Sembang: Kita Perlu Sakit.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Setelah brapa dekad  xdemam, tetiba harini terdemam plak dah.. Maybe sebab cuaca yang xberapa nak menentu kot.. Kejap hujan, kejap panas, kejap salji turun sikit, kejap ribut.. So, sekarang ni mmg ramai la yang demam.. Tapi aku ok lagi ni, xdala sampai berbungkus dalam selimut macam pucung.. Still boleh menaip ni kira masih hensem *puihhh and bertenaga lagi la ni :D.. Cuma xsedap badan sikit la bila demam ni kan... 




Sakit. Sakit ni ada macam2.. Demam, selsema, cirit belit, sakit kepala, gatal2 mata, gatal2 hidung, tapak kaki digigit nyamuk, jerawat dihujung bibir, ok dah3..Japg kang sampai ke mana hala plak aku merepek.. Sakit ni mmg la xda sapa pun yang suka... Suma orang nak sihat walafiat kan.. Bila sakit tu dtg rasa macam internet connection yang terputus masa dok syiok2 tengok movie online kan? haha.. Tapi sebenaqnya, aku rasa la kan, sakit itu perlu.. Semua orang kena rasa sakit...Kenapa? Sakit tu sebenarnya ada pengisian lain selain daripada ketidakselesaan n ketidaklaratan..  


Sakit ni dapat bagi kita peluang untuk jadi orang yang lebih kuat, n also bagi kita ruang untuk berehat dan bermuhasabah diri.. Bila kita dok kerap sakit tu, lama2 kita akan jadi semakin tabah. Xpercaya? Ingat lagi x dulu kecik2 kita dok men aci ligan duduk.. Sekali jatuh tersungkuq tu mmg teriak macam hilang akai.. Tapi bila dah banyak kali jatuh, kita dah xkisah dah pun even berdarah memancut mancut.. Dah lali.. Sama jugak macam seorang wanita yang aku kenal ni.. Aku kenal dia dah lama..Dia pernah terkena satu penyakit yang dia pun tatau apa, Dr pun xdapat nak detect... n aku  mmg perasan macam mana dia semakin matang n tenang hadapi masalah2 berkaitan dengan kesihatan yang dia hidapi selama ni.. Mmg nampak perbezaan dulu n sekarang.. *Tabik spring beramai ramai selama 4 saat..




Selain dari tu, bila sakit jugak dapat bagi kita peluang untuk berehat dan jugak bermuhasabah diri..  Mak aku pernah cakap dulu.. "Hgpa tolong2 lah mak kat rumah ni.. Japg kalau Allah nak mak berehat, dia bagi mak sakit, hgpa jugak yang sedih..".. Aku rasa mmg ada kebenaran kata2 mak tu, Bila kita sakit kan, kita mmg perlu berehat.. N orang2 sekeliling kita xbleh salahkan kita kalau kita berehat.. Kita kena berehat..Its a common thing to do bila kita sakit.. Our body is telling us that it needs a rest.. So, basically Allah yang Maha penyayang bukan saja nak uji kita dengan kesakitan, tapi jugak nak bagi kita  peluang untuk berehat sekejap.. ;")



Kesimpulannya disini, sakit tu bukanlah sekadar perkara yang buruk semata mata.. Banyak yang boleh kita dapat kalau kita perhati btoi2 n fikir dalam2..  N satu lagi, semua orang pun akan merasai sakit.. Cumanya, sakit itu berbeda beda.. Ada yang sakit biasa2, ada yang sakit kronik2 ada jugak yang sakit dari segi psikologinya.. Semua ada k.. Banyak2 bersabar selain daripada berikhtiar dan jugak berdoa harap penyakit masing2 tu cepat2 sembuh k.. Dengan bantuan Dia, in sha Allah xda apa yang mustahil.. So, tu sajalah yang aku nak sembangkan kali ni.. Salah silap tang mana2 tu, harap maaf.. Ok, aku cau cincau dulu yer..


Assalamualaikum.
Jemput Komen
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger