasai earnings nuffnang blog ni adalah pada 8.4.2014 dulu.. Lama gak tu kan? Lepas tu aku stop update blog aku ni for quite a while.. Masa stop update blog haritu mmg jarang teringat dekat iklan nuffnang yang terpasang dekat blog aku ni..Update blog pun malas, ada hati nak tengok earnings kan.. hehe..Tadi ni baru aku cek earnings nuffnang.. Terkejut jugak bila tengok rupa-rupanya sepanjang aku x update blog ni pun Nuffnang still huluqkan CPUV ke blog ni.. Masih sayang rupanya Nuffnang dekat blog picisan aku ni.. Alhamdulillah and Thanx Nuffnang.. Sekarang dah bulan puasa nak dekat raya ni, huluq2 lagi la yer CPUV2 ke blog aku ni.. Boleh la beli baju raya guna duit blog ni haa.. hehe..



Itu saja nak update kali ni! Adiosa!

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger