Pengalaman: Apa itu Gigi Graham Bongsu?

Assalamualaikum.
Peringatan: Entri ni agak panjang dan mungkin akan meloyakan sesetengah dari anda.
Salam muhibbah.. Dua tiga hari ni, gusi dekat gigi graham aku dok rasa sakit len macam jaa.. Mula2 tu just sakit2 cmtu ja, tapi lama2 dia jadi bengkak plak gusi tu.. Pastu makin truk aku nampak macam ada bisul plak dah kat gusi aku ni..Rasa xberapa nak selesa la kan.. Risau pun ada sikit.. Plus, dekat bahagian gusi belakang gigi graham aku yg hujung ni, aku nampak macam ada gigi baru nak tumbuh.. tapi tataula btoi ka dak, sebab aku kan dah 20, aku ingatkan gigi dah xtumbuh dah dalam lingkaran umur mcm aku ni *cakap mcm dah tua sangat jaaa... So, aku pun try la google tengok kot2 ada petua nak hilangkan sakit gusi aku ni..



Google punya google, aku terjumpa satu gambaq ni, gusi dia jadi sebijik mcm gusi aku..And dalam gambaq tu pun ada gigi graham yang mcm baru nak tumbuh dekat gusi yang tengah sakit tu.. So, aku pun klik la situ.. kat gambaq ni ha.


Ini bukan gusi aku tau.. Maaf kalau ada yg terloya.. 


Lepas klik kat situ, aku dibawak ke satu laman web ni, berkaitan dengan gigi2 punya problem.. Rupa2nya, menurut website tu, apa yang tengah aku alami ni, dinamakan pertumbuhan Gigi bungsu / wisdom teeth/ geraham ketiga/ impacted teeth. Gigi ni memang selalu tumbuh dalam lingkaran umur 17-21..  Antara gigi yg last tumbuh.. 



Menurut website tu, kalau gigi garham bongsu ni tumbuh secara tak sempurna, banyak kesan2 yang buruk boleh terjadik..  Menurut website tu, apa yg dimaksudkan dengan tak sempurna tu ialah gigi tu tumbuh di tempat yg salah...Bila aku tengok kat gigi aku, mcm lebih kurang ja dalam gambaq yg first tadi tu..Rasanya gigi aku ni mmg dah salah tumbuh dah ni.. Aku dok cuak gila dah time baca tu.. Mana x cuaknya, kesan2 negatif yg berkemungkinan terjadi tu sumanya mcm ngan apa lagi.. hgpa nak tau  dak apa kesan2 yg boleh terjadi kalau gigi tu tumbuh xsempurna? meh nak tunjuk..

Jangkitan Kuman.

Gigi yang lain boleh dislocated.

n paling scary, boleh kena TUMOR kot.

Ada lagi beberapa kesan yg boleh terjadi..  Sapa xcuak ooi.. haha.. Boleh kena TUMOR kot.. Serius risau .. Lepas tu apa lagi, aku yang xpernah langsung p ke Pusat Kesihatan Universiti ni pun terpaksalah merajinkan diri pergi ke PKU tu.. Lepas dah amek number giliran apa suma, aku pun masuklah g check... Nak tau apa doktor kata?




Alhamdulillah.. Menurut doktor tu, yg tengah tumbuh kat gigi aku ni mmg gigi garham bongsu tu.. tapi dia xda apa2 masalah, so xperlu risau.. Sakit n bengkak2 sekitar gusi tu mmg normal kalau ada gigi nak tumbuh.. Lega truk bila dengaq doktor tu cakap cmtu.. Lepas tu, aku pun g lah keluaq amek ubat...




Lama gila dah xdapat ubat cmni.. 

Lepas tu, apa tunggu lagi, balik kolej la.. Hehe.. So, itulah ceritanya..  Kepada yang nak tau lebih tentang masalah2 gigi ni boleh la p ke website ni, DentiaDental.. Kat situ ada mcm2 maklumat pasai gigi..  So, kepada yang rasa2 mcm dok sakit gigi ka, dok nampak mcm ada gigi baru nak tumbuh kat belakang graham tu, silah berjumpa doktor hgpa k.. Takut2 ada effect buruk yg kita tatau.. Itu sajalah yg aku nak kongsikan.. Rasa mcm panjang nak mampuih ja entry kali ni..tapi tadi aku dah bagi peringatan kan.. hehe... Thanx la sebab baca sampai habeh k.. :D

Gambaq xda kena mengena.. XD Btw, kena jaga gigi dari kecik.. 


Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger