Sembang2: Sajak Untuk Mereka

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Haritu, masa aku otw nak balik SP, sepanjang perjalanan aku start from keluar daripada bilik sampailah ke rumah, aku tertengok beberapa insan ni yang buatkan aku rasa nak bersajak.. Haa, tudiaaa.. sajak truih..keh3.. Bukan apa, it just that aku tatau cemana nak describe these feelings dalam bentuk yg bukan sajak.. haha..(boleh plak.. malas habaq la malas).. Ok2.. papepun, hgpa layan jela sajak ni noh.. Sambil2 baca tu bleh la play background music kat bawah ni noh..



Mak Cik Tua Stesen Minyak


Makcik tua si cleaner stesen minyak,
Adakah usia mu yang menipu?
Atau mata ku yang keliru?
Tenaga mu, 
Semangat mu,
Senyum mu,
Tidak bergerak seiiring dengan usia mu,
Dikala wanita lain yang seusia dengan mu duduk melayan karenah cucu,
Engkau berdiri bertemankan penyapu, 
Terfikir aku, "mana datangnya semangat mu yang kuat itu?"
Aku pasti ada sebab engkau kukuh berdiri,
Anak-anak mungkin?
Tapi dimana suami mu?
Telah lama dijemput Illahi mungkin?
Apa pun kisah mu, 
Aku bersyukur mata ini terlihat kelibat mu,
Membuat aku sedar,
Saat langit ku cerah,
Ada dunia yang dilanda badai..
Ada wanita tua yang terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di stesen minyak..
Moga suatu hari, langit mu pula yang disinari..
Wahai makcik tua si cleaner stesen minyak.



Pengemis


Duduk
Tongkat
Tupperware
Kudung
Tunduk

Kadangku terfikir,

"Dia ni tinggal kat mana?"
"Mcm mana kaki dia bleh kudung?"
"Dia ni xda family ka nak tolong dia?"
"Dia memang dah xbleh nak buat apa2 kerja langsung ka?"
"Sejak bila dia mengemis dan sampai bila dia akan mengemis?"

Aku bukan bersikap jugdemental,
Aku hanya berfikir,
Aku percaya setiap manusia punya cerita,
Begitu jugalah si pengemis tua ini..
Hendak ku bantu, aku ragu.
Bukan ragu dengannya
Bukan juga ragu dengan diriku,
Tapi ragu, dapatkah aku ubah hidupmu dengan bantuanku.
Dapatkah aku ubah hidupmu jika engkau sendiri pilih untuk duduk terkaku.
Terkaku disitu. Selalu.
 Doaku  semoga bukan disitu tempat matimu.



Pasangan Tua


Akankah kita kukuh seperti mereka?
Bersama-sama merentas malam berniaga,
Bersama-sama menghadapi senja berniaga,
Bersama-sama berjauhan dengan anak-anak dan mungkin cucu,
Semata-mata untuk berniaga.
Berniaga untuk mereka,

Aku kagum  tapi aku hairan,
Aku hairan dan aku tersentuh,
Aku tersentuh membayangkan, jika ibu bapaku terpaksa berniaga di lewat malam,
Berniaga untuk kepentingan anak-anak,
Tersenyum dikala jiwa kemalapan.

Aku harap,
Aku doakan,
Kalian terus bahagia bersama
Walaupun terpaksa berniaga selamanya.



So, mereka tulah insan2 yang buatkan aku duduk termenung n terpikiaq.. "Mcmmana kalau aku kat tempat depa".. Depa buat aku bersyukur dengan hidup yang aku ada sekarang ni.. Ujian hidup mesti akan datang, tapi kita kena percaya yang ada orang lain yang dugaan hidup depa 1000 kali ganda lebih susah daripada kita.. Macam makcik cleaner yg dah tua sangat tu, kesian aku tgok.. Berat mata memandang, berat lagi bahu makcik tu memikul dugaan hidup dia.. Samalah mcm pengemis n pasangan tua yang meniaga kat gerai makan sampai ke lewat malam tu... Kita sebagai orang2 yang masih muda ni, kena lah amek iktibar n pasang cita2 tinggi2 dengan harapan kita x stuck dalam mana2 keadaan kat atas tu.. 

So, thats all for now
Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
Assalamualaikum

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger