Pengalaman: Balik Kampung: The Unexpected Journey.

Assalamualaikum...
Tersebutlah satu kisah pengembaraan seorang jejaka yang nak balik ke kampung halaman kat Sungai Petani.. Kolej yang makin sunyi memaksa dia untuk turut angkat kaki dari kolej tersebut.. Maka hari yang sesuai pun dipilih, yakni Ahad, 13.1.2013.. Hehe.. Nak berhikayat plak dah aku malam ni.. Sebenaqnya aku baru sampai kat SP ni.. Baru ja sat tadi.. n ada benda yang nak aku ceritakan.. Ok, sambung hikayat aku tadi k.. Hari ahad 13.1.2013, Semalaman aku xbleh tidoq, tatau la pasaipa.. Tapi xterasa sangat semalaman tu sebab broadband aku dapat rebate 40 ringgit.. So, mmg online sampai ke pagi laa.. Pagi td tu hujan lebat gila kat area Serdang tu.. Lebat macam xbagi aku balik jaa.. Tapi aku dah nekad nak balik gak arini.. Aku pun mandi n siap2 la...Lupa nak habaq, tiket aku xbeli lagi.. Aku nak beli on the spot ja.. Harapnya ada la tiket on the spot.. Dah siap suma lebih kurang pukul 7.50 aku pun turunlah redah hujan p ke kaunter pejabat kolej nak serahkan kunci bilik... Sedihnya, pejabat tu xbukak lagi..Pukul 9 baru bukak, menurut notis kat depan pintu pejabat kolej tu.. Aku pun tunggu. Tunggu. tunggu.tunggu.tunggu.tunggu.tunggu.tunggu..Sampai aku dah meluat tunggu, aku pun tanya kawan aku, boleh dak kalau roomate aku ja yang tolong aku serahkan kunci aku tu nnt.. Kawan aku cakap boleh. So, aku naik atas balik, bagi kunci kat roomate aku, n then aku pun naik la bas..


Lebih kurang 3o minit lepas tu, bas tu pun gerak.. Sampailah dekat depan fakulti aku, aku pun turun sebab nak g naik teksi plak ke KTM Serdang.. Naik teksi dengan dua orang lagi wanita.. Sharelah sorang 4 hingget. Mula2 aku ingat nak tolong bayaqkan ja untuk semua, tapi melihatkan keadaan poket yang semakin kurus kedekiang, xjadilah nak tolong bayaqkan ( gentleman la konon..hehe). Sampai ke KTM Serdang, aku beli tiket ke Bandar Tasik Selatan.. Kat Bandar Tasik Selatan aku naik LRT ke Plaza Rakyat.. Malangnya, Aku tersilap naik LRT, hehe.. Tapi aku sedaq awai yang tersilap laluan, so cepat2 lah aku turun kat Sungai Besi, n tukaq balik laluan.. Biasalah tu silap2 laluan , aku baru nak blajaq benda2 ni.. Hehe.. Pastu, sampailah ke Plaza Rakyat... From there, I walked my way to PuduRaya.. n Alhamdulillah ada bas yang tengah nak bertolak n aku sempat beli tiket bas tu..Bas tu bertolak pukul 10 pagi.. So, selamatlah aku naik bas untuk balik ke SP..



On the bus, aku reja dok tidoq ja..Yelah, smalam aku xtidoq truih kot.. ngantuk.. Bangun sat, tidoq balik, bangun sat, tidoq balik.. Pastu sampai ke hentian rehat mana hala entah, aku turun n solat.. Pastu nampak ada kedai juai Meggi goreng mcm sedap jaaa.. " Eh jap, aku ada 5 hingget ja ni.. Meggi tu campuq teluq mata, 4 hingget.. Nak beli ka dak ek?". Lepas pikiaq tu, aku beli. Hehe..  Dengan pembelian meggi berkenaan, maka secara rasminya dalam poket aku cuma ada singget ja... Lepas brenti kat hentian tu, bas pun geraklah.. Aku pun makan meggi yang aku beli tu.. Lepas makan tu, aku lena balik..



Beberapa jam lepas tu, aku terjaga.. Tengok fon, dah pukul 4.30.. "Eh, xsampai lagi ka? Dah 7 jam ni..Selalunya kalau traffiq smooth ceni x mungkin lebih 5 atau 6 jam.. ni dah 7 jam ni"... Aku tgok pemandangan kat luaq dah len macam..  Xpernah nampak sebelum ni.. Pastu kat dalam bas pun orang dah makin kurang... Pastu tetiba plak ada 3 orang mat salleh depan aku.. "Bila masa plak mat salleh ni naik?"..  N Tiba2, aku ternampak satu benda yang buat aku terkejut biawaak albino sat.. Aku nampak, MENARA ALOR SETAQ...  " oh no no no no no...aku kat Alor Staq??".. aku terlepas stesen Sungai Petani tadi sebab aku tidoq lena sangat. Tambah plak aku pkai earphone n pasang volume maximum.. My bad.. So,turunlah aku kat Stesen Shahab Perdana.. Nasib baik kat situ bas banyak.. Masalahnya sekarang ni, aku kena cari mesin ATM dulu.. Tadikan aku dah beli meggi goreng tu n duet aku tinggai singget jaa..  tiket alor setar p sp kompom2 lebih singget. So, aku pun tanyalah kat mana mesin ATM, n    lepas tu barulah boleh beli tiket..





Dah beli tiket, aku pun naiklah salah satu bas yang ada kat situ.. Bas City Liner.. Lama gila aku dok atas bas tu.. Macam nak lekang coccyx aku ni..hehe.. Lepas beberapa jam, lebih kurang pukul 7.30 petang tadi, aku dengan selamatnya sampai jugak ke Sungai Petani.. Lega xterkata.. Tudia aih, perjalanan dari KL ke Sungai Petani, dari pukul 10pagi sampai 7.30petang.. Dekat2 10 jam. But it was a good experience though. Bukan selalu nak dapat peluang melancong p Alor Setaq kan? Hehe..  Moral of the story, jgnlah lena sampai xingat dunia..  Orait, nak p sambung tidoq ni.. Haha..

Assalamualaikum



_________________________________________________________________________________

Jemput Komen :)
_________________________________________________________________________________
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger