Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Memandangkan beberapa hari lagi, para lepasan asasi, matrik dan stpm akan masuk ke universiti2 pilihan hati mahupun pilihan makpak untuk sambung degree, maka dua tiga hari ni akan adalah traffic2 organic berkaitan dengan kolej dan sebagainya daripada google masuk ke blog aku ni..Terutama sekali traffic daripada mereka2 yg nak dapatkan info berkenaan dengan kolej2 di UPM ni... Sebelum2 ni aku dah ada kongsikan sedikit maklumat berkaitan dengan perkara ni.. Tapi disebabkan tadi ada keyword yg agak menarik perhatian aku, so aku rasa nak kongsikan lagilah sikit info berkaitan dengan keyword tu.. Ni haa keywordnya..
Adakah kolej serumpun di UPM mempunyai lif? |
Nope. Kolej serumpun xdak lif.. Tapi jgn risau, ada 5 level ja termasuk level Ground...dan anak tangga setiap level kat Serumpun ni suma sikit2 ja.. So, kalau dapat duduk level 5 pun, sat ja nek.. Kalau naik sambil dok sembang2 ngan member lagi lah xterasa.. Tau2 dah sampai bumbung dah..Hehe.. So, dont worry k..
Antara kelebihan lain kolej serumpun ni adalah, kita ada kafe yg sangat dekat dengan kolej kita.. Selain tu, kita ada dua dewan yg sangat dekat dengan kolej kita.. Apa plak dah kena mengena dewan dengan kita student?. Of coz ada kena mengena, nnt hgpa nak amek voucher buku RM250 hgpa dekat dewan2 tu laah.. Kalau dekat, boleh la p serang awai sikit, xdalah nak kena nek bas ataupun berjogging tanpa rela nak p amek voucher tu.. Dan akan ada byk event yg bakal diadakan dekat dewan2 tu.. So, senang la hgpa nak p join event2 tu nnt.. Xdala rasa berat pungkoq sangat nak p tunggu bas dan sebagainya..
Orait, tu adalah tambahan sedikit lagi perkongsian yg aku boleh bagi.. Kalau ada junior2 UPM yg terjumpa entri ni dan ada terasa nak tanya apa2 soalan mahupun nak berkenal kenalan dengan bakal senior yg xcukup matang ni..Boleh lah kemukakan kat ruangan komen di bawah k.. Aku cuba tolong yg mana aku tau..
Assalamualaikum
***************
Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D