Sembang2: Laluan Ulang-Alik Paling Gila Di Dunia

By Kimi Jamai - August 09, 2012

Assalamualaikum.. 
Malam ni tuankedai berjaya menjuai 5 helai tudung bawal.. Semalam 12.. Yep, 12..  dengaq macam sikit, tapi untuk peniaga kecil-kecilan mcm aku ni, 12 helai tu ibarat tersepak IPHONE 5 masa jalan2 tepi tasik (apa punya perumpamaan daaa)... Setakat ni 12 helai tu la yg paling banyak pernah tuankedai jual.. Harap2 lepas ni rezki makin murah la yer..Doa2 la noh... :D 

Ok, tu sedikit perkembangan tentang perniagaan seluaq jeans n tudung family aku.. So, dalam entry kali ni aku nak kongsikan dengan hgpa tentang satu perkara yg aku rasa menarik untuk aku kongsikan.. Seperti yg hgpa tengok kat tajuk atas tu, it is about The world's craziest commutes ataupun dalam bahasa melayunya, Laluan ulang-alik paling gila di dunia..  Jom find out..



1. Lost Pinos Zip Wire, Colombia..



Los pinos ni merupakan sebuah kampung yg terletak jauhh kat dalam kat dalam hutan pergunungan kat colombia.. Budak2 kat sana terpaksa bersabung nyawa melintasi Zip Wires sepanjang 400meter untuk pergi n balik daripada sekolah... Bayangkan tu kawan2.. Dahsyatnya semangat depa... Kalau kita yg dok biasa naik kereta ni kena guna wire 400 meter melintas gunung ganang tanpa sebarang safety feature yg proper, mmg terketaq-ketaq kepala lutut kan? Tapi depa kuatkan semangat, walaupun ada yg pernah terkorban disebabkan kemalangan kat wire tu tapi depa xda pilihan lain selain daripada gunakan wire tu... kenapa depa xpindah? entahlah.. aku pun tatau... maybe sebab depa terlampau susah untuk sara hidup kat kawasan lain kot.. Papepun, aku bg tabik spring selama 5 saat  kat budak2 kat sana yg p jugak cari ilmu walaupun kena hadapi dugaan mcm tu tiap2 hari..




2.Jambatan Hussaini, Pasu, Pakistan



Jambatan Husaini ni merupakan satu2nya penghubung penduduk2 kat kampung2 yg terletak di Pasu, Pakistan untuk pergi mencari sesuap nasik untuk keluarga depa.. Jambatan ni lah yg depa guna untuk p kebun, cari kayu api dan mcam2 lagi lah rutin harian yg mana depa terpaksa gunakan jambatan ni.. Cuba tengok btoi2 kat jambatan tu.. Kayu dia jarak2.. kalau tersilap pijak, boleh tergolek tu.. kat bawah tu plak ialah Sungai Hunza yg sangat bahaya sebab arus dia yg deras.. Harap2la nnt depa repair sikit jambatan tu.. Sedih la tgok kan? 






3.Jalan Yungas, Bolivia



Masa first time aku tengok jalan ni, aku tatau nak rasa apa.. kagum ka, kesian ka, gerun ka, sebab suma feeling tu mai serentak... jadi kompius sat lima saat.. hehe..Laluan ni dibina sejauh 60 km.. Menghubungkan La Paz dengan bahagian utara Bolivia..  Laluan ni jugak dikenali sebagai The Road of The Death.. Dengaq nama pun dah tau,mmg pernah ada kes kat situ.. Mengikut rekod, sejumlah 250 org terkorban sebab accident kat laluan ni setiap tahun... mmg merbahaya btoi... Kalu cmnilah jalan kat Malaysia, pakat x balik kampung la raya nnt.. Alhamdulillah, jalan kat Malaysia suma elok2.. Bersyukur sangat2...


Jadi, tu sajalah yg aku nak kongsikan dengan hgpa, moral of the story ni kita kenalah pakat2 bersyukur sebab dilahirkan dalam negara yg xperlu kita nak lintas gunung ganang guna zip wire, ataupun nak lintas jambatan yg nak runtuh tiap2 hari ataupun nak bawak kereta kita lalu kat jalan yg xsempat siap untuk balik utara.. Sumanya elok untuk kita kat sini.. kalau berlubang sikit tu still kira ok lah kalau nak bndingkan dengan depa2 kat sana kan? So, thats about it..

tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol..
Assalamualaikum..




  • Share:

You Might Also Like

3 Org Buat Aku Senyum

  1. ambuih gmbr yg no 1 tuh, boleh flying fox hari2 .haha.
    meniaga lah online, bnyk untng skit. hehe

    ReplyDelete
  2. @adibahfaizah juai online banyak procedure la adibah.. hoho

    ReplyDelete
  3. Gila lah jln ni semua! Mau terkencing dlm seluaq..hahaaa..yg 1st tu 400m, jauh tu...yg 2nd plak, klau fiqah mmg x naik dah la, dgn jmbtn mcm x siap, tgk pn gayat...yg ketiga tu, xleh imagine mcm mana klau depa bertembung? takkan kena gostan sepanjang jln tu kot?? :O

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D