Movie Time: Percy Jackson & Sea of Monster

By Kimi Jamai - August 21, 2013

Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Masa aku berjalan ke Penang tempoh hari, aku ngan member2 aku sempat pergi tengok satu cerita ni kat wayang.. Cerita apa? Cerita Percy Jackson and The Sea of Monster.. Pada awalnya kami bercadang nak tengok cerita the conjuring tapi tiket habis plak dah.. Hebat betul penangan cerita the conjuring tu.. Walaupun dah hari ke berapa tayangan tapi still penuh dan sold out.. Tapi xpalah, cerita Percy Jackson pun nampak mcm menarik ja kan.. So, kami pun tengoklah cerita Percy Jackson & Sea of Monster.


Sedikit sinopsis tentang cerita percy Jackson yg kedua ni. Cerita ni mmg ramai yg dah sedia maklum merupakan kesinambungan daripada cerita Percy Jackson yg pertama. Percy dalam sequel ni sedang menetap di camp yg mana menempatkan manusia2 yg berada dalam situasi mcm dia sendiri.. Cerita ni bermula dengan menunjukkan Percy tengah dok bersaing dengan sorang watak baru dalam cerita ni iaitu Clarisse.. Semuanya berjalan dengan elok, sampailah satu part dimana tembok yg melindungi camp depa tu telah dihancurkan oleh seekor kerbau apa ntah.. haha.. aku lupa dah nama menatang tu...


Sepatutnya, tembok tu xboleh ditembusi, tapi disebabkan pokok yg menjadi sumber kuasa tembok tu telah diracun, jadi kuasa tembok tu makin berkurangan.. Clarisse telah dipilih untuk pergi mencari kulit kambing biri2 yg boleh menyembuhkan pokok yg diracun tu..  Dalam pada masa yg sama, Percy rasa dia perlu melakukan sesuatu sebab tukang tilik di tempat tu meramalkan bahawa Percy akan menyelamatkan tempat tu.. Jadi, dia dan kawan2 baik dia pergi secara diam2.. Berjayakah depa mendapatkan kulit biri biri yg terlekat di sebuah pulau kat Sea of Monster tu? Hehehe..


Barisan pelakon cerita ni adalah Lorgan Lerman sebagai Percy Jackson, Alexandra Dadario sebagai Annabeth,Douglas Smith as Tyson, Leven Rambin sebagai Clarisse,Brandon T. Jackson sebagai Grover dan ramai lagilah pelakon..


Komen aku. Sejujurnya aku rasa cerita ni biasa2 ja.. Xla segempak yg di harapkan.. takda X factor la bagi aku.. Aku tataula apa kata peminat2 tegar Percy Jackson ni.. Tapi aku rasa cerita ni biasa ja.. n ada jugak part yg membosankan.. Aku siap tertidur lagi kat part yg depa masuk dalam perut monster of the sea tu.. Ish2.. How irony, mai nak tengok cerita Percy Jackson Seo of Monster, tapi terlena masa depa sampai kat Sea of Monster tu.. Hurm.. Aku terjaga ja depa dah terkeluaq dari perut monster tu..  Mungkin aku yg mengantuk, atau mungkin mmg cerita tu boring.. Btw, ni just pendapat aku ja tau.. Mungkin hgpa yg mengikuti cerita percy jackson ni berpendapat sebaliknya.. Im just sharing my opinions..


  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum