Assalamualaikum.
Salam muhibbah... Harini sempat pergi berjimba dengan member2 mrsm dulu.. Sepanjang cuti ni, depa ni lah geng2 yg paling kerap aku jumpa.. Hehe.. Dan memandangkan cuti pun dah nak habeh so kami pun bersetuju untuk keluar p mana2 lah.. Kami p tengok wayang.. Cerita? Elysium.. Cerita ni first time aku tengok trailer adalah masa aku tengok cerita percy jackson haritu.. nampak memang menarik nokhoromzz.. Tambah excited bila tau yg director cerita ni adalah org yg sama yg buat cerita Distric 9.. District 9 tu mmg satu filem yg agak power gak r.. So, kami tengok cerita ELYSIUM.
Sinopsis/Jalan cerita Elysium. Cerita ni berlatar belakangkan tahun 2154 dimana bumi kita ni dah overpopulated.. Dah buruk bebenau la yg cerita tu cuba nak gambarkan.. Pencemaran mmg berada dalam keadaan yg kritikal.. Jadi,manusia mencipta Elysium. Satu penempatan baru yg terletak jauh kat angkasa sana yg dibina untuk keselesaan mereka2 yg kaya.. Hanya depa yg kaya ja dapat menempah tempat kat Elysium.. Yg miskin? Stay here on earth yg akan hancur xlama lagi..
Watak utama dalam cerita ni Max Da Costa lakonan Matt Damon, seorang pekerja kilang yg mmg dah lama menyimpan niat untuk tinggal kat Elysium.. Tapi malangnya, dia miskin. One day, satu accident berlaku kat kilang yg Max kerja tu dan badan dia tercemar dengan radiasi yg terlalu tinggi.. Doctor menjangkakan dia akan mati dalam masa 5 hari.. Kecuali.. Ada satu ja jalan penyelesaiannya.. Dia kena terbang ke Elysium dan dapatkan rawatan kat sana..
Max ada seorang kenalan yg boleh membantu dia untuk naik ke Elysium secara haram, tapi hubungan dia dengan kawan dia tu xberapa nak baik so, kwn dia tu xnak tolong dia secara free2 ja... Kawan Max tu tetapkan syarat.. Kalau Max nak ke Elysium, Max kena bantu dia rompak minda seorang Billionair..Untuk apa rompak minda? Untuk dapatkan no account, password itu dan ini, dan sebagainya.. Maklumat dalam otak Billionair tu msti ditransfer ke otak Max...
Malangnya, minda billionair yg depa rompak ni, bukan setakat simpan data tentang akaun2 dia, malah turut menyimpan data yg boleh restart balik system di Elysium.. Max jadi buruan dan dia berjaya ditangkap oleh agen2 Elysium.. Dan dia dibawak ke Elysium.. Kat Elysium tu, dia telah cetuskan huru hara dan finally dia berjaya tukar system di Elysium where suma org dibumi xkira kaya atau miskin boleh sama2 duduk di Elysium..
Komen aku. Bagi aku cerita ni menarik dan best. CGI dia mmg power tahap Transformer.. Mmg real habes... Serius, xnampak macam CGI.. CGI=10/10 beb!.. Jalan cerita pun menarik cuma xdak twist yg mindblown sangat.. Overall bagi aku cerita ni mmg memuaskan.. Walaupun aku tidoq lewat semalam, tapi tak terlena pun tengok cerita ni.. Sebab dia bagi pam! pam! pam! pam! sampai habes cerita.. Xsempat nak lena.. Mmg padat with action la cerita ni.. N satu lagi, hgpa akan tengok sangat banyak babak manusia meletup! Badan pecah, kepala pecah dan teloq pecah! haha.. yg last tu gebang.. Dan mmg sangat real lah pecah2 tu.. Sampai menggigit kolar baju la dibuatnya.. haha.. Aku bagi bintang sebanyak!
8 bintang!
Orait, tu sajalah yg aku nak kongsikan untuk kali ni.. Menarik cerita ni! boleh lah p tengok kalau nak.. Hehe.. Wokeh.. Jumpa di lain entri!
Muka puas hati tengok Elysium.. mehmehmeh |
Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D