Sembang2: Apa Sebenarnya yang Terjadi kat Lahad Datu.
By Kimi Jamai - March 01, 2013
Salam muhibbah.. Tadi aku bukak facebook, n aku tengok ramai orang dok risaukan tentang keselamatan saudara mara depa kat Lahad Datu , Sabah.. Aku pelik.. Apa sebenarnya yang jadi kat Lahad Datu ni.. Aku pun google la tentang benda ni.. Rupa2nya ada pencerobohan bersenjata yang sedang berlaku kat sana.. Ramai lagi yang xfaham sebenarnya apa yang terjadi kat Sabah..
komen di blog. |
Aku pun xbetul2 paham lagi, then aku try search kat MynewsHub.. And aku terjumpa artikel daripada mynewshub yang memperkatakan tentang isu ni.. Artikel yang aku jumpa ni bertarikh 14 Februari, so maybe ni antara artikel paling awal berkenaan dengan isu pencerobohan kat Lahad Datu tu..
"Lebih 100 lelaki warga asing dipercayai dari selatan Filipina yang berpakaian ala tentera dan sebahagiannya dipercayai bersenjata api berjaya dikesan menyeludup masuk dan menceroboh ke Lahad Datu, Sabah pada Selasa lalu.Bagaimanapun keadaan di sana ketika ini terkawal dan pihak keselamatan negara yang terdiri pasukan tentera dan polis, termasuk dari unit komando sedang memantau situasi tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam kenyataan tiga perenggannya pada malam Rabu bagaimanapun meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut.Menurutnya, insiden yang berlaku disebabkan masalah yang berlaku di selatan Filipina.Beliau berkata pihak keselamatan telah mengambil tindakan mengepung kawasan tersebut dan mengarahkan kumpulan tersebut meletak senjata serta menyerah diri.“Keadaan ini adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang,” kata Ismail.Menurut sumber polis, kumpulan ini dikatakan telah mendarat di persisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.Bagaimanapun setakat 10 malam, pihak berkuasa keselamatan tidak dapat mengesahkan tujuan kumpulan itu sama ada merancang untuk melakukan aktiviti keganasan di bandar berkenaan.
Sementara itu, Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika dihubungi Bernama enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan hanya berkata “tunggu kenyataan daripada Ketua Polis Negara”.Pengarah Jabatan Petugas Khas dan Anti Pengganas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun, berkata polis Sabah masih menjalankan siasatan terhadap insiden tersebut.Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenai insiden itu dan kemungkinan satu sidang media akan diadakan Khamis berhubung perkara berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Mynewshub.my difahamkan ‘semua tindakan perlu’ telah diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kawasan yang terlibat khususnya dan Sabah amnya berada dalam keadaan selamat.Dikatakan, beberapa kawasan pulau kecil yang disyaki digunakan oleh warga asing tersebut telah dikenal pasti lokasinya.Menurut sumber, insiden tersebut berkait rapat dengan tuntutan warga asing berkenaan terhadap kedaulatan Sabah namun siasatan terperinci masih dijalankan bagi menentukan motif sebenar kejadian. "Sumber: My News Hub.
Masuk harini dah berapa hari dah kumpulan penceroboh tu ada kat Sabah.. Banyak gambar2 dan video2 yang dah tersebar menunjukkan keadaan kat Lahad Datu yang semakin tegang..
Yang terbaru sekali aku dengar, ada 2 atau 3 orang Komando daripada Malaysia yang terkorban terkena serangan mortar.. Innalillah.. Kemudian aku dapat tahu jugak 10 orang daripada penceroboh tu telah terkorban. Ya Allah, risaunya.. Harap2 segala-galanya akan dapat diselesaikan secepat mungkin.. Kalau boleh janganlah sampai benda ni melarat ke tahap perang2 segala..Semoga semua kawan2 kita kat sana selamat..
Antara maklumat2 yang sedang tersebar kat Facebook for the time being..
Sumber: Facebook
Rakyat Malaysia rata-ratanya mendoakan keselamatan sahabat2 kat negeri Sabah..
Sama-samalah kita doakan semoga keamanan kat negara kita ni kembali elok macam biasa..
#PrayForLahadDatu.
Boleh pergi ke blog2 berikut untuk tau hal ni dengan lebih lanjut..
Assalamualaikum
*************
Jemput Komen.
14 Org Buat Aku Senyum
Aku pun dok garu kepala pikiaq kenapa dengan Lahad batu. Thanks bg aku tak pening dah :)
ReplyDeleteTulah, aku pun baru tau harini.. semoga benda ni x berlarutan..
ReplyDeletehui xkan baru tau hari ni...ehehe tempoh 10 hari dh lepas utk perbincangan, kemudian bagi lagi 48 jam..baru pagi ni (jumaat) tembakan dilepaskan..setakat hari ni dah 60 terkorban di pihak musuh (sumber tentera di fb)
ReplyDeleteA'ah, baru tau harini.. maybe sebab sebelum xramai orang cakap isu ni kot.. thankx for the info abg harith..
Deleteisi ni dah laama dah . kesultanan sulu claim sabah ni kononnya diorang yang punya . saya sendiri yg tinggal kat sabah ni pun still tak clear pasal isu ni . dah beberapa kali isu ni dibangkitkan . cuma kali ni orang2 sulu dah berani menceroboh . dah lama jugak dorang mendarat kat sini dan berkampung d kg tanduo lahad datu . sampai lah kelmarin hari terakhir tempoh pencerobohan . terus doakan Sabah :')
ReplyDeleteramai yang masih keliru tentang isu ni, termasuklah saya.. Harap2 segalanya dapat diselesaikan.. Semoga sabah kembali aman.. Ya Allah..
DeleteYa Allah , selamatkanlah Malaysia . amiin :')
ReplyDeleteAmin ya rabbal 'alamin... :")
Deletesame with me la kimi . tak berapa nak paham jugak isu ni . mudah mudahan semuanya selamat .
ReplyDelete#PrayForLahadDatu
Amin.. harap semuanya kembali normal..
Deletesemoga mereka semua selamat.. huhu risau.. #walaupn pelbagai spekulasi diberikan, mari kita doakan mereka, jangan rakyat menjadi mangsa :(
ReplyDeleteAmin.. walaupun kita jauh di semenanjung tapi tetap dapat rasa trauma yang rakyat sabah tengah hadapi sekarang.. :"(
DeleteThanks..information yg sgt membantuuu ;)
ReplyDeleteSama2.. sekadar berkongsi.. :)
DeleteKomen jangan tak komen.. Makaseh :D