Movie Time! : The Long Weekend Thai Horror Film..

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Semalam masa orang2 yang boleh mengundi tengah rancak mengundi, aku yang belum boleh mengundi ni sangatlah boring duduk kat bilik ni.. Nak tunggu result PRU keluaq, dah tau dah msti tengah2 malam baru dapat result.. Dengan kolej yang kosong n sunyi,  aku pun decided untuk keluaq g beli barang2 sikit.. Lepas tu, alang2 dah sampai ke Midvalley tu, aku pun bercadang untuk tengok wayang.. Hehe.. Cerita apa? Cerita hantuuuu.. atau dalam bahasa thai nya, cerita "phiiiii"..  Cerita hantu Thaiand.. Tajuknya The Long Weekend.



Sinopsis The Long Weekend. Cerita ni mengisahkan 6 orang pelajar yang bercuti kat sebuah pulau berhantu ni.. Pulau ni punya hantu mmg dahsyat gila.. Dia jenis makan daging binatang n daging orang pun dia bantai sekali.. Pulau tu dah lama ditinggalkan sebab penduduk pulau tu dah xlarat nak bagi makan kat hantu2 kat pulau tu, tambah lagi ada terjadi satu tragedi dalam salah satu upacara bagi makan hantu2 tu.. Tragedi tu berlaku kat satu kuil ni, n banyak sami2 kat kuil tu mati.. Sejak dari haritu, xdak sapa dibenarkan ke kuil tu n pulau tu ditinggalkan kosong.


Bapa salah sorang daripada 6 org pelajar tadi tu ada sebijik rumah kat pulau tu, so depa suma menetap kat rumah tu..  Yg nak jadi ceritanya, budak2 ni gatai tangan sangat nak p jugak ke kuil yg diharamkan tu.. Depa p kuil tu, n then depa ada buat masalah sikit kat kuil tu.. Hantu2 yang dah lama xmakan tu pun mengamuk n mula menghantui depa..


Cerita ni bagi aku biasa2 ja.. xdalah seram sangat.. Terkejut terkejut tu adalah sikit..Sikit jaa.. Hantu dia pun xdalah seram sangat.. Jalan cerita pun biasa2 ja.. Hehe.. Cuma grafik dia agak cantik la.. Satu benda yang menarik dengan cerita ni (selain daripada heroin dia yg agak cumels) ialah ending dia agak twisted. Hehe.. Ending dia menarik jugak la sikit.. Nak tau cmna? Terpaksa p tengoklah noh *sadisnya terpaksa....haha.. Aku bagi bintang sebanyak....


4/10 Bintang!


So, thats all for now.. Sesapa yang terasa nak p tengok cerita ni, silakanlah.. Tapi aku dah habaq siap2 ni..Cerita dia biasa2 ja.. Hehe.. Orait, thats it.

Assalamualaikum
*******************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger