Sembang2: Dugaan Nak Exam.

 Assalamualaikum
Salam muhibbah.. ESOK EXAM!.. hehe.. Gila cuak macam ngan apa lagi.. Eh, jap. hgpa jgn salah paham plak noh.. aku bukannya xstudy, tapi aku dok brehat jap.. Tadi dah pulun study+ studoq(study+tidoq)  dah... Time rehat ni rasanya nak buat terapi otak sikit.. How can this be a terapi? Yela, terapi la, aku bagi otak hgpa serabut baca masalah aku nak exam ni kira terapi la tu kan? hehehe.  Time2 nak exam ni, ada a few things yang jadi yg mmg susah nak control.. Dah cuba nak control, tapi dia jadi jugak.. 


Godaan internet yang sangat menggoda.


Haha... hgpa jgn ingat mengoda yg pelik2 plak.. Menggoda tu sekadar personifikasi jaaa (tudiaa, ayat org baru lepas study)..haha.. Menggoda tu maksud aku, aku jadi sangat tertarik nak bukak internet, lebih spesifik lagi, facebook,twitter, n so on la.. Bukan nak kata sebelum ni xtertarik dekat benda2 ni suma, tapi time exam ni dia jadi extra sikit. Pantang laptop terbukak ja, truih online. Bukan x cuba nak lawan, tapi internet ni dia pandai lawan balik. Aku pakai jurus serigala ekoq 3, dia guna jurus naga ekoq 23. haha..mmg kalah la aku kan.. tapi bila esok dah nak exam ni, aku rasa dah bleh control sikit kot.. dah xberapa nak bukak sangat.. 





Kelopak mata berbatu n bantal bermagnet.



Yg ni mmg xleh nak nafikan.. Mmg sesungguhnya tepat lagi betoi.. Jadi mengantuk jaa.. Bukan time mengadap buku jaa, time dok saja2 pun jadi mengantuk, tataula kena sumpahan mengantuk ka apa.. Bangun tidoq pukui 9 sumting, pukui 11 dah mengantuk balik.. Apacer kan? haha.. Bila dah ngantuk tu, mulalah buku tu nampak jauhh jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Sampai ja waktu yg mmg kira normal kalau nak tidoq, mmg xlepas peluang dah.. Truih tidoq. Cemana ni? Tapi papepun, aku ada penawar aku sendiri untuk masalah ni.. Ubatnya, Kopi 3 in 1 la.. Hilanglah sikit ngantuk2 tu n adalah sikit tenaga nak belajaq. 



Otak dok buat pikiaq lebih2 plak.


Nah, ni satu lagi masalah.. Bila dah boleh nak study, masalah lain plak timbul. Baca sikit, pastu dalam otak dok pikiaq, " laaa... Pasaipa ada subjek ni dalam kos aku" " pasaipa aku kena blajaq benda alah ni" "pasai pa tu" dan macam2 lagilah.. Haha..  Pernah jadi dak kat hgpa?  Aku rasa tu setan kot dok hasut aku noh...  Tapi benda tu just bermain kat otak jaa.. Aku still baca ja buku2 aku... 



Perut lapaq xikut time dah.


Ni pun lagi satu hal.. Time nak exam ni, pukui 11 pagi pun dah rasa lapaq nak p makan lunch.. Padahai selama ni pukui 1 lebih baru terasa nak makan. Mungkin sebab otak dok pikiaq banyak kot noh.. tu pasaila perut jadi lapaq..  





Macam tulah masalah2 yang aku hadapi time2 nak exam ni. Tapi bila dah esok nak exam ni, rasanya suma masalah tu aku dah berjaya overcome sikit2 kot... Esok exam Bahasa Melayu Tinggi..  Harap2 segala yang aku dah baca ni masuk n melekat la dalam pala otak aku ni.. n harap2 bleh la aku keluaqkan balik segala yang dah baca ni esok... hehe.. Okeh geng.. 

Assalamualaikum
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger