Sembang2: Hafiz Hamidun dan Melodi.

Assalamualaikum..

Salam muhibbah kwn2.. Sori noh, xdapat lagi nak sambung kisah2 sekolah aritu tu... tapi nnt akan disambung gak... Tadi dok bertwitter pastu terjumpa twitter Hafiz Hamidun.. Aku pun klik situ, n kat situ aku jumpa website dia... N kat website dia aku dapat tau tentang album Zikir Terapi Diri by Hafiz Hamidun.. Subhanallah, masa aku try play lagu2 yang ada dalam album tu, hati aku rasa mcm dok kat alam lain jaa.. Tenang sangat.. Hebat sungguh kuasa Allah bagi ilham kat Hafiz Hamidun ni untuk buat  melodi2 yang indah cmtu.. Yang paling penting,lirik dia sumanya Zikir... Kagum bila tgok orang lain dapat menyumbang something kat agama dia n kat umat Islam yang lain... It kinda makes you think, " Bilalah aku nak buat sesuatu yg bermakna untuk orang lain".. Tpi xpa, lain orang lain cara..  


Papepun, aku kagum dengan semangat n iltizam Hafiz Hamidun dalam mencipta lagu2 berunsur islamik tu.. Zikir2 dia sumanya menyentuh hati...Rasa tenang ja.. Terlupa kejap masalah2 yang dok bermain kat ortak(ortak pun boleh) ni tadi... Aku pun minat gak ngan music2 ni sebenarnya.. Harap satu hari nnt, aku dapat buat karya sendiri yang boleh sentuh hati orang lain mcmmana yang Hafiz Hamidun ni dah buat...  Nah cuba try dengaq dua zikir ni.. Harapnya zikir2 ni dapat sentuh hati kita untuk sentiasa ingat kat Allah..




Rasanya tu jelah kot yg aku nak kongsikan kali ni.. Harap bermanfaat kepada hgpa yg membaca..

Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
Assalamualaikum.



 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger