Sembang2: Dugaan Nak Exam.

Sunday, December 30, 2012
 Assalamualaikum
Salam muhibbah.. ESOK EXAM!.. hehe.. Gila cuak macam ngan apa lagi.. Eh, jap. hgpa jgn salah paham plak noh.. aku bukannya xstudy, tapi aku dok brehat jap.. Tadi dah pulun study+ studoq(study+tidoq)  dah... Time rehat ni rasanya nak buat terapi otak sikit.. How can this be a terapi? Yela, terapi la, aku bagi otak hgpa serabut baca masalah aku nak exam ni kira terapi la tu kan? hehehe.  Time2 nak exam ni, ada a few things yang jadi yg mmg susah nak control.. Dah cuba nak control, tapi dia jadi jugak.. 


Godaan internet yang sangat menggoda.


Haha... hgpa jgn ingat mengoda yg pelik2 plak.. Menggoda tu sekadar personifikasi jaaa (tudiaa, ayat org baru lepas study)..haha.. Menggoda tu maksud aku, aku jadi sangat tertarik nak bukak internet, lebih spesifik lagi, facebook,twitter, n so on la.. Bukan nak kata sebelum ni xtertarik dekat benda2 ni suma, tapi time exam ni dia jadi extra sikit. Pantang laptop terbukak ja, truih online. Bukan x cuba nak lawan, tapi internet ni dia pandai lawan balik. Aku pakai jurus serigala ekoq 3, dia guna jurus naga ekoq 23. haha..mmg kalah la aku kan.. tapi bila esok dah nak exam ni, aku rasa dah bleh control sikit kot.. dah xberapa nak bukak sangat.. 





Kelopak mata berbatu n bantal bermagnet.



Yg ni mmg xleh nak nafikan.. Mmg sesungguhnya tepat lagi betoi.. Jadi mengantuk jaa.. Bukan time mengadap buku jaa, time dok saja2 pun jadi mengantuk, tataula kena sumpahan mengantuk ka apa.. Bangun tidoq pukui 9 sumting, pukui 11 dah mengantuk balik.. Apacer kan? haha.. Bila dah ngantuk tu, mulalah buku tu nampak jauhh jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.  Sampai ja waktu yg mmg kira normal kalau nak tidoq, mmg xlepas peluang dah.. Truih tidoq. Cemana ni? Tapi papepun, aku ada penawar aku sendiri untuk masalah ni.. Ubatnya, Kopi 3 in 1 la.. Hilanglah sikit ngantuk2 tu n adalah sikit tenaga nak belajaq. 



Otak dok buat pikiaq lebih2 plak.


Nah, ni satu lagi masalah.. Bila dah boleh nak study, masalah lain plak timbul. Baca sikit, pastu dalam otak dok pikiaq, " laaa... Pasaipa ada subjek ni dalam kos aku" " pasaipa aku kena blajaq benda alah ni" "pasai pa tu" dan macam2 lagilah.. Haha..  Pernah jadi dak kat hgpa?  Aku rasa tu setan kot dok hasut aku noh...  Tapi benda tu just bermain kat otak jaa.. Aku still baca ja buku2 aku... 



Perut lapaq xikut time dah.


Ni pun lagi satu hal.. Time nak exam ni, pukui 11 pagi pun dah rasa lapaq nak p makan lunch.. Padahai selama ni pukui 1 lebih baru terasa nak makan. Mungkin sebab otak dok pikiaq banyak kot noh.. tu pasaila perut jadi lapaq..  





Macam tulah masalah2 yang aku hadapi time2 nak exam ni. Tapi bila dah esok nak exam ni, rasanya suma masalah tu aku dah berjaya overcome sikit2 kot... Esok exam Bahasa Melayu Tinggi..  Harap2 segala yang aku dah baca ni masuk n melekat la dalam pala otak aku ni.. n harap2 bleh la aku keluaqkan balik segala yang dah baca ni esok... hehe.. Okeh geng.. 

Assalamualaikum

Sembang2 : Aduh, final dah dekat.

