Pengalaman: Sepupu Meninggal Kemalangan.. Innalillah..

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Dua hari lepas, mak aku dapat satu panggilan telefon daripada ayah aku... Aku masa tu dok dalam bilik tengah dok online2... Tiba2 terdengar mak cakap " Ya Allah bang, accident dengan apa? Kat mana?".. Masa dengaq mak aku cakap cmtu, aku jadi cuak.. Siapa plak yg accident ni? Lepas mak aku letak kan telefon, baru aku tanya mak aku.. "Sapa yang accident mak?".. Mak pun cerita la, sepupu aku accident kat Johor.. Meninggal...innalillah.. Malam tu, mak aku balik kampung dengan kakak aku untuk pergi ziarah keluarga arwah... Aku x ikut sebab esok tu aku dah nak kena balik UPM..  


Sepupu aku yang accident ni baru kahwin..Tapi xdala baru sangat sebab dah ada baby dah.. Baby dia  berusia 8 bulan.. Menurut mak aku, malam sebelum dia meninggal tu, baby dia xbleh tido semalaman.. Mungkin tu satu petanda kot... Aku terkesan dengan sepatah kata2 mak aku...

"Mesti isteri dia sedih sangat, baru siangnya pakaikan arwah baju kemas2 nak p kerja, malamnya dah dibalut dengan kain kapan"


Kemalangan sepupu aku ni ada masuk dalam surat khabar.. Baru tadi kakak aku share kat facebook.. Sedih bila mengenangkan nasib isteri n anak arwah.. Tapi hidup msti diteruskan.. Aku doakan isteri arwah tabah jalani hidup dia lepas ni bersama dengan anak dia... 


Semoga roh arwah ditempatkan bersama-sama orang2 yang beriman..
Al-Fatihah buat Saudara Mohamad Azli..

Assalamualaikum.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger