Movie Time: The Purge.. Mendebarkan?

By Kimi Jamai - August 24, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Cerita The Purge arahan James Demonaco merupakan satu cerita yg agak unik. Unik dari segi konsep yg cuba diketengahkan oleh cerita tu.. Dalam cerita ni, "The Purge" ni lebih kurang mcm satu akta atau satu undang2 baru yg diperkenalkan di USA.. Dimana didalam akta tu mengatakan dalam setiap tahun, akan ada satu malam yg mana segala jenayah tidak akan dikategorikan sebagai jenayah.. Pada malam tu, semua org bebas untuk membunuh, merompak, merogol, dan melakukan apa2 saja bentuk jenayah tanpa dikenakan sebarang hukuman.. Hanya untuk malam tu.. Satu malam tu sahaja.. Undang2 atau akta ni diterima khalayak ramai sebab keberkesanan akta ni.. Sejak the purge ni di laksanakan, kadar jenayah sepanjang tahun semakin berkurangan.. Kadar pembunuhan menurun, begitu jugak dengan jenayah jenayah yang lain.. Depa percaya yg akta The Purge mmg mempunyai kesan yg positif..



Sinopsis/jalan cerita the Purge.Cerita ni mengisahkan Mr Sandin dan keluarga dia yg pada awalnya bahagia dan sudah bersedia untuk menghadapi The Purge tahun ni.. Rumah depa dah dipasangkan dengan kawalan keselamatan yg tip top.. Sampailah ke malam The Purge ni dilaksanakan, Ehh.. Lupa nak maklumkan, anak lelaki dalam family Sandin ni, Charlie Sandin namanya. Dia xsetuju dengan undang2 baru ni. Sebab dia rasa benda ni xberperikemanusiaan... Dia mmg rebel habes bab benda ni.. Ok, pada malam the purge dilaksanakan, si Charlie tadi ni dia ternampak ada seorang mamat tengah dok mintak tolong kat luar rumah dia yg mmg dah lengkap dengan sistem kawalan keselamat yg gempak.. Dia sepatutnya abaikan je mamat yg mintak tolong kat luar tu, tapi disebabkan dia mmg bantah habis habisan the purge ni, so dia bukak pintu besi rumah dia, dan benarkan mamat tu masuk dengan niat nak selamatkan mamat tu.. Bila bapak dia dapat tau yg dia bawak masuk mamat tu kat dalam rumah depa, bapak dia marah dia.. Yelah, mamat tu mungkin nak rompak depa.. Mungkin dia menyamar ja minta tolong...  


Rupa rupanya mamat yg depa tolong tadi tu sedang di kejar oleh sekumpulan remaja psiko yg mmg nak bunuh mamat tu.. Menurut depa, mamat tu mmg patut mati.. So, depa mintak Mr Sandin pulangkan mamat tu kepada depa semula.. Malangnya, mr Sandin xsanggup nak pulangkan mamat tu kat remaja2 psiko tu.. Dia xsampai hati.. Disbabkan itu, remaja2 psiko tadi tu jadi marah dan geram dengan keluarga Mr Sandin.. Now, depa nak bunuh keluarga Mr Sandin plak.. Berjayakah depa masuk ke rumah Mr Sandin yg mmg terkawal rapi tu?



Komen aku. Cerita ni mmg agak menarik.. Kita dapat tengok macamna seorang bapa sanggup melakukan apa saja untuk mempertahankan keluarga yg dia sayang.. Walaupun IMDB xbagi rating yg tinggi untuk filem ni, tapi aku rasa idea untuk cerita ni mmg menarik..Setiap detik dalam cerita ni mmg mendebarkan... Kalau xcaya, boleh la p tengok sendiri.. Aku bagi bintang sebanyaakkk!

7.5 Bintang!

Orait, itu saja untuk kali ni.. Kalau nak tau lebih lanjut, boleh p tengok sendiri kat pawagam2 berdekatan hgpa k.. Tengah dok tayang sekarng ni.. Okeh, until next time..

Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum