Pengalaman: Aku Bernasyid?

Assalamualaikum..
Perhatian: Cerita ini tidak mempunyai klimaks. Sekadar sembang kosong ok?
Salam muhibbah.. Meh nak cerita something kat hgpa.. Kalau hgpa dok ikut baca blog aku, aku ada habaq yang aku join nasyid.. Hehe.. n semalam adalah hari pertandingannya.. Setelah lebih kurang dua minggu kami praktis, akhirnya sampai jugak hari pertandingan.. Sebenaqnya, sepanjang kami dok berlatih tu, macam2 dugaan yang kami tempuhi bersama sama *tudiaa ayat skema+sadis=cikedis! Haha.. Antara dugaan2nya, ada ahli yang selalu xdapat datang, lepas tu musik kami pun xdapat nak rakam, lepas tu PRU13 *xda kena mengena XP..  n Malam sebelum pertandingan tu, kami suma dah sepakat untuk tarik diri sebab tak cukup orang.. Masa dekat bilik muzik tu mmg dah kompom untuk tarik diri..


And then, masa aku dah atas katil ready nak bermimpi jumpa puteri kayangan, tetiba dapat mesej daripada pengurus kami *tuuuu ada pengurus tuuu... Dia kata " Berita baik, kita dah dapat dua orang ahli baru.. Jadi kita dapat masuk bertanding balik".  Ok, esok nak bertanding n malam ni dapat ahli baru dua orang.. Haha.. Time dapat mesej tu agak terbelahak berdarah gak sikit, sebab risau ahli2 baru tu xtau apa2 tentang lagu kami.. Hehe. Tapi, xpa. Hendak seribu daya, xhendak seribu dalih kan? 


Esoknya.. Kami berkumpul kat bilik muzik kami..  N berlatih.. hafal lirik.. berlatih... hafal lagi... Kumpulan2 dari kolej lain tengah dok sound check dekat dewan besar, kami still dekat bilik muzik kami, berlatih.. Lepas tu, lebih kurang pukul 2 cmtu, kami sampai kat dewan.. Masa kami sampai tu dah xbleh nak buat sound check dah.. Dah terlambat... So kami pun redha jelah..Masa dok tunggu giliran tu, aku dok pikiaq pasai keyboard kami jaa.. Dok risau kot2 ada problem dengan speaker dewan..Aku jadi risau sebab kami xsempat nak try connect keyboard tu dengan speaker.. After a while, sampailah giliran kami..



Kami naik atas pentas, n start la nyanyi.. n seperti yang aku dok risau, mmg keyboard kami ada problem dengan speaker dewan tu... So, kami nyanyi dengan iringan speaker keyboard jaa.. yg bermaksud, volume dia slow la.. Orang dekat bawah  xdapat nak dengar musik tu..suma dok terpinga-pinga tengok kami kat atas tu.. "Depa ni silap masuk pertandingan ka apa? Awat dok ber-acapella kat atas tu", kata depa. *memandai ja aku agak depa kata cmtuu.. XD Oh, lupa nak habaq, orang lain suma pakat pakai mcm orang nak bernasyid, kumpulan kami suma pakai mcm nak p berjoli di Midvalley.. Haha.. mmg fail.. Habes ja nyanyi, kami truih cabut balik kolej.. Xtunggu dah kat situ... Haha..


Inilah kami, One direction versi nasyid..


So, tu sajalah cerita nasyid akuu.. Saja nak kongsikan dengan hgpa kisah nasyid kami yang agak fail.. Haha.. xpa, yg paling penting kami cuba gak masuk.. N kami dapat pengalaman yang menarik tu.. Hehe.. So, itu sajalah yang aku nak kongsikan kali ni.. Orait.. Aku nak study untuk ujian bahasa Thailand aku plak ni.. Doakan  aku. XD

Assalamualaikum
******************
Jemput Komen.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger