Muhasabah: Rapuh.

By Kimi Jamai - January 05, 2013


Assalamualaikum

Click play dulu yer.. :)



Dalam hidup kita kat dunia ni, kita memang xkan terlepas daripada melakukan kesilapan, dosa dan maksiat.. Kerap kali kita ulangi dosa yang sama. Kita cuba melawan, tapi kerap kali kita tewas. Namun, percayalah walau sejauh mana kita tersasar, Allah itu sentiasa ada. Dia sentiasa di situ. Akan sentiasa mendengar rintihan hati kita yang menjerit nak pulang kepadaNya.. 



Fitrah seorang manusia.. Mmg cepat lupa akan sesuatu.. Turut kita lupa, dosa2 yang kita lakukan.. Kita lalai, kita alpa... Tapi Dia, Dia tau kita hanya insan yang lemah.. Dia sentiasa berikan peluang kepada kita... Bukan sekadar peluang kedua.. Malah beratus-ratus peluang yang di berikanNya kepada kita.. Asalkan tidak kita mensyirikkan Dia..


Dalam kita memohon untuk mendapatkan keindahan dunia, jgn lupa kita memanjatkan doa agar sentiasa di ampunkan segala dosa yang dah kita lakukan... 


Banyak yang kita impikan di dunia ini... Banyak yang kita angankan.. Itu norma seorang manusia... Tapi janganlah kita lupa, jgn hanya impikan indahnya dunia.. Impikan juga syurga di sana... 



Kita semua pernah hilang sebentar dalam permainan dunia... Biar kita hilang seketika, jgn hilang selamanya.. 



Umur semakin meningkat dewasa..
Namun pemikiran aku masih sama..
Aku nak jadi dewasa..
Aku nak lihat segalanya dari sudut yang berbeza..
Aku mahu fahami diriku..
Aku mahu jadi insan yang berjaya kawal diriku..
Tapi malangnya aku masih rapuh,
Rapuh imanku,
Rapuh langkahku,
Namun rapuhku bukan selamanya..
Akan aku cari penghujung kerapuhan ini..
Akan ku jumpa penghujungnya nanti..
Penghujung yang juga satu permulaan,

Untuk sampai ke situ,
Aku perlu bantuan Mu,
Aku perlu kudrat Mu,
Bantulah aku.
Wahai Tuhanku..

  • Share:

You Might Also Like

4 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D