Iktibar: Kes Adik Nureffa Sahira.

By Kimi Jamai - January 05, 2013


Assalamualaikum.



"Harian Metro melaporkan, mayat Nureffa Sahira Ringkasan ditemui dalam tong dram dengan badannya berlipat, dipenuhi ulat dan mulai reput, kira-kira 500 meter dari kediaman mangsa.Mayat kanak-kanak itu ditemui jam 2 petang oleh penduduk kampung yang melakukan gerakan mencari sejak mangsa dilaporkan hilang 31 Disember lalu.Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, kanak-kanak itu yang juga anak tunggal disedari hilang dari rumahnya apabila tidak pulang selepas bermain di pekarangan kediamannya itu.Berikutan itu, katanya, usaha mencari mangsa dilakukan ahli keluarganya dengan bantuan penduduk kampung, namun gagal hinggalah ia ditemui dalam tong dram tersebut." Sumber-HarianMetro& Mynewshub

Salam muhibbah..Takziah kepada keluarga adik Nureffa Sahira yang jadi mangsa pembunuhan kejam baru2 ni..Sedih aku tengok gambar adik kat atas tu.. Entah apa la nak jadi ngan manusia akhir zaman ni.. Manusia yang cuma bertopengkan rupa fizikal seorang manusia, tapi kat sebalik topeng  tu penuh dengan kerakusan seekor binatang.. Mana pergi fikiran waras dan nilai kemanusiaan si perlaku jenayah ni? Apa yang dijanjikan kepada dia sampai dia sanggup buat benda cmni?..Entah lah.. Papepun perkara yang dah jadi mmg xboleh nak diiubah dah, tapi we can always amek iktibar daripada segala apa yg dah berlaku.

Ibu Bapa dan Keluarga.
Keluarga memainkan peranan yang sangat penting dalam nak jaga keselamatan ahli keluarga yang lain. Kalau adik kita tu masih kecik, jangan biarkan dia main sorang2 kat luar. Kalau nak bagi dia main gak, temankan dia. Lebih2 lagi kalau perempuan. Sekarang ni penjenayah2 kat luar tu dah xkisah dah, kecik atau besar , sumanya depa nak rembat. Mcm2 yang depa bleh buat dengan kanak2.. We dont want that to happen to our own family kan? So, masing2 mainkanlah peranan masing2..

Diri.
Sometimes sesapa pun boleh jadi penjenayah.. Even diri kita. Kita tau, kita percaya yang diri kita tak mungkin akan melakukan jenayah n whatnot  tapi kita tak tau camna reaksi dan apa tindakan kita bila kita berada dalam satu keadaan yang mana hanya satu je jalan keluar yang ada. N jalan keluar tu adalah jenayah..  Jadi, sebelum kita berada dalam keadaan yang mungkin memaksa kita buat bnda yang bukan2, peliharalah diri kita sendiri. Jangan libatkan diri dengan benda2 negatif. Benda2 yang menjurus kearah keterdesakan (Dadah especially).. and ingat satu lagi benda, dalam apa pun keadaan, jgan biarkan setan kuasai diri kita.. Banyakkan istighfar n ingat pada balasan Allah. Ingat kat orang yang kita sayang.. 

Takda sapa pun dalam dunia ni yang nak jadi mangsa jenayah, tapi malang xberbau kan? So, kita kena selalu beringat n selalu berjaga-jaga.. Keluar rumah baca doa, moga2 Allah lindung kita daripada segala benda2 yang xelok.. Tu sajalah yang aku nak kongsikan.. Semoga orang yang bersalah tu, diberi hukuman yang setimpal.

Assalamualaikum.
"Apa harga seorang manusia jika hilang nilai kemanusiaannya?"

  • Share:

You Might Also Like

4 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D