Movie Time: Sembunyi : Amukan Azazil.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Hari jumaat malam sabtu yang lepas, aku sampai dari UPM ke kampung tercintun.. Dalam bas rasa letih nokhoromz tapi bila sampai jaa rumah, truih dapat tenaga balik.. Tataula awat jadi lagutu.. Lepastu, malam tu jugak aku ajak adik abang kakak aku p tengok wayang.. Aku belanja *nak habaq jugak tuuuu..  Kami p tengok cerita Sembunyi : Amukan Azazil.. pukul 10.30 mlm..


Watak utama dalam cerita Remy Ishak, Dianda Danielle, Umi Aida n Sharnaaz.. Tapi pelakon2 sampingan yang lain pun boleh tahan femesnya jugak.. Ada Fizo Omar, Sheila Rusli n ramai lagi la.. Aku dah tau lama dah tentang cerita ni.. Tahun lepas lagi.. N bila aku tau yang director cerita ni is favourite director aku, Kabir Bhatia, mmg aku teringin la nak tengok cerita ni.. Cerita2 yang dihasilkan Kabir Bhatia sumanya unik2 dan ada tarikan tersendiri.. n Kabir Bhatia ni dia buat cerita apa pun best.. Contohnya Nur Kasih, Ku Seru, Cinta, Sepi n banyak lagi la..Sumanya meninggalkan kesan dekat penonton2 yang tengok cerita2 tu.. Sebab tu la aku nak tengok sangat cerita Azazil ni, nak tengok apa keunikan dalam cerita ni plak...



Ternyata cerita ni mmg unik.. Lain dari filem hantu Malaysia yang lain.. Cerita ni mengisahkan Diana Danielle yang melakon watak Aishah yang "diselamatkan" oleh Remy Ishak sebagai Kamal daripada ditangkap tentera Jepun... Kamal bawak balik Aishah ke kampung dia dengan alasan nak "sembunyikan" Aishah daripada tentera Jepun... Semasa kat kampung tu, Aishah terbuat sesuatu yang membolehkan makhluk yang "dikatakan" Azazil oleh penduduk kampung tu untuk masuk ke dalam kampung tu n bunuh penduduk2 kat situ..  Cerita ni ending dia twisted.. So, aku xbleh nak cerita sampai habeh.. Nak tau yg selanjutnya, p tengok.. Muehehehe.. tapi filem ni memang bawak satu kelainan dan nafas baru la dalam genre filem seram Malaysia.. Cerita ni xterlampau seram, tapi dia mendebarkan.. X terlampau best, tapi dia mengujakan.. So, x rugi la kalau nak tengok... Secara totalnya, bintang untuk filem ni aku bagiiiii....

6 bintang!




So, itu sajalah yang aku nak kongsikan dengan hgpa kali ni... Hgpa support2 la sama filem tempatan noh.. kalau kita x support, xkan orang nepal nak mai support kot... Ok, thats about it..


Assalamualaikum.
******************
Jemput komen
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger