Movie Time: Man of Steel (Superman).. Awesome?

Assalamualaikum.
Salam muhibbah..Pagi tadi ada last paper untuk minggu ni, paper seterusnya bersambung minggu depan plak..tinggai lagi dua paper jaaa.. Cepat2 lah habis yer final exam ooi.. Xsanggup dok menahan debaran n ke-cuakkan ni dah..Hehe..n lepas2 paper tu tadi, aku ngan member2 aku terus menerbangkan diri ke The Mines untuk tengok premier filem Man of Steel (superman). Cerita ni sebenaqnya aku bercadang nak tengok kat rumah, tapi alang2 dah pakat nak keluaq ramai2 kat sini, apa lagi, join sekaki jelah.. Premier plak tu kan.. n tambah best lagi, tiket dia RM 8 ja untuk students.. Kira murah la untuk tayangan Premier kan.. n memang sangat berbaloi tengok