Muhasabah: Itu Semua Dugaan Dan Ujian-Nya.

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Hari ni aku ada dua kelas ja.. Xsesibuk hari hari yang lain.. Hgpa ingat x pasai konsert amal haritu? Sebenaqnya aku ada buat kesalahan sikit kat pihak Fakulti, n tadi aku dah g jumpa orang yang sepatutnya untuk aku mintak maaf atas kesalahan aku tu.. Aku ingatkan dia nak marah+tengking+makan aku, tapi rupa2nya dia baik ja.. Dia just cakap2 sikit n bagi nasihat n tunjuk ajar.. Fuhhh, lega bak hang!. 

Fuhh.. lega xkena marah.

Masuk topik entry kali ni, ujian Allah untuk manusia tu datang dalam bermacam-macam bentuk, and bagi aku, setiap satu benda yang terjadi dalam hidup aku ni adalah ujian Dia. Rezki ka, kemalangan, benda2 elok n xelok sumanya aku terima sebagai ujian.. Cuma kekadang tu bila ada ujian yang berat2 tu, mmg amek masa sikitlah untuk aku terima...Mak selalu pesan, "Kalau Allah uji hang sesuatu benda tu, maknanya hg mampu hadapi benda tu". Kata2 mak tu bertetapan jugak dengan salah satu ayat Al-quran yang bermaksud "Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya (Al-Baqarah:286)". So, segala ujian yang diberikan kepada kita semua ni sebenaqnya mmg didalam kemampuan kita. 


Antara ujian yang paling aku takut sekali is ujian kelapangan, nikmat yang melimpah-limpah, dan jugak tanggungjawab. Kenapa aku rasa macam tu? Ni aku nak cerita.. 


1. Kelapangan (masa)

Yep, kelapangan tu maksud aku dari segi kelapangan masa. Apa yang aku risaukan dengan kelapangan masa ni is that risau sama ada aku gunakan masa tu dengan perkara2 yang betul atau x. Perkara2 yang sia2 atau yang berfaedah.. Kadang2 bila tengah dok ada masa lapang tu aku x sedaq pun tentang kelapangan masa tu, tapi bila dah sibuk baru lah aku dok terpikiaq tentang masa lapang yang aku dah bazirkan tu.. Selalu macam tu, susah sangat nak bentuk diri ni supaya gunakan masa lapang tu sebaiknya.. Harap aku  dapat improve bab2 pengurusan masa ni..


2.Nikmat yang melimpah-limpah

Allah dah bagi banyak nikmat kat aku.. Dan jugak kat kita semua.. Tapi selalu diri ni lupa nak bersyukur.. Selalu muncul perasaan2 yang xsepatutnya dalam diri ni.. Selalu sangat lupa yang nikmat tu merupakan ujian dari Dia untuk tengok sama ada kita ni hamba yang bersyukur ataupun sebaliknya..  Sebab tu lah aku takut bila diuji dengan nikmat, aku risau aku akan jadi hamba yang lupa untuk bersyukur dan aku risau akan muncul rasa2 yang xsepatutnya.. Nauzubillah.



3. Amanah & Tanggungjawab

Amanah dan tanggungjawab ni selalunya dikaitkan dengan pemimpin la kan.. Well, sebenaqnya semua orang pun ada amanah, semua orang pun diberikan tanggungjawab.. Paling tidak pun, untuk memimpin diri kita sendiri kan.. Tapi, apa yang aku nak habaq ni is amanah dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin.. Mmg daripada dulu lagi, aku gentar ataupun aku rasa berat untuk pegang apa2 tanggungjawab sebagai pemimpin.. Bukat sebab kecut ka apa, tapi sebab risau kalau2 aku xdapat nak jalankan tanggungjawab dengan baik. Kesian dekat orang2 yang bersama-sama dengan aku.. Tapi bila dah diberi tanggungjawab tu, aku terima.Aku redha.. "Mungkin Allah nak bagi peluang aku rasa pengalaman ni" Ayat yg aku selalu guna nak sedapkan hati.. Tapi betullah, semua benda terjadi dengan izin Dia, so msti ada hikmahnya, paling tidak pun, untuk bagi kita rasa pengalaman tu..

Tudia, panjang lebaq nakhayyam aku taip.. Letih dah cerebrum hgpa baca.. Hehe.. Aku sekadar berkongsi sedikit benda dengan hgpa.. Kalau ada yang aku tersilap tulih ka apa, hgpa habaq mai la noh.. Kot2 ada pendapat dan pandangan aku yang silap ka, hgpa bagitau la yer.. Aku ni manusia biasa, manusia yang sering buat silap, n selalu jugak terbuat balik kesilapan yang sama.. Tapi dalam tersilap tu, aku cuba untuk perbaiki langkah aku.. So, tu sajalah yang kawe nak kongsikan dengan deme deme sekalian.. Terima kasih yer sudi baca.. 

Assalamualaikum
"Semua manusia itu diuji"

*******************
Jemput Komen.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger