Pengalaman: Malam Anugerah Video Kreatif

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Alhamdulillah. Video yg kumpulan aku buat untuk Malam Anugerah Video Kreatif (MAVeK)  yg berlangsung Sabtu lepas menang dua awards.. Anugerah Lakon Layar Terbaik ngan Anugerah Penerbitan Terbaik (Gangsa).. Tugasan untuk MAVeK tahun ni kami kena hasilkan video pesanan khidmat masyarakat.Video kami ni cerita dia tentang sorang pakcik ni(lakonan kimi jamai A.K.A akula tuu),anak2 dia tinggaikan dia kat Teratak Warga Emas n dia dok terkenang-kenang la masa2 dia tengah dok hepi ngan family dia..Mmg agak sedih la.. Sentap kejap masa dok tayang video ni malam tu..haha.. Pesanan yang kami nak sampaikan through that video ialah janganlah kita buat camtu kat mak ayah kita. Depa dah bersusah payah membesarkan kita, basuh taik kita, kerja untuk kita, last2 kita tinggalkan depa cmtu ja.. Jangan buat cmtu noh.. Sapa buat, aku katok ngan penyapu..boleh xboleh? .. Tapi sori la sebab xdapat nak kongsikan video tu dengan hgpa.. Lupa nak amek dari kawan aku.. Boleh share gambaq2 malam tu jaa.. 

ketua kelas amek hadiah.. 

Lupa nak habaq, kami buat persembahan gak malam tu..


Majlis pembukaan hamper..cewah!

Aku akan rindu geng2 ni..


Nindiaaa trofi kemenangan kami..


Ni plak aku jadi Pak cik Kimi


Ni plak video yang bagi aku mmg sangat epic. Video ni menang paling banyak award malam tu.. N yg paling penting, director video ni adalah kawan aku! hehe.. Bangga. Mmg power.. Kalau nak tayang kat TV pun boleh ni.. Mmg patut dibawak ke peringkat yang lebih tinggi.. Tahniah Neng. Cuba tengok.


Hebat kan?


Malam award tu mmg secara keseluruhannya berjalan dengan baik n rasa macam dok kat Shout Award jaa..haha.. Mmg best la malam tu.. Thanx kepada pihak yang dah bertungkus lumus prepare untuk MAVeK ni... Harap tahun depan buat la lagi.. Thanx jugak kat group mate aku yg dah sama2 bertungkus lumus sepanjang persiapan nak perform malam tu...  Orait, tu ja kot aku nak share kali ni... Nak g hafal skrip untuk pembentangan final plak..Doakan aku noh.. :) 


Soalan Tetiba Terlintas Kat Palaotak Aku Tadi:
 Camna kalau manusia kentut, x bunyi "pruut". Dia bunyi mcm lain.. Mcm ringtone nokia ka... Msti suma pakat lawan kentut kan? haha.. 

Assalamualaikum..

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger