Sembang2: Apa Nak Buat Bila Pistol Depan Mata






Assalamualaikum..
Salam muhibbah kawan2 sekalian.. Tuankedai ada bnda nak share ngan kawan2.. Pernah x kwn2 terbayang that one day kawan2 akan dirompak? Xpernah? Sebenaqnya, kita suma kena pernah mmbayangkan yg kita akan dirompak one day.. Bukan saja2 nak jadi paranoid ataupun berfikiran negatif, tapi untuk kita bersedia bila bnda tu btol2 berlaku.. Tambah2 lagi kalau perompak tu guna senjata api mcm pistol, senapang ataupun mercun poppop... Apa kita nak buat kalau pistol diacukan kat dalam lobang hidung kita? kalau silap langkah boleh kojol tau kwn2.. So, arini tuankedai nak kongsikan la sikit maklumat tentang apa yg kita boleh n perlu buat bila berhadapan dengan situasi yg merbahaya ni..


1. Bertenang

  • Aku tau, susah nak bertenang kalau kita dah tau bila2 masa ja nyawa kita boleh melayang tapi cuba bayangkan kita yg jadi perompak tu, msti kita akan lebih geram tgok org yg dok cuak lebih2 n dok "jgnla tembak saya...janganla tembak sayaaaa...". So, dalam situasi mcm ni bertenang adalah sangat penting walaupun sangat susah untuk dibuat..Cuba.. 
  • Kalau kita panic, org yg dok hulurkan pistol kat kita tu pun akan jadi panic n dia mungkin akan hilang kawalan jugak..
  • Hgpa kena ingat, org yg memegang pistol tu sebenaqnya lagi cuak dekat hgpa daripada hgpa cuak dekat depa.. kenapa? sebab dia yg pegang pistol.. dia yg mungkin akan lepasakan tembakan...dia yg akan merana bila mengenangkan dia pernah tmbak seseorang.. So, secara psikologinya, kalau hgpa just remain cool, hgpa ada chance untuk selamat.


2. Main Mata.
  • Main mata ni bukan jenis main mata yg nak ngorat awek tu.. main mata yg aku maksudkan ni ialah tgok mata depa... Kenapa?  cuba bayangkan... Ada sekoq tikus ni dok berak dalam rumah hgpa, dok buat kotoq rumah hgpa,  one day hgpa dapat tangkap tikus tu.. N hgpa mmg nak bunuh tikus tu.. nak hampuk dengan batang kayu kononnya.. Pastu masa nak hampuk tu, tikus tu pandang straight ke mata hgpa... Sanggup lagi ke nak hampuk.. I bet you not.. akan timbul rasa simpati n teragak-agak.. tu tikus, apatah lagi manusia... So ingat, guna mata! jgn guna nak usha2 gigirl jaa..


3. Tengok, Kompom, Ingat..
  • Salah satu rahsia yg xramai tau ialah, kebanyakkan situasi, bila perompak ataupun penjenayah tu tgah pointing kan pistol depa kearah hgpa, niat depa bukan untuk membunuh hgpa.. Kalau depa mmg nak bunuh hgpa, hgpa dah lama kojol.. tapi depa pilih untuk just halakan pistol untuk takutkan hgpa.. So berkemungkinan besar hgpa akan selamat daripada kes2 berkenaan, jadi daya pengecaman dan ingatan hgpa sangat penting untuk bantu pihak polis tangkap penjenayah2 tu... 
  • Berkemungkinan besar depa akan pakai topeng, so cuba tgok detail2 lain yg hgpa boleh cam n ingat untuk bgtau kat polis.. Cuba perhatikan tatu, ketinggian, gemuk atau kurus, loghat dan gaya percakapan, jenama seluar yg dia pakai masa tu, kasut, n lain2 la..
  • Mmg susah untuk ingat mcm2 dalam situasi cmni tapi.. Cuba.. 



So, tujalah yg tuankedai nak kongsikan dengan kawan2 sekalian... Bukan nak mendoakan kita dirompak ke apa, tapi sebagai persediaan kalau2 ada yg kena... Ingat, malang tidak berbau tempoyak... So, xdak sapa boleh tau apa yg nak mai menimpa diri masing2 kan? Harap Bermanfaat...

Tingkatkan prestasi,kurangkan kolestrol
Assalamualaikum

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger