Movie Time: World War Z.. Bungled?

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Malam semalam aku berpeluang untuk tengok wayang dengan adik beradik aku.. Kali ni xdak sapa2 belanja.. Semua pakai duet poket sendiri *selalunya abang aku join so dia la belanja.. Cerita yang kami tengok adalah World War Z lakonan Brad Pit.. Cerita ni aku dah tau lama dah.. Dok tunggu lama dah.. Tengok trailer dia dah xlarat nak ulang dah.. Senang kata, mmg dok sangap lama dah nak tengok cerita ni *Itu kedengaran agak tidak sopan. maaf.. Hehe.. Sebenaqnya nak tengok masa kat UPM haritu. tapi time tu poket kering kontang kemarau tahap kritikal..So, tunggu balik rumah jela.. Haha.. Tiket kami tu pukul 10.10 malam.. Penuh kot panggung.. Kami dapat seat depan sekali nu haa.. Tapi nak taknak terpaksa amek jelah seat tu.. Malas dah nak mai banyak2 kali.. 


Rasanya ramai yang dah tau kot yang genre cerita ni is Zombie apocalypse ..  Cuma dalam cerita  ni zombie dia banyak gila nokhoromz.. Satu dunia terkena wabak Zeke ni.. n zombie dia lari laju setanding dengan Usain Bolt!.. Sedikit sinopsis tentang cerita World War Z ni, Cerita ni berkisarkan sebuah family yang bahagia ni,family Mr. Lane lakonan Brad Pit.. Everything starts dengan elok n happy menunjukkan sebuah family yang bahagia, tapi secara tidak langsung dalam depa dok berhappy family tu, dekat TV rumah depa dok menayangkan berita tentang negara negara di seluruh dunia yang tengah menghadapi satu kemelut penyakit ni.. Tapi pada awal cerita tu, xditerangkan apa sebenaqnya yang berlaku dekat orang2 seluruh dunia tu..




Things started to get a little intense masa family Lane ni berada dekat tengah2 bandar.. Depa tengah nak p somewhere, hantar anak depa p sekolah kalau xsilap aku.. Time tu tetiba orang ramai berlari berpusu pusu mcm kena kejar Khinzir hutan.. n starting from that moment, mulalah jalan cerita WWZ ni berkembang dan mula menjawab apa sebenarnya yang tengah berlaku kat semua orang2 tu.. Setelah diterangkan apa sebenarnya yg tengah berlaku ni, pihak kerajaan Amerika nak minta tolong Mr Lane yang jugak merupakan bekas Angota khas PBB untuk teman seorang doktor ni untuk cari penawar bagi penyakit zombie yang semakin lama semakin mengecilkan angka populasi dunia.. Selebihnya? kena tengok sendiri lah yer..




Komen aku plak, bagi aku cerita ni biasa2 ja.. Yg specialnya cerita ni adalah penggunaan watak Brad Pit dan jugak zombie dia yang banyak gila gila gila gila * Tudiiaa.. Jalan cerita dia biasa2 ja xda twist2 sangat.. Agak mendebarkan jugak la.. tapi still biasa2.. and pada pendapat aku la, cerita ni x menekankan sangat terhadap watak Brad Pit sebagai Mr. Lane..Cerita ni macam xberapa nak gunakan aura Brad Pit tu habis habisan.. Brad Pit dalam cerita ni, xmacam Brad Pit dalam cerita2 epic yang lain...Tapi ni cuma pendapat peribadi aku ja.. It may be a little different from pendapat2 hgpa kan? hehe.. Nak tau hgpa setuju atau x dengan pendapat aku, hgpa kena tengoklah sendiri cerita WWZ ni.. Orait? Papepun cerita ni still best  untuk dilayan! Bintang untuk WWZ aku bagi sebanyakkkk..

7 Bintang!

Itu saja yang aku nak kongsikan kali ni..Thanx for reading!

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger