Movie Time!: The Hobbit: An Unexpected Journey.. Seriusly, Awesome.




Assalamualaikum...
Salam muhibbah..  Harapan aku nak tgok The Hobbit:An Unexpected Journey dah tercapai.. ( Piuu3..bunyi mercun =.=?)... Sebagai peminat The Lord Of The Ring, mmg silap la kalau aku xp tgok The Hobbit tu... The Hobbit:An Unexpected Journey ni mengisahkan seorang Hobbit ni, nama dia Bilbo Baggins lakonan Martin Freeman. Kalau hgpa pun follow The Lord Of The Ring, Hgpa akan kenai la sapa dia Bilbo Baggins ni. Dia ni pakcik Frodo Baggins n dialah yg dah bawak The One Ring lari daripada Gollum Smeagol. The Hobbit mengisahkan macammana Bilbo Baggins seorang Hobbit normal yang tinggal dalam lubang kat bawah bukit boleh terlibat dengan 13 orang Dwarf dalam satu pengembaraan yang mmang dia xpernah terbayang langsung... Xperlu la aku nak detailkan apa yg dia jumpa sepanjang perjalanan dia dengan Dwarf2 tu..Tujuan pengembaraan depa is to kill a dragon yang dah rampas tempat tinggal Dwarf ni.. Kat Lonely Mountain.. ehh, lupa nak gtau Gandalf The Grey pun join jugak adventure ni... The Hobbit ni banyak menjawab persoalan2 yang berbangkit dalam The Lord Of The Ring dulu.. Contohnya, Hgpa akan tau kenapa Dwarf benci sangat dekat puak Elves, pastu, hgpa akan tau cena Gollum tu bleh tau nama Bilbo Baggins n dia datang dari Shire.. Ada jugak kisah macam mana Dwarf kat Moria boleh mati..dan ada lagi dua tiga benda.. Tapi hgpa kena ingat, The Hobbit ni arahan Peter Jackson so ending dia akan tergantung n akan bersambung.. Tapi seriusly, walaupun cerita dia xhabes, still sangat puas hati dengan cerita ni...n satu lagi yang bestnya, untuk watak2 lama yg ada dalam The Lord Of The Ring dulu, depa still guna pelakon yg samaa.. Ada Frodo, ada Elrond, n ada Sarummmmaan! haha.. Aku bagi rating


8/10!



 So, kepada yg mmg peminat tegar TLOTR, hgpa kena tgok The Hobbit ni sebab hgpa akan rasa sangat teruja... N kepada yang xpernah tgok tu, xpa, kalau hgpa nak mula dengan cerita The Hobbit ni dulu pun xpa.. sebab secara kronologi dalam jalan cerita pun mmg sepatutnya The Hobbit ni yang keluaq dulu...hehe.. Last but not least, cerita ni duration dia hampir2 3 jam..So, pilihlah waktu yg hgpa sempat solat noh.. hehe.. :) Thats all for now..




Assalamualaikum
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger