Pengalaman: Boboi The Arnab.

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Semalam lepas study group dekat Sanggar 12, aku ngan lagi 2 orang kawan aku ada ternampak satu kelibat binatang ni.. Dok bertenggek seketoi kat tengah2 jalan.. Nampak dari jauh mcm kucing.. Kami buat selamber badak je la.. Tapi bila dah dekat nampak lain macam plak.. Aku cakap dalam hati "Awat kepala kucing ni lain macam? jelmaan jin ka apa ni?".. Kami jalan dekat lagi, baru perasaan rupa-rupanya binatang tu is a rabbit... Besaq kot.. Kami p dekat ngan dia pastu dia malu n then dia lari nyorok dekat parking motor.. Aku pun call la member aku yg pakar bab2 arnab ni.. Aku call mimi.. Habaq kat mimi yg kami terjumpa arnab.. Masa aku call tu ada pak guard datang n gtau kat kami that arnab tu ada tuan dia.. So, kami pun biaq jela arnab tu kat situ.. 

Lebih kurang mcm ni lah arnab tu..

Keesokan harinya ( 17 Jun 2013), Lepas paper Literature, waktu aku dok landing2 ataih katil sambil dok study untuk subject seterusny *puih gebang, dapat mesej from mimi kata " Kimi rabbit tu ada lagi la, sakit plak tu". Lepas tu bincang3, aku pun brcadang nak p lah tengok arnab tu.. Sebelum p tu, aku ketuk dulu bilik member aku sorang ni, jayden nama dia..Konon nak mintak roti sikit.. Nak menjadikan cerita aku ni lebih dramatic dan puitis, member aku tu mmg peminat tegar arnab.. Truih dia pakai seluaq n baju n cakap nak ikut sama.. Otw nak p sana tu jumpa lagi 3 orang member n depa pun ikut sekali.. Dah mcm rombongan cik kiah dah.. Rombongan cik kiah nak melawat arnab...



Sampai2 kat tempat yg kami nampak arnab tu semalam, dia dah xda dah.. Kami cari2, selak sana selak sini, rupa rupanya dia dok menyorok bawah kereta..Dia dok sakit kurap ka apa ntah.. Kulit dia menggelupas abis..Setelah mendapat persetujuan para jemaah menteri, kami pun decide untuk tangkap dia n buh dalam kotak n lepas tu minta tolong Pali nak hantar dia p Veterinar UPM.. Ingatkan senang, rupanya susah ya amat nak tangkap arnab ni..Xpadan ngan sakit.. Lincah gila.. Berpeluh peluh kami ligan dia..  N finally dapat gak... Lepas tu kami pun bawak la dia ke Vet UPM..




Malangnya harini xdak treatment untuk arnab.. Treatment untuk arnab ada hari rabu ja.. Pelik gak aku, cmna plak bleh ada hari2 untuk binatang2 ni.. Cer kalau dia buat konsep ceni kat manusia, hari ni xdak service sambut orang beranak.. Jenuh nak beranak tang mana oi? haha.. Tapi, tulah, orang kat veterinar tu kata, even kalau dah rawat arnab tu nnt, depa xkan tolong jaga kan, kami kena bela arnab tu sendiri. So, kami pun dah xdak idea nak buat apa, nak tunggu rabu, dua hari lagi tu.. Arnab ni nak letak mana? So, kami pun decide nak letak dia kat Bukit Ekspo UPM.. Kat situ selamat sikit rasanya... Banyak pokok2 n banyak tempat dia boleh berteduh.. Dengan sedihnya, kami lepaskan arnab yg Mimi bagi nama Boboi tu kat Bukit Ekspo.. Harap2 dia survive.

Ni sebahagian dari bukit ekspo tu..

Itulah cerita adventure kami cuba nak selamatkan sekoq arnab.. Rasa nak lawak pun ada, sebab yelah, habis2 periksa truih p ligan arnab.. n sedih pun ada gak sikit.. Harap2 umuq Boboi tu panjang lah..Oraitlah.. tu saja yang aku nak kongsikan.. Aku tinggai satu paper lagi ni.. Yeah! Cepatlah habeh..Worait, ciau cin cau..

Assalamualaikum
******************
Salam muhibbah.
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger