Apa Guna Aku Blogging?: Ilmu Ilmu Ilmu

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Ini merupakan entry kali kedua untuk section "Apa guna aku blogging?".. Dalam bahagian yang pertama dulu aku ceritakan mcmmana aku dengan blogging ni boleh meningkatkan daya berfikir aku.. n untuk kali ni aku nak kongsikan macammana blogging ni bukan saja dapat membantu kita untuk berfikir dengan lebih banyak malah blogging jugak mmg dah banyak membantu aku dalam mempelajari ilmu2 baru..


Bukan nak tipu, mmg btoi banyak ilmu baru yang boleh kita dapat kalau kita betoi2 nak belajaq..Sebenaqnya bukan dalam dunia blogging ni ja.. Dalam apa benda pun kalau niat kita tu mmg nak peroleh ilmu, insha Allah kita akan dapat ilmu.. Cumanya apa yang aku nak fokuskan ni adalah dalam skop blogging ni lah.. n ni adalah berdasarkan pengalaman aku..

Aku mula blogging dulu mmg noob level paling rendah lebih rendah daripada yang terendah. Haha..punya nak kata aku noob trok dulu..*Sekrang pun dok noob lagi ni... Dulu blogging pun sekadar nak tiru member ja...Member ada blog, so aku pun nak ada blog.. Lepas tu tatau nak tulis apa, Ngaaangaaaa ja... Tapi sedikit demi sedikit aku cuba untuk menseriuskan diri dalam blogging ni.. Tapi xdalah serius sangat pun.. Sekadar serius yg berpatutan la, bertepatan dengan status aku sebagai seorang student lagi kan..


iklan sebentar.


Kalau nak cerita pengalaman aku dalam menuntut ilmu dalam dunia blogging ni, mmg panjang ceritanya.. Contoh ilmu baru yang aku dapat adalah ilmu edit mengedit blog.. Masa mula2 dulu template blog mmg nak yg power2 jaa.. Nak ada rama2 lah, ada ikan lah, ada kalender, ada kucing la dah mcm zooo jaa.. Haha..  Aku ingat lagi dulu, aku selalu copy paste code kat blog Widget Index.. Kat situ macam2 widget untuk blog ada.. Mmg copy paste sampai berdarah jari.. XD


Lepas tu, bila otak dah matang sikit, dah mula menyampah tengok widget kartun2 yang penuh kat blog, aku cuba download template yg lebih kemas kat website2 yang menyediakan template2 percuma untuk didownload.. Antara contoh website yg aku selalu p adalah Btemplate.com.. Kat situlah aku dok amek template untuk ditukar tukar bila xpuas hati dengan template yang sebelumnya.. Tapi bila dah lama2 dok download template kat situ, aku pikiaq " Aku asyik xpuas hati ja dengan template2 yg depa ni buat, why dont aku try edit2 sendiri code2 kat blog aku ni ikut kesedapan hati aku"..




Start daripada time tulah, aku mula untuk belajar nak edit2 sikit coding2 blog ni sendiri.. Aku rujuk Fizgraphic, Jeritanblog, Maribinablog n banyak lagi blog2 tutorial.. Eh, lupa Lyssasecret pun aku dok rujuk gak.. Rujuk punya rujuk sampai last2 aku bleh ingat n faham sendiri.. So, aku pun cubalah edit blog aku ni kemas2 mengunakan ilmu2 yg aku dah dapat daripada taiko2 tu semua.. Terima kasih para taiko sekalian.. n sekarang, aku dah puas hati dengan blog aku ni, mungkin blog ni xdala sehebat blog2 lain kat luaq sana tu, tapi at least aku bina dengan keringat dan usaha aku sendiri.. n yg lagi best, dengan ilmu aku yg sikit ni, aku dapat tolong sikit2 member2 yang memerlukan.. :)  

Gambar xda kena mengena.. 


So, itulah dia cerita tentang how blogging can make you learn new stuffs (my version) and in my case, antara benda baru yang paling banyak aku belajaq adalah pasal2 edit2 blog ni lah.. Cuma untuk masa sekarang ni xsempat nak kutip ilmu2 baru sebab dok sibuk dengan studies n sebab aku dah suka dengan template sekarang ni.. Hehe..  Orait.. Itu sajalah for now... Dah terjawab satu lagi "apa guna aku blogging" which is for the sake of the ilmu that i can get from it.. :)

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger