Salam Muhibbah.. Satu ketika dulu, masa aku baru libatkan diri dalam dunia blogging ni, aku ada buat satu entri macammana nak dapat badan yg berketul2.. Nak bagi badan jadi tough.. Hehe.. Entri tu aku tulis main2 ja.. Aku xtulis tips yg betul dan proper untuk bina muscle pun.. Aku tulis tu lebih kurang mcm parody lah.. Aku tak jangka plak, entri tu akan jadi antara entri yg menyumbangkan traffic paling banyak ke blog aku ni.. Entri aku tu muncul pada muka pertama carian google untuk beberapa keyword berkait dengan tips2 bina badan ni.. Sebab tulah sampai sekarang, jumlah traffic untuk entri tu masih meningkat..
Ramai jugak yang dok mencari cari tips nak bina muscle ni rupanya ek.. Haha.. Yelah, laki mana yg xnak badan ketak2 kan? Disebabkan entri yg aku tulis dulu tu tak berapa tepat dan rasanya mmg xberguna sangat pun tips yg aku bagi dalam entri dulu tu, so aku rasa bersalah lah dekat kawan2 yg mmg betul2 mencari tips2 nak bina muscle.. Jadi, aku telah meminta pertolongan daripada seorang kawan aku (kawan aku ni mmg seorang yg tengah bergiat aktif dalam bidang bina2 otot ni), aku minta dia tolong buatkan satu entri tentang tips untuk bina badan yg proper berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau sendiri.. Nama dia Zahid.. Dan berikut adalah tips yg Zahid sediakan kepada rakan2 kat luar sana yg nak tahu tips2 untuk bina otot dengan betul..
3 Langkah untuk Membina Otot
By Zahid Kalis Sik
- Pastikan calorie intake anda ditambah. Jika sebelum ini anda mengambil 2000kcal setiap hari, tambah sehingga menjadi 2500kcal. Kalau tak mampu nak makan dengan jumlah yang banyak, belilah supplement. Separate your meal kepada 5-6 times a day. Drink a lot of plain water!! Badan kita perlukan air yang cukup untuk membina otot dengan kadar maksimum. Avoid processed food (makanan yang dikeluarkan oleh kilang, contohnya keropok, megi, dll) kalau boleh. Ingat!! Nutrition anda sangat penting, sebab tanpa diet yang betul, memang susah untuk mendapat badan yang anda idam-idamkan.
- Langkah kedua ialah working out. Obviously right? Train hard. Kalau anda ialah beginner, focus kepada compound movement exercises such as deadlift, bench press dan squat( inginkan bontot yang lentik dan anggun? The answer is squat!). Jangan lupa untuk warm up pada awal sesi senaman so your body is ready for the workout. Bersenam dengan rakan mampu menaikkan semangat anda. Pergi gymnasium kalau rumah anda tiada Dumbbell. Barbell, etc. Kalau tak ada duit, lakukan senaman Calisthenics (senaman yang menggunakan bodyweight anda sahaja.). Bersenam 3-5 kali seminggu. Limit your workout time kepada 45 minit sahaja untuk prestasi optimum.
- Ok, apa langkah ketiga? It is the most important in your journey if you want to build a sexy body. Hahaha, sexy. Langkah tersebut ialah consistency. Meaning jangan quit separuh jalan kalau nak Berjaya. Memang proses membina badan ini sangat susah dan memakan masa yang panjang, oleh itu kalau anda give up, memang sampai mati pon tak akan berjaya. Remember to put a goal for yourself. So, mudah la untuk anda focus semasa senaman.
Additional Tips
- Rehat adalah sama penting dengan senaman. Muscle anda membesar bukan ketika anda senaman, tetapi ketika anda berehat.
- Jangan focus on one side only. Kalau tak badan anda akan menjadi hodoh(otot dada besar sebelah sahaja, otot bicep besar sebelah sahaja dll.) Avoid muscle imbalances.
- Stay hydrated. Bawak la air mineral sebotol ketika workout. Kekal hydrated penting untuk prestasi 100%.Ok, itulah antara tips daripada Zahid yg mana aku harap dapat membantu sapa2 kat luar sana yg sedang dalam usaha untuk bina badan ataupun untuk mendapat bentuk badan yg lebih elok.. Zahid ni mmg peminat tegar bidang ni.. Kalau duduk dengan dia, macam2 ilmu tentang bina otot aku bleh dapat.. Haha.. Thanx bro.. Orait.. Itu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri.Assalamualaikum.***************Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum