Tips: Cara Mudah Kurangkan Berat Badan Yg Praktikal

By Kimi Jamai - August 12, 2012

Assalamualaikum..
Salam sayang kengkawan.. Dalam entry kali ni tuankedai nak share a few tips untuk berdiet.. Diet ni selalunya dilakukan oleh org2 yg nak kurangkan berat badan la kan.. Kalau dah kurus kedekiang, berat 15 kg watpa nak diet lgi.. Tu nama dia bunuh diri..  So, tips yg tuankedai nak kongsikan ni sesuai digunakan kwn2 yg nak kurangkan berat badan.. jgn risau, tuankedai xkan gunakan istilah "gemuk" dalam entry ni.. Bagi aku perkataan gemuk tu sangatlah offensive..  Jangan sesekali panggil kawan2 kita gemuk tau kawan2...  Gunakan istilah2 seperti comels dan bambam .. Bunyi pun sedap sikit kan? Seboleh-bolehnya kita sama2 jaga hati kawan2 kita k... Barulah hidup kita ni hepi.. Ok, Jom kita tengok sikit apadia tips2 untuk berdiet yg aku nak sembang ngan hgpa..

1.Bakar Lebih Daripada Masuk
Apa yg paling penting dalam process untuk mengurangkan berat badan ialah kita kena pastikan yg kalori yg kita bakar lebih banyak daripada yg kita masukkan dalam badan kita.. Semua tips2 yg berikut ni xkan berfungsi kalau time hgpa dok baca ni pun hgpa tgah dok telan cekelat cadbury 16 paket... So, kawal jumlah kalori yg masuk dalam badan kita k..


2.Kecikkan pinggan
Pelikkah?  Otak manusia mmg cmtu kawan2.. dia pelik sikit.. Secara kita xsedaq, size pinggan ataupun mangkuk ataupun mangkuk ayun yg kita gunakan untuk makan akan memberi kesan terhadap jumlah makanan yg kita amek.. Lagi kecik pinggan tu, lagi sikitla kita makan... Kalau xcaya cuba kawan2 makan guna cawan tengok, cukup sebulan mesti kwn2 suma melayang ditiup angin bayu malam ditepian pantai merdeka ...merdeka! (pergghhh!).. But seriusly, kecikkan size pinggan ataupun gunakan pinggan yg lebih kecik.. hgpa akan nmpak hasilnya..



3.Makan Slow
Ok, mungkin ramai yg dah tau tips ni.. tapi aku nak buh gak, saja nak bagi banyak tips2 aku..nmpak stail sikit... hehe.. Kenapa plak makan slow boleh bagi kita kurus? Apa kaitannya woi tuankedai?? haha.. sabaq2.. Kaitannya cmni.. Bila kita makan slow2, perut kita akan rasa meluat ngan kita.. Dia akan cakap " hamboi2.. slownya dia makan...ingat aku ni xdak kerja lain ka dok tunggu makanan suma tu masuk sini... Ni aku nak process bnda lain plak ni.. malas la aku nak layan hg" So dia pun p la habaq kat otak.. " otak2, hg process sat kata si budak ni dah kenyang.. aku dah meluat tgok dia makan slow2 cmtu.. " So, otak pun processla kata kita dah kenyang... then kita pun xmakan dah laa.. Haha..aku melawak ja tu.. Sebenaqnya, bila kita makan slow2, perut kita akan cepat detect yg kita dah kenyang, so kita akan stop makan lebih awal.. :)



4.Ketahui Musuh Dalam Selimut
Awat yg keempat ni mcm sadis ja bunyiknya.. hehe.. cmni2, sebaiknya, kita kena buatkan satu list of makanan2 yg selalu berjaya kalahkan kita.. Kita selalunya rasa selamat bila kita xmakan benda2 yg xelok macam makan2 ringan... Contohnya, kita dok pikiaq, kira selamatlah kita xmakan keropok bika, ayaq tin, dan junkfood2 yg lain tapi realitinya kita dok bantai gak KFC, Mcd, Pizza, Meggi  7 hari seminggu.. sebab apa? sebab kita tewas dengan musuh2 dalam selimut ni.. So, buatkan list makanan yg selalu tewaskan kita, n then cuba elakkan apa yg kita dah listkan tu...


5.Tukarkan Berat Dengan Duet
Kajian menunjukkan lebih banyak duet kita bagi kat someone tu, lagi banyak berat yg someone tu turun.. Ok, kalau ada kawan2 yg dok membebel kata kita ni comels sangat ka, bambam sangat ka, cakap kat dia "owwwhh, bam2 ek? Ok, kalau cmtu jom kita buat deal! setiap sekilo yg aku turun, hg bagi seratus hingget dengan Iphone!".. kalau dia setuju, teruskan perjanjian anda.. Tapi rasanya, kalau seratuih ngan Iphone tu mmg kompom2 dia wat dekk jaa.. haha.. Cuba yg berpatutan k..  ni bukan berjudi, tapi ni nama dia pembakar semangat dan hadiah.. :) So, boleh try..



Thats all sajalah yg tuankedai nak kongsikan kali ni.. :) Harap2 xdak sesapa yg tersinggung ataupun sakit hati.. Aku just nak berkongsi info ngan kwn2 sekalian.. Harap boleh mmbantu kwn2.. Last but not least, aku ada soalan nak tanya hgpa ni, kalau sudi sila jawab kat kat voicemail aku k.. Soalannya berbunyi... Kalau hgpa diberi peluang buat lagu raya, apa tajuk lagu raya hgpa tu? Kalau tatau nak cakap apa just cakap.. "Assalamualaikum kimi, ni nama hgpa, tajuk lagu raya saya pilih ialah pagi raya ku jatuh tangga rumah nenek".. Tu contoh ja.. hehe..Xpayah tulis email ataupun nama k.. just send truih ja.. :D.. Dalam entry lepas ni aku akan tuliskan sekali nama2 lagu raya hgpa yg kreatif2.. haha.. Thanx guys..
Assalamualaikum




  • Share:

You Might Also Like

1 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D