Jom Tengok: Ucapan Raya!

By Kimi Jamai - August 07, 2013


Assalamualaikum,
Salam Muhibbah, dah jadi kebiasaan dan tradisi setiap kali syawal datang msti akan terpacul kat handphone/facebook/email kita ucapan2 raya yg datangnya dari kawan2 yang dah lama terpisah mahupun yg baru jumpa kat pasar pagi semalam.. Dulu org pakai kad raya.. Memang meriah time dulu2 tu.. Dapat kad raya, lepas tu jerit bagi satu kampung dengaq..haha.. lepas tu, gantung kat dinding ataupun pokok buatan kan? Hgpa ada buat cmtu dak? Mstilah semua pernah buat kan? Cuma sekarang dah jarang lah org nak guna kad lagi.. Sumanya salah Facebook n handphone la kan.. haha..So, ni aku ada copy paste beberapa ucapan raya yg hgpa pun bleh pakat2 copy n paste kat email/facebook/twitter kwn2 masing2 k..


Kalau dilipek sebosar kuku. Kalau dibontang sebosar alam.
Kok hilang dicaghi. Kok hanyut dipinteh. Kok tonggolam disolam. Datang biarla nampak muko. Kok poei biarla nampak belakang. Jauh diimbau,dokek digamit. Seuntai salam,sojambak kato. Dogup bicagho,meghisik raso.

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin daripada (nama penghantar dan family)


Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon maaf Zahir & Batin.
(nama penghantar dan family)


Mä$äk £èmäñg $àmßil bdiri, hèndäk makäñ di Aidifitri,nàk häñtär käd räyä posmén däh cuti,SMS sahäjä dpt ku bèri.Bùkän lùpä trädi$ì täpì ìkùt tèknøløgi térkiñi yg ädæ d ùjùñg järi. SELÄMÄT HÄRI RÄYÄ ÄIDI£FITRI MAÄF ZÄHIR BÄTiÑ….. (nama penghantar dan family)


“Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur”.”Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya”. “Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezki yg tidak disisih”. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari (nama penghantar dan family)


ANaK CiNa SgGuH LWä JäDì PlüKìS dBäWäH PòHòN,
äNdäì KäTäKù MéNüSüK JìWä JäRì dSùSùN MaäF KüPHòN.
SèLämät Mnyämbùt Härì Räyä AìdìLfìtrì MÄÄF ZÄHìR & BÄTìN. – (nama penghantar dan family)


B4 ÄidilfitRI datang,
B4 Ramadhan pergi,
B4 operator bz,
B4 msg asik pending,
B4 kdt abes..
Nk wish awl2, slamat Hari Raya Aidilfitri, mäÅf zäHir & BÄtin..
Drp (nama penghantar dan family)


Dlm kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dlm kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dlm kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata, Dlm gurau & senda tentu ada khilaf & dosa. MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA…
Selamat Hari Raya Aidilfitri..Moga silaturahim diberkati Allah (nama penghantar dan family)


ISNIN cari SELASA ,
Nk tanya nampak x RABU,
Agar igtkn KHAMIS, bgtau
JUMAAT, supaya xlupa
Msj kt SABTU, yg AHAD dh raye!!
Selamat Menyambut hari raye aidil fitri maaf zahir dan batin..
(nama penghantar dan family)


Kian Berlabuh Tirai Ramadhan, Lambaian Syawal Kian Dinanti, Luhur Hati Ikhlas Kemaafan, Semoga Kesalahan Dimaafi, Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


moon may come,
moon may go,
when syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih mkn,
if silap seloroh,
plez 4givekn,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan
selamat hri raye,
maaf zahir dan batin


Katak kenyang lalu tertidur,
Gajah pitam lantas terjatuh,
Andai tak sampai tangan menghulur,
Ku pohon keampunan dari jauh.
BiLe RaYa LiNe Bz GiLa,
MaSa Tu MaKi Pun x GuNa,
MaXis, CeLcoM, DiGi SuMenYa SaMa,
OrG BiJaK x Yah TgGu RaYa,
uCaP sKrG Pn BoLeH aPa!
SeLaMaT HaRì RäYe.


Pantun Hari Raya Mengikut Negeri


TERENGGANU…

Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile


PAHANG…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin


JOHOR…
Cegitu cegini awak suke ekk
Awak suke kite tak suke ekk
Esok luse hari raye ekk
Sama-sama bersuke rie ekk


MELAKA…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. SEMBILAN…
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo Kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org Kolumpo jgn kocik ati!!)


SELANGOR/K.LUMPUR…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


PERAK…
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei


KEDAH…
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


PENANG…
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak
Kalu ceti mai kot dapoq


PERLIS…
Padang besaq kecik aja
Tempat Siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang



Tudia ja ucapan raya yg mampu aku kongsikan..Orait guys, tu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. Selamat hari raya maaf zahir dan batin dari aku..Raya elok2, jgn main mercun noh.. Xkiralah tua ka muda ka, gadis ka teruna ka, main mercun tu bahaya.. Xberbaloi putuih jari sebab seketul mercun.. Betoi? Haha.. Orait, Itu saja untuk kali ni.. Raikan raya dengan kemeriahan dan kesederhanaan k.. Selamat!




Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen


  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D