Thursday, December 27, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Esok nak balik UPM dah... Huuray!!(bersorak dengan muka seposen yang sedih sambil lap2 hinguihhh).. Hehe..  Harap2 kat UPM nnt aku rajin la sikit nak study... Exam dah dekat kot.. Wake up la wahai mohamad hakimi.. Hg dok buat rilex, siap sempat update blog lagi noh.. Hg ingat ilmu tu nak masuk ka kalau hg xbaca buku.. Kalau nak makan tapi malas nak p buh nasik dalam pinggan, hg ingat bleh kenyang ka Mohamad hakimi oi.. In shaa Allah, nnt balik UPM, aku akan pulun sepulun pulun pulun pulunnya ( tudiaa mmg pulun btoi tu) .. Dok rumah ni bukannya xnak study, tapi sebab dah lama xbalik rumah, so bila dah ada kat rumah ni rasa nak nikmati segala yang ada kat rumah ni.. Tapi sebenaqnya xbtoi ni, sepatutnya bila dah banyak kemudahan ni, lagi senang la nak study, tapi aku terbalik la plak.. Ala, hgpa pun sama jaaa.. haha.. Dok rumah tobat jadi susah nak study kan? Kan? Kan? kan? kan? kan? kan?Kan? kan? kan? kan? kan?Kan? kan? kan? kan? kan? Haa.. btoi la tu.. So, untuk memotivatekan diri aku ngan hgpa supaya pakat2 study untuk final masing2, ni aku ada some quote for kita..  Aku copy paste orang punya jaa.. 









yg ni aku buat sendiri.








Tu sajalah yang dapat aku kongsikan.. Oklah, eden nak poyi packing barang2 nak balik esok... Doakan eden ngan kawan2 eden borjaya jawab final eden nnt k..  That's all lah kot..


Assalamualaikum..

Jom Tengok & Pengalaman : Koleksi Exchange Gambaq

Wednesday, December 26, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah...  Tadi boring2 dok tengok Vokal bukan sekadar rupa, aku sempat p selongkaq kotak buruk yang tersorok bawah katil abg aku.. Hehe.. Kotak buruk tu, kotak aku.. Saja ja sorok situ.. Dalam tu penuh dengan buku2 teks ngan buku latihan aku masa form 4 n form 5 dulu.. Buku Bio, Addmath, Kimia dan sebagainya laa.. Dalam lambakan buku2 teks tu, aku terjumpa harta lama aku.. Hehe.. Koleksi lukisan hasil exchange dengan sorang cik adik manis ni... Dulu masa kecik2,  sebenaqnya, xdala kecik sangat, hehe..masa aku form 1,2 3,4,5,6,7 dulu, aku suka dok tukaq2 lukisan ngan sorang cik adik manis ni.. Hehe.. Banyak yang kami tukaq,.. time tu dok seronok tukaq2 ja.. Xda feeling2 sangat pun.. Hehe.. Just seronok2 ada kawan yang kongsi minat yang sama... Tukaq punya tukaq sampai cukup satu file penuh dengan lukisan yang aku tukaq dengan cik adik manis ni.. Hgpa nak tgok dak? Tapi jgn dok pikiaq bukan2 plak noh.. Gambaq2 kat bawah ni banyak unsur2 perempuan sebab tukang lukis dia tu perempuan...Kalau hgpa tgok lukisan yang aku bagi kat dia, baru la banyak yang kekopijantanan sikit.. hehe.. Ok,  tgok2 lah noh..



Ni Geng Aku dulu.. GBS!


Dulu aku nak jadi Pilot, tapi tertomoih di tengah jalan...

Gambaq ni, errr..no komen..

Ni lah hasil tangan cik adik manis tu.. Dia mmg berbakat..

Sila jangan baca apa2 nota yang ada kat belakang tu..


Tudiaaaa.. siap ada bandd

Dia suka aiskrem..

Dulu aku punya nickname, Kimieow..sebab aku suka kucing...



Orait3... Hgpa ada x kawan yang hgpa dok tukaq2 barang ceni? Kalau ada, baguihla.. Btw, stail x gambaq2 yang cik adik manis tu lukis? hehe.. Tapi sekarang dah xlama dah xdapat nak exchange2 lukisan ni..Maklumlah, masing2 dah sibuk.. In Shaa Allah, kalau ada kesempatan lagi, kita tukaq2  lagi noh.. Oklah geng, aku nak out dulu.. Sampai sini dulu k.. 

Assalamualaikum

Pengalaman: Family Outing Kat Bukit Merah

Tuesday, December 25, 2012
Assalamualaikum..
Salam muhibbah... Harini 25/12/2012 mak ayah aku ajak kami adik-bradik p jalan2 ke Bukit Merah Laketown Resort.. Hehe.. Eloklah sangat, apa guna study week kalau bukan untuk p jalan2 ke Bukit Merah.. haha.. Kalau dok rumah pun dok bukak Baca buku muka (Facebook) ja.. Hehe.. So, kami pun p laaa... Yang p tadi 9 orang, tapi yang masuk mandi dalam tu 4 orang ja... Geng2 jejaka ja yang masuk mandi... Hehe.. Mak ayah aku ngan kakak2 aku depa dok meronda kat luaq jaa..

Walaupun ayaq kat Bukit Merah td bau klorin dia mmg "keng" gila, pastu dia punya kaler tu mmg agak kekelabutaikayaman sikit, tapi overall kami seronok laa.. Ramai gila tadi.. Mungkin sebab pakat2 cuti Krismas kot..  Gambaq xsempat nak tangkap banyak2, tapi adala tangkap sikit... Nah tgok la noh..

Kimi Jamai, Ehsan, Imansyippo sebelum bertolak

Imansyippo , Ehsan kat Bukit Merah dah..

Hhmm.. Depa lagi..


Aku letiiiuuww.. :P


Burung Kakak Muda


Budak Bajet retiss.. hehe..



Tiket sorang RM 32 hingget.


Imansyippo , Afdal, Ehsan





Tudia, suma muka xleh blahh..

Dok tempat cetek jaaa.. Tempat dalam penuh dahh orang dok main bola baling..




So, tu jelah yang dapat aku kongsi pasai bukit merah td... Dahla, aku nak g sambung study plak..Hehe..  Doakan aku ni bertambah rajin sikit noh.. Final dah dekat dah ni... :) Okeh weh...


Assalamualaikum.

Jom Tengok: Roti Paling Menggelikan?

Monday, December 24, 2012
Assalamualaikum...
Salam muhibbah.. Sebelum hgpa tengok these following pictures, harus diingatkan, semuanya hanyalah roti.. Roti yang hgpa dok makan petang2 cicah ayaq kopi tu... Cuma roti yang kat bawah ni dia menggelikan sikit la... Pembuat roti ni seorang pencinta seni.. Seorang pencinta seni yang bekerja sebagai pembuat roti.. Maka hasil roti yang dia buat pun mmg berseni la kan berseni sampai xlalu nak makan..haha.. Nama orang yang juai roti2 ni Kittiwat Unarrom (bukan nokharom).. Hgpa tgokla sendiri noh..jgn muntah sudah..



















So, amacam? Ada bran x nak cuba makan roti2 tu? Haha.. Kalau ada bran, jom sama2 kita p cari kedai roti ni kat Thailand.. Hehe.. So, thats it for now..

Assalamualaikum

Sembang2: Sajak Untuk Mereka

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Haritu, masa aku otw nak balik SP, sepanjang perjalanan aku start from keluar daripada bilik sampailah ke rumah, aku tertengok beberapa insan ni yang buatkan aku rasa nak bersajak.. Haa, tudiaaa.. sajak truih..keh3.. Bukan apa, it just that aku tatau cemana nak describe these feelings dalam bentuk yg bukan sajak.. haha..(boleh plak.. malas habaq la malas).. Ok2.. papepun, hgpa layan jela sajak ni noh.. Sambil2 baca tu bleh la play background music kat bawah ni noh..



Mak Cik Tua Stesen Minyak


Makcik tua si cleaner stesen minyak,
Adakah usia mu yang menipu?
Atau mata ku yang keliru?
Tenaga mu, 
Semangat mu,
Senyum mu,
Tidak bergerak seiiring dengan usia mu,
Dikala wanita lain yang seusia dengan mu duduk melayan karenah cucu,
Engkau berdiri bertemankan penyapu, 
Terfikir aku, "mana datangnya semangat mu yang kuat itu?"
Aku pasti ada sebab engkau kukuh berdiri,
Anak-anak mungkin?
Tapi dimana suami mu?
Telah lama dijemput Illahi mungkin?
Apa pun kisah mu, 
Aku bersyukur mata ini terlihat kelibat mu,
Membuat aku sedar,
Saat langit ku cerah,
Ada dunia yang dilanda badai..
Ada wanita tua yang terpaksa menghabiskan sisa hidupnya di stesen minyak..
Moga suatu hari, langit mu pula yang disinari..
Wahai makcik tua si cleaner stesen minyak.



