Pengalaman: Gigi Sakit? Cabut je laa..

Assalamualaikum..
Salam muhibbah..Selain daripada sunat/berkhatan, antara peristiwa ngeri yg aku pernah rasai sendiri is cabut gigi kat klinik.. Dulu masa form 4 atau form 5 aku pernah sakit gigi.. Sakit tahap gaban nu.. Kalau hgpa pernah sakit gigi, hgpa akan tau betapa sakit nya skit gigi tu... Sakit gigi ni antara sakit yg paling sakit kat dunia ni... Bukan sebab apa, sebab bila dah sakit tu, hgpa buh p la apa pun, strepsil ka, panadol ka, kicap ka, garam ka, cuka ka, sos tiram ka, mmg  xberkesan dah.. Mmg kena cabut jugak.. Percaya atau x, aku tahan sakit gigi aku tu sampai almost dua bulan... Ada sebab kenapa aku terpaksa tahan, malas nak cerita.. hehe.. Tapi aku nekad nak cabut gigi aku yg sakit tu sebelum bulan ramadhan.. Sebab kalau sakit time dok puasa, mmg taktau la apa akan jadi.. So, aku p klinik gigi yg berdekatan..Naik van MRSM.. Aku ingat lagi..


Sampai kat klinik, aku p kat kaunter n cakap nak cabut gigi.. Dia dah pernah ada rekod aku n dah dapat kebenaran daripada MRSM, so xda masalah kat kaunter.. Nurse yg comels (ooops) tu bagi nombor giliran kat aku.. N aku tunggu.. Kat tempat aku tunggu tu aku dok tengok orang keluaq daripada bilik operation, ada yg nanges, ada yg mcm nak pitam( pembohongan..sila alert.), ada yg berubah jadi rama2 ( pembohongan tahap dewa)..  Time tu aku dok gemuruh jiwa, semangat membara..dari puncak ingin lari balik ke rumah.. haha..


nurse comelss
Tiba giliran aku... Mula masuk, "ehh..nurse yg comels tadi laa.. ish, kena cover hensem ni" .Pastu datang sorang doktor laki, dia nak bagi bius.. Dia cucuk kat gusi aku.. kiri kanan n then dia cucuk kat lidah aku... fuhh.. time tu teringat jarum time sunat dulu..  Tapi kali ni x sesakit dulu.. Lepas dah bius, dia suruh aku tunggu... Tunggu kat luar.. Tunggu bagi bius dia tu betul2 dah meng-kebaskan mulut aku..Time ni aku dok men tampaq2 pipi aku.. rasa mcm best la plak.. haha.. Ala, bukan selalu nak kena bius cmtu kan.. :P



A few minutes after that, aku dipanggil masuk lagi sekali.. Kali ni untuk cabut gigi aku..  Aku dah mmg xrasa apa.. Gigi suma dah kebas.. yg aku rasa masa tu cumalah gerun tgok betapa seksanya doktor tu nak cabut gigi garham aku.. Seriusly, mmg susah kot nak cabut.. Sampai nurse comels tu terpaksa mai tolong pegang kepala aku... N finally, tertanggal jugak gigi garham aku tu... n that was the end of the pain that I've been enduring for the past couple of months.. Alhamdulillah..


Aku xpernah cabut gigi kat dentist sebelum tu.. So, mcm2 yg aku bayangkan sebelum p cabut tu..

sila klik untuk lihat betapa overnya dentist dalam gambaq ni..


Itulah kisahnya aku p cabut gigi untuk kali pertama n harapnya yg terakhirnya lah... So,sampai sekaranglah aku tidak mempunyakan( BM fail) gigi garham belah kiri.. Hehe.. Pesan aku kepada adik abang kakak makcik tokcik tokngah toklang apek acai mutu suma, jagalah gigi hgpa sebaiknya k.. Gosok ikut time.. Jgn asyik makan cikedis jaa.. Bukan sebab xbest p jumpa dentist, tapi sebab keperitan sakit gigi tu amatlah x terkata.. n kalau bleh aku xnakla kawan2 aku merana mcm aku dulu.. orait? okeh, Tu saja aku nak kongsikan...

Assalamualaikum..

*****************
Jempu Komen
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger