Sembang2: Rahsia Personaliti Aku? Btoi ka tuuuu..

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Dalam busy2 sempat jugak aku menaip kat sini.. nampak xbetapa aku sayang kat blog ni..*dengan pembaca2 blog ni sekali laa..  Hgpa pernah dengaq x tentang rahsia personaliti diri mengikut bulan kelahiran.. Tadi aku ada terbaca artikel mengenai benda tu.. Kajian mengenai benda tu ada dilakukan Dato' Dr Fadzilah Kamsah.. Kalau hgpa pernah, aku nak tanya ni, hgpa setuju x dengan personaliti2 yang disenaraikan tu? Untuk aku, ada yang kena batang hidung aku n ada yang tersasar di tepian cuping telinga aku.. Haha.. Aku lahir bulan Januari, so jom tengok apa personaliti aku menurut kajian tu..



1. Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik.
  • Bercita-cita tinggi tu betoilah, memang banyak cita-cita yang aku pasang sejak tali pusat aku dipotong dulu.. N semuanya mmg tinggi2.. Serius orangnya? Ohh.. sedikit tersasar disitu .. Aku ni xserius pun..Xserius langsung.. Kalau nak tau aku ni serius atau x, hgpa call mak aku, tanya dia perangai aku kat rumah cena.. Tapi kalau in terms of doing tasks or kerja2 yang diarahkan, mmg kadang2 aku serius.. Suka mendidik dan dididik? Mendidik tu mmg aku suka, tapi aku xpandai nak mendidik orang lain... Aku xreti nak keluarkan benda yang aku paham dalam bentuk kata-kata.. Dididik tu mmg nak xnak kena suka la kan... Weeee.. ^^
2.Sangat mudah melihat kelemahan orang, dan suka mengkritik.
  • Untuk point yang ni mmg aku terpaksa tidak bersetuju.. Aku jarang nampak kelemahan orang, Yang aku selalu nampak is that setiap orang ada cerita depa sendiri n setiap orang ada potensi depa tersendiri.. Setiap apa salah silap yang seseorang tu buat msti ada sebab dia yang tersendiri ataupun ada pegangan dia yang kita x tau..
3.Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Rajin? Sejujurnya aku cakap, aku mmg sangat rajin.. Tapi lebih jujurnya aku berterus terang aku mmg x rajin langsung.. Bukan nak memburukkan diri aku dimata hgpa, tapi sekadar nak bersikap telus dengan hgpa.. Tapi, walaupun aku xrajin, aku tetap buat apa yang perlu diselesaikan.. Bukannya jenis xrajin yang dok nganga jaa.. Haha.. 
4.Suka pada kecantikkan, Kekemasan dan teratur.
  • Rasanya hampir semua orang kot suka benda yang cantik, kemas dan teratur.. yang susahnya is cemana kita nak jadi cantik kemas dan teratur tu.. Ye idak? Haha..
5.Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Sensitif dan berfikiran mendalam? Kalau sensitif yang dimaksudkan tu is sensitif yang jenis mudah terasa tu, maksudnya tersasar lagi la tu.. Aku bukan jenis mudah terasa.. Seriusly.. Aku sebenaqnya suka ja melawak2 kasaq.. Tapi tengok jugak la dengan sapa aku melawak tu.. Tapi kalu sensitif yang dimaksudkan tu is prihatin dengan keadaan sekeliling, maybe betul kot.. Hehe.. 
6. Pandai mengambil hati orang lain.
  • No komen. XD
7. Pendiam kecuali diransang.
  • Yang ini agak terkena kat batang hidung aku.. Mmg aku ni jenis yang pasif sikit dengan kawan2..Aku lebih suka dengar daripada cakap.. Tapi bila diransang tu, mmg aku turut sembang la.. Tapi dalam rumah, im a complete crazy clown..
8.Romantik, suka kanak2, setia.
  • Ni suma aku rasa xperlu terang panjang2 kot.. Tengok bulu mata pun dah tau kan.. Haha..  
9.Sifat cemburu yang sangat tinggi.
  • Ni xberapa nak kena kot dengan aku..Aku bukan jenis yang cemburu.. Maybe sebab aku percaya kat si dia aku tu kot.. Hewhewhew *kededush.. Kalau dah percaya, rasanya cemburu yang over2 tu pun dah xperlu sangat kot.. Tapi kena ada sikit kot.. Yelah, kan orang tua2 selalu cakap, cemburu tanda sayang.. So, xcemburu langsung tu x sayang la kan? Haha.. Xdala weh, jgn layan aku merepek ni..

Sebenaqnya, benda ni ada betoi ada salahnya.. Kajian ni dilakukan based on keputusan majoriti orang yang di test tu.. So, kalau kita ni berada dalam kelompok minoriti tu, keputusan kajian tu mungkin ada yang xkena dengan kita... Papepun, sebenaqnya setiap orang itu unik dan menarik dan hensem dan cantik tertarik kau memang debommm.. Setiap orang itu ada kelebihan, kekurangan, potensi dan tabiat masing2.. So, cintailah diri anda yer.. :) Tu saja kot yang aku nak bebelkan kali ni...Kalau nak tau rahsia bulan lahir hgpa, bolehla klik sini.. Until next time...

Comel kan mereka?


Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger