Sembang2: Buat Slideshow dan Pamphlets Online

By Kimi Jamai - August 01, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Sekarang ni, kemahiran untuk menggunakan perisian2 komputer sangat penting kan? Paling basic pun, kita kena tau cemana nak guna Microsoft word, power point dan publisher dan beberapa lagi perisian dalam Microsoft Office. Benda2 tu basic dan sangat penting untuk kita ketahui.. Xkiralah, kita student ka, dah kerja ka, aku percaya kemahiran dan pengetahuan dalam menggunakan benda2 ni adalah penting. Vital. Sebagai student tu, hgpa jgn nak gebang la kata xpenting.. Mmg kebanyakkan assigment memerlukan kita untuk gunakan perisian2 tu.. 90%.. Dalam entri kali ni, aku nak perkenalkan kat hgpa beberapa software online yg boleh hgpa gunakan untuk buat slideshow selain dari menggunakan Microsoft (Office) powerpoint, dan software online untuk hgpa buat pamphlets/brochures selain dari microsoft (office) publisher.

Pertama sekali untuk slideshow, aku pasti ramai hgpa yg pernah dengaq dan familiar dengan dengan Prezi.com kan? Kalau yg dah pernah guna, bagus. Kalau ada yg belum pernah guna Prezi.com, meh aku nak perkenalkan benda ni kat hgpa.. Prezi.com ni adalah satu website yg provide us with a bunch of cool templates for our slideshow presentation. Untuk menggunakan Prezi.com ni, hgpa kena buat satu akaun terlebih dulu. Boleh gunakan akaun Fb ataupun just buat ja akaun baru..


Bila dah daftar, hgpa boleh la mula untuk gunakan khidmat prezi.com ni.. Mula2 mungkin agak susah sikit untuk kita gunakan sebab yelah, masih baru kan? Tapi nnt lama2 msti ok. Antara kelebihan Prezi.com ni adalah:
  1. Ada banyak sangat template2 yang cool dan awesome.
  2. transition dia sangat menarik perhatian dan lain dari powerpoint.
  3. Senang nak upload gambar.
  4. Boleh upload slide dari powerpoint ke dalam Prezi 

Contoh Prezi yg aku pernah buat.


Seterusnya adalah software online untuk buat Pamphlets atau Brochures.. Selalunya tugas2 buat pamphlets ataupun brochures ni akan jatuh ke tangan biro/exco publisiti sesebuah organisasi/kelab/event lah kan.. Tapi, xsalah rasanya untuk kita memperlengkapkan diri dengan sedikit pengetahuan untuk buat benda2 ni.. Manalah nak tau nnt satu hari kita kena buat pamphlets atau brochures, xla kita blur sangat. Untuk pamphlets/brochures, aku nak perkenalkan software online yg diberi nama Brother.com


Untuk brother.com ni xperlu daftar apa2 untuk menggunakan khidmat depa.. Just pilih template mana2 yg hgpa rasa berkenan dihati, klik situ dan kemudian boleh edit dengan memasukkan segala maklumat2 yang mana perlu.. Software ni mmg sangat mudah digunakan dan cantik. Template2 yg disedikan mmg lebih comel la dari yg ada kat microsoft office publisher (i think.hehe).. Nak isi maklumat/gambaq pun senang.. Mmg efficient la.. 

Contoh Pamphlets yg aku buat.

Niat aku buat entri ni hanyalah untuk berkongsi sedikit apa yg aku rasa berguna untuk dikongsikan. Apa yg aku rasa mungkin boleh memudahkan kerja2 hgpa dikemudian hari. Kalau ada yg dah tau pasal ni, good! hehe.. n kalau benda2 ni baru untuk hgpa, bolehlah hgpa cuba gunakan dua software yg telah diperkenalkan tadi (Prezi.com & Brother.com). Orait, itu saja untuk kali ni..

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen


  • Share:

You Might Also Like

2 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D