Pengalaman: Jamuan Hari Raya Pesara Tentera!

Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. 2 hari yg lepas telah diadakan sambutan hari raya untuk pesara pesara tentera yg menetap kat sekitar bahagian utara semenanjung Malaysia.. Dan bapak aku yg jugak seorang pesara mmg xterkecualilah dijemput untuk datang memeriahkan majlis rumah terbuka ni... Aku pun ikutlah sama... Ramai gila bekas2 tentera yg datang..  Dah mcm mega reunion dah aku tengok.. Suma pakat2 jumpa balik mmber2 lama... Yg dulu kurus kering sekarang dah terboroi sikit perutnya.. Yg dulu hitam sekarang dah putih berseri *erkk.. Haha.. Walaupun aku xkenai sangat pun member2 ayah aku, tapi seronoklah bila tengok dia jumpa balik geng2 lama dia.. Mmg nostalgik habeslah jamuan raya ni..


Tulah sedikit gambar yg dapat aku share.. Dulu masa kecik2, aku duduk kat Kem. Kem Batu 10 Kuantan.. Ingat lagi dulu aku ngan member dok curi2 masuk dalam kereta kebal kat kem tu.. Haha.. Pernah jugak kami geng budak2 ni, p masuk ke dalam kawasan larangan kat kem tu, mujur x kantoi.. keh3.. Pernah jugak dulu jalan2 dalam longkang pusing satu kem semata mata sbab nak cari guli... alohai.. haha.. Best! Tapi suma tu dah jadi kenangan.. Boleh kenang jelah, xdak pasailah aku nak g jalan2 dalam longkang pusing taman ni haa.. kang kena cop gila meroyan plak.. haha.. Oklah tu saja yg aku nak kongsikan... 

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger