Pengalaman: Aku & Stay-Up Crew

By Kimi Jamai - March 06, 2013

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Korang sihat tak? korang dah makan belum? Korang suka makan kerang x korang? Kerang tu baik untuk buang batu karang tau korang..Kalau sekarang korang nak mengarang tentang kekurangan korang pun elok bersama kerang (apakah??).. Haha.. Ok, dah3.. Back to kimi jamai yang berloghat kedah la noh..

Ni, tadi aku dok belek album gambaq aku kat facebook nu, pastu terjumpa satu gambaq ni.. Actually dua gambaq.. Gambaq masa aku kat asrama dulu.. Gambaq bersama2 dengan geng Stay-Up Crew aku dulu.. Geng apakah itu? Haha.. Itu adalah geng budak2 separa nerd  yang selalu dok stay up lewat2 kat bilik aku dulu..  Saya ulangi, geng separa Nerd..  Dulu kat asmara asrama, depa ni lah yang menjadi peneman aku time2 nak exam.. Kami study group sekali, pastu kami p beli burger secara sorok2 sama2.. Dok pekena mmber aku yang bernama "brap" ni sama2.. Seronok r dulu.. Gua rindu geng ni..

Gambaq ni xda kena mengena pun..


Geng Stay-Up Crew ni ditubuhkan pada satu malam yang hening, ketika itu kami sedang ber-stay up untuk study sambil sembang2 kosong, pastu terlintas idea nak tubuhkan satu pertubuhan peringkat antarabangsa sesama kami..(??) Maka, hatta, demikian itu, tertubuhlah Stay-Up Crew ni..  Disebabkan kuantiti kami yang sikit, yang mungkin menyebabkan kami digelar budak2 bajet stail, maka kami pun memanggil junior2 untuk join group ni.. Bila group ni dah ramai pengikutnya, kami pun bercadang untuk menempah baju untuk pertubuhan kami ni..Hal ini demikian akan  menampakkan lagi ke-bajetstailan kami.. Hehe..


So, kami pun tempah baju.. Lepas tu, mmg tiap2 kali nak exam kami akan kumpul semua ahli2 Stay-Up crew ni untuk ramai2 study group sama2.. Itulah sedikit cerita tentang kenangan aku dengan Stay-Up crew ni dulu.. Seriusly, gua rindu mereka. Nah, tengok muka ahli2 Stay-Up Crew..

Ni Para pengasas Stay-up Crew


Ni dengan Junior2..



 So, tulah cerita aku ngan Stay-Up crew tu.. Sekarang suma dah pakat besaq2 dah..Skang dok stay up sorang2 ja kat bilik.. xda geng dah.. hehe.. Btw, ni nak ajak member2 blogger yang belajar kat UPM ataupun yang duduk dekat2 dengan UPM ni untuk datang ke Mini Konsert Amal Al-Biruni.. Insha Allah aku akan buat persembahan kot nnt.. Mai la noh memeriahkan majlis.. Bleh minum2 kopi.. Hehe.. Maklumat lanjut ada dalam banner bawah ni..



Mai jangan xmai..


So, itu sajalah yang eden nak kongiskan ngan keme2 sekalian.. Until next time yer..
Assalamualaikum
*************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

17 Org Buat Aku Senyum

  1. smart lah..siap ada baju seragamm lagi...

    ReplyDelete
  2. fuyoo...bajet stail sunggoh..mesti jadi perhatian masa kat sekolah dulu..:)

    ReplyDelete
  3. pergh..
    siap ade asal usul crew lgi tu..
    terbaek!

    ReplyDelete
  4. wow, abg kimi pakai songkok bhaii~ haha
    smart la plak~ :D

    ReplyDelete
  5. haha , satu pertubuhan group yang bermanfaat ! semua buat benda sama sama . yang penting belajar together ! that's awesome . siap ada junior lagi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. :D Nnt shida buat la satu geng ceni k..

      Delete
  6. stail bak hang !! hahaha . baguih wat group cenggini . egat nak pi kt UPM tu , tapi jauh kauu .. sorry Kimi , tak dapat pi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha.. xstail tara mana pun wiedaa.. Xpa2, nnt kalau ada chance, aku rekod k.. XD

      Delete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D