Pengalaman: Digi WWWOW Award 2013 and Cameron Highlands.

Assalamualaikum. 
Salam muhibbah.. Alhamdulillah, tahun ni adik aku tercalon lagi untuk ToP 3 Digi WWWOW Award.. Tahun ni dia tercalon untuk dua kategori, Top Over Achiever Under-16 dengan Breakthrough Youtube Star.. Saja try hantaq penyertaan untuk dua kategori tu, tak sangka plak dua2 dapat masuk top 3.. Tapi tahun ni punya Pengumuman pemenang n penyampaian hadiah lain banyak daripada Digi WWWOW Award yang tahun lepas punya.. Tahun lepas, digi kumpulkan semua calon2 yang berpeluang menang anugerah dekat HQ depa kat Shah Alam.. Tapi tahun ni, penyampaian hadiah dilakukan dekat 4 buah Starbucks kat lokasi berbeza mengikut kategori masing2.. Susah nak explain cmna event tu berlangsung, kalau xsalah aku depa guna Google Hangout.. Lokasi yg kami kena p adalah Starbucks Jalan Bukit Bintang sebelah Mcd.. Nasib baik abang aku pernah belajaq kat KL, so dia tau la sikit selok belok jalan kat KL, makanya kami pun xsesat dan sampai ke lokasi yang kami sepatutnya p tu..




Kami sampai agak awal, dalam pukul 12 kalau xsalah aku.. Event tu start pukul 2 satg, so kami p jalan2 sat.. P lowyat sat.. Pastu berbajet amek gambaq sat.. Ala, bukan selalu p jalan2 sampai ke tengah2 KL tuu kan, kita posing2 la sikit.. XD







Dalam pukul 1.40 tengah hari, kami pun gerak lah ke Starbucks yang ditetapkan tu..Kat situ jumpalah calon2 lain dari kategori Iman n dari dua kategori lain (Kategori Fave Tech Award dengan Photostory of the Year)..  Time dok tunggu majlis pengumuman pemenang tu start, sempatlah bersembang sembang dengan owner website Mrpiratz.com( Arif Ishak), n tahniah kat dia sebab menang kategori Fave Tech.. Yang sedihnya, adik aku xberapa nak menang (kalah) kedua-dua kategori yang dia masuk bertanding tuu.. Sob2.. Xpelah, mungkin xda rezki tahun ni.. Kita try lagi tahun depan.. Jom tengok gambaq sikit.. 








Bro Arif Ishak owner Mrpiratz.com.. Honeymoon p thailand lah yer bro.. haha.. 
Iman dengan blogger muda Zakie Azid .

Disebabkan ketewasan Iman tu, kami bercadang untuk membawa hati kami yang lara ni ke Cameron Highlands.. Haha.. Sebenaqnya ni idea abang aku.. Dia kata, xmau perjalanan kami ke KL ni sia2, apa kata kami g jalan2 somewhere.. So, alang2 tu kami truih ja nek ke Cameron Highland walaupun time tu dah lewat.. Mak ayah aku suruh balik sebab risau dok naik atas  tu gelap2, tapi kami berdegil untuk teruskan perjalanan.. Nek jugak! Hehe.. Alhamdulillah selamat sampai ke Tanah Rata kat atas tu n dapat sewa satu bilik.. Tidoq satu malam lepastu esoknya kami p lah jalan2 kat ladang strawberry dan ladang2 lain yg ada kat atas.. Meh tengok kami berposing bajet sekali lagi yer.. :P
























So, tulah cerita kami ke Digi WWWOW Award lepas tu kalah.. T.T n then bawak hati yang  lara ke Cameron Highlands.. Hehe.. Yg pasal kalah tu sebenaqnya xdalah sedih sangat pun, dah xda rezki nak wat cmna kan? Kita try tahun2 berikutnya plak.. Kepada yang menang plak, tahniah yer.. Ni senarai pemenang Digi WWWOW Award tahun ni..

  1. Blogger of The Year : Irine Marcello
  2. Shorty Blogger of The Year : Justin Tan Wei Jin
  3. Fave Entertainment Blog : Mohd Idris
  4. Fave Tech Head : Arif Ishak
  5. Online Shop of The Year : Arthur Loh Dien Lun
  6. Fave Video of The Year : Mat Luthfi
  7. Most Inspiring Internet for Good Award : Heidy Quah
  8. Top Online Over-Achiever Under 16 : Ruth Kezia Hope a/p Muthu
  9. App of The Year : AMOK
  10. Photostory of The Year : Ronan Tan
  11. Breakthrough Youtube Star : Amrita Soon
  12. Social Media Gathering of The Year : Cyril Dason (TweetUp Kuching 2012)
  13. Fave Makan Makan Expert : Teo Chee Seng
  14. People’s Choice Award : MyHazman.com
  15. Best of The Best : Mat Luthfi

Orait, tu sajalah kot yang aku nak kongsikan kali ni..Semoga sumanya ok2 saja noh..Orait2 ciau cin cau..
Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger