Pengalaman:Will You Survive Kucing?

By Kimi Jamai - March 02, 2013

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tadi petang sementara aku ngan member aku dok tunggu turn nak berkayak, sorang lagi mmber aku (Mr H) datang bagitau yang dia ada terjumpa anak kucing kena langgaq.. Kena langgaq tapi still hidup lagi.. Aku pun tanya la kat mana dia jumpa kucing tu.. Pastu dia kata dekat sebelah kafe ja... Mmg dekat ngan tempat aku dok menunggu nak berkayak tu... So, kami pun bercadang nak g alihkan kucing tu.. Alih letak dia kat tempat yang selamat sikit.. Dalam imagination aku badan kucing tu dah hancur berkecai dah.. Yelah, kena langgaq ngan kereta kan.. 

Ni bukan dia..Tapi warna dia lebih kurang macam ni.. 


Bila sampai kat tempat kejadian tu, kucing tu dah xda.. Kami pun tercari-cari la.. Rupa2nya mak kucing tu dah alihkan dia kat bawah kereta lain pulak.. Kami pun keluarkan dia dari bawah kereta tu.. Risau kot2 kena langgaq ngan kereta tu plak kan.. Bila dah tengok btol2 rupa2nya badan dia xhancur pun.. Tapi kaki dia mmg kompom2 patah.. Organ2 dalaman dia pun mmg rasanya dah rosak.. Tapi bahagian dada sampai kepala dia still cergas lagi.. Dia still boleh dok menyeret kaki n perut dia yang dah rosak tu.. Sedih kot tengok dia cmtu.. Melihatkan keadaan dia cmtu, kami rasa mcm dia dah xda banyak masa dah... Maybe sejam or dua jam lagi ja dia ada.. Kami pun bawak dia ke tepi tasik.. Mak dia n adik dia sekor lagi ikut sekali..





Kat tasik tu, kami dok bincang nak buat apa ngan kucing ni.. Kami try contact member2 daripada fakulti Veterinar nak tanya kemana nak bawak kucing ni.. Tapi depa kata , klinik veterinar UPM tutup on hujung minggu.. Pastu depa bagi plak alamat klinik veterinar yang terdekat, tapi kami lah plak yang xdak transport n tatau kat mana tempat yang depa gtau tu.. Kucing tu plak dah makin nazak dah aku rasa.. Nampak dia bernafas tercungap-cungap.. Kesiannya.. Tataula cemana rasa sakit yang dia tanggung tu.. 




Hari pun dah makin lewat, azan pun dah kedengaran, so kami decide untuk bawak dia naik ke bilik..  Nasib baik Mr H ada kotak.. So kami letak dia kat dalam kotak kat bilik Mr H.. Kalau mmg dah ajal dia akan mati hari ni, so mmg kami pun xbleh buat apa2.. tapi kalau dia survive untuk hari ni, mungkin esok kami akan bawak dia p veterina kat mana2 kot.. Nnt aku akan ceritakan lagi kat sini k.. 


Oklah, nak g melawat kucing tu kat bilik mmber aku jap..
Assalamualaikum..

  • Share:

You Might Also Like

22 Org Buat Aku Senyum

  1. tangkaplah gambar dia sekeping dua nak tgk..
    kesiannya dia :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xsanggup.. kesian sangat.. Muka dia dok tercungap-cungap bernafas.. :"(

      Delete
  2. Replies
    1. :"( kesian sangat.. baru tadi tgok keadaan dia.. makin truk..

      Delete
  3. kesiannya. bersihkan la luka dia, kalau ada minyak gamat sapu dekat luka tu. sye buat macam ni je kalau kucing sye luka.

    ReplyDelete
  4. kesiannya.....
    nasib korang yang jumpa...
    mudah2an kucing ni selamat...
    Allah swt je la yang dapat balas jasa korang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia dah xda dah awak.. Baru ja tanam tadi.. :"(

      Delete
  5. bila baca entry ni , terus teringat 2 ekor kucing shida mati kena langgar depan rumah . sedihnya :'(
    ohh dia dah mati ? biarlah dia mati daripada dia tersiksa tahan sakit :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yep dia dah mati.. tulah, kalau dia hidup pun msti merana.. :(

      Delete
  6. sedih..kesian kucing tu. mulia hati awak and the gang.smga allah merahmati kalian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian sangat... Yelah, walaupun dia kucing, dia tetap bleh rasa kesakitan.. :")

      Delete
  7. Meleleh sikit air mata bila terbayang-bayang keadaan the kitten tu
    Saya doakan dia selamat
    Apapun nasib dia, terima kasih pada uols semua yang menyayangi kucing
    Singgah baca entry saya gak. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tgok betul2 msti lagi awak sedih.. Thanx sudi singgah. :)

      Delete
  8. sedih sangat bila baca entry nie tadi , tiba-tiba baca komen kata kucing tu dak tadak . sob-sob

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg kritical dah keadaan dia.. xleh wat pape dah wieda.. :(

      Delete
  9. sya sedang mgdap ank kucing tgh nazak...airmata dh bekoyan ggur. puas nk tahan..tp nk wat cmne,dh Allah swt anugerahkn perasaan ksih yg sgt mendlm thdp binatang kesygan Nabi nie. wlupn bru hmpir 2 mggu membela.. sy jmpa kt psr lmbak..mak tgk pn x sgup tgk keaadannya pd msa tu..tp sy nekad ambil ia..bdn penuh cat myk.kurus & lemah. selepas 2 hari,ia semakin lincah & comel sgt..crdk serta dgr kata..isnin lps ia mula skt perut,& dmm panas. esoknya sy bwk gi klnk.dh amik ubt tp pnsnya mkn tgi..tp kemahuan nya nk survive sgt mengagumkan sy..maha suci Allah!!...
    semlm dlm letih x berdaya dia bgun utk mkn. pastu dia baring kejap2 mcm sawan.yg plg mengharukan..dia nk sy dukung,klu sy lepas dia marah.subuh td dia mula nazak..sy redha kiranya takat tu je Allah bg pnjm kat sy..skrg dia dh xde mhembus nfs terakhir dpn mata sy...byk kali sy tgk kcg nazak & mati..tp yg ini perginya sgt tenang,spt tgh tido je...x mcm yg lain2 sakit sgt tgk mrka nazak & ada yg kejang ada yg mta terbeliak.. TGh sedih sgt, xnak nangis tp hiba sgt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah.. Sedih saya bacaa cerita awk.. banyak2 bersabar yer.. :')

      Delete
    2. Trima ksh...mcm mne keadaan ank kucing yg awk jmpe tu? Gmbar2 ank kucing 3 ekor tu persis ank2 kcg sy,yg atas tu mcm si junior,jntan.Yg 2 ekor tu plak mcm mueeza & yaya,betina.

      Delete
    3. Anak kucing yang saya jumpa tu dah pergi... malam selepas dia kena langgar tu jugak dia mati... kesian dia..

      Delete
  10. Terima kasih orang baik. Semoga dipermudahkan urusan

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D