Pengemis


Duduk
Tongkat
Tupperware
Kudung
Tunduk

Kadangku terfikir,

"Dia ni tinggal kat mana?"
"Mcm mana kaki dia bleh kudung?"
"Dia ni xda family ka nak tolong dia?"
"Dia memang dah xbleh nak buat apa2 kerja langsung ka?"
"Sejak bila dia mengemis dan sampai bila dia akan mengemis?"

Aku bukan bersikap jugdemental,
Aku hanya berfikir,
Aku percaya setiap manusia punya cerita,
Begitu jugalah si pengemis tua ini..
Hendak ku bantu, aku ragu.
Bukan ragu dengannya
Bukan juga ragu dengan diriku,
Tapi ragu, dapatkah aku ubah hidupmu dengan bantuanku.
Dapatkah aku ubah hidupmu jika engkau sendiri pilih untuk duduk terkaku.
Terkaku disitu. Selalu.
 Doaku  semoga bukan disitu tempat matimu.



Pasangan Tua


Akankah kita kukuh seperti mereka?
Bersama-sama merentas malam berniaga,
Bersama-sama menghadapi senja berniaga,
Bersama-sama berjauhan dengan anak-anak dan mungkin cucu,
Semata-mata untuk berniaga.
Berniaga untuk mereka,

Aku kagum  tapi aku hairan,
Aku hairan dan aku tersentuh,
Aku tersentuh membayangkan, jika ibu bapaku terpaksa berniaga di lewat malam,
Berniaga untuk kepentingan anak-anak,
Tersenyum dikala jiwa kemalapan.

Aku harap,
Aku doakan,
Kalian terus bahagia bersama
Walaupun terpaksa berniaga selamanya.



So, mereka tulah insan2 yang buatkan aku duduk termenung n terpikiaq.. "Mcmmana kalau aku kat tempat depa".. Depa buat aku bersyukur dengan hidup yang aku ada sekarang ni.. Ujian hidup mesti akan datang, tapi kita kena percaya yang ada orang lain yang dugaan hidup depa 1000 kali ganda lebih susah daripada kita.. Macam makcik cleaner yg dah tua sangat tu, kesian aku tgok.. Berat mata memandang, berat lagi bahu makcik tu memikul dugaan hidup dia.. Samalah mcm pengemis n pasangan tua yang meniaga kat gerai makan sampai ke lewat malam tu... Kita sebagai orang2 yang masih muda ni, kena lah amek iktibar n pasang cita2 tinggi2 dengan harapan kita x stuck dalam mana2 keadaan kat atas tu.. 

So, thats all for now
Tingkatkan prestasi, kurangkan kolestrol
Assalamualaikum

Jom Tengok: 20 Poster Filem Yg Aku Suka.

Sunday, December 23, 2012

Assalamualaikum..
Salam muhibbah hgpa2 sekalian.. Ni nak habaq, aku dah ada kat SP!! (piuuu3!! bunyi mercun =.=?)..hehe.. ni ada benda aku nak kongsi ngan hgpa.. Aku suka tgok movie, tapi kalau xdapat tgok movie, layan posters pun jadila.. hehe.. So, kat bawah ni antara poster2 filem yang aku rasa menarik n cantik... Kalau boleh, suma cerita ni aku nak p tgok.. tapi apakan daya, aku hanya insan yang lemah ( tiba2..)  keh3.. papepun, enjoylah yer.. 





















Itu ja for now.. Nnt sembang lagi noh..

Soalan of the day:
"Kalau aku jadi director movie la kan, apalah agaknya tajuk filem yg aku nak bagi kat filem aku..ermm.. Aspera I: The Dead Land..( Cey cey cey).. kalau hgpa nak bg tajuk apa? "
 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger