Pengalaman: Karya Di Pilih Biji Press!!

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Lately ni xboleh nak kerap sangat update blog.. Jadual agak sendat.. Dah settle dengan teater, sekarang sibuk dengan nasyid pulak.. Dalam pada tu, assignments pun xberhenti berhenti bertelur dan beranak.. Bertambah hari demi hari.. Walau apapun, ini bukan keluhan, ini hanya satu perkongsian.. Hehe.. Haritu  pementasan teater Curang , Alhamdulillah memuaskan.. Penonton enjoy, kami enjoy.. So, I guess we nailed it.. Sekarang cuma tunggu keputusan ja.. Kalau menang tu bonus, kalau kalah tu xda rezki.. Apa2pun, aku dapat pengalaman baru..N merit kolej pun dapat jugak.. Banyak.. Banyak sangat..


Tudiaaaa.. 65 merit sekali dapat.. Lepas ni boleh duduk kolej sampai bila2..


Orait, lepas tu ni ada berita baik yang nak aku kongsikan.. Lebih kurang sebulan yang lepas, aku ada terbaca satu iklan pasai Biji Press, satu syarikat penerbitan yang baru lagi dalam dunia penerbitan ni, depa ada buat satu projek untuk terbitkan sebuah Kumpulan Cerpen yang berjudul Normasia.. N untuk projek ni, depa bukak kepada penulis2 amateur untuk menghantar karya masing2 untuk dipilih n dimuatkan dalam kumpulan cerpen Normasia tu..Depa nak pilih 15 org penulis amateur.. Aku plak masa tu baru ja lepas siapkan cerpen aku yang pertama.. So, aku rasa xsalah kalau aku cuba nasib untuk benda ni.. Manala nak tau kot2 ada rezki.. So, aku pun hantar cerpen aku yang bertajuk Jin 5 Hari..


 Buku Normasia Biji Press                    Cover Cerpen aku yang agak bajet 




n tadi, lepas balik daripada latihan nasyid, aku cek la email aku.. N agak terkejut gak laa.. Dapat Email daripada Biji Press yang habaq kata cerpen aku terpilih untuk dimuatkan dalam buku kedua depa ni...Alhamdulillah.. Satu pengalaman baru la untuk aku..Xpernah pernah sebelum ni dapat peluang camni, kali ni diberikan kesempatan oleh Allah untuk rasai benda baru ni.. 


Emai daripada Pihak Biji Press

Nak tau dak cerpen aku tu pasai apa? Meh aku nak cerita.. Ehh.. mana bleh... Hehehe.. Kalau nak, kena tunggu buku tu siap laa.. Nnt kalau buku tu dah siap diterbitkan, aku maklumkan kat sini k.. :) Nak beli dari aku pun boleh ja.. Kalau ada yang sudi laa...Harap2 projek depa ni berjalan lancar laa.. hehe.. So, itu sajalah untuk kali ni k.. Nak g sambung buat kerja jap.. :)


Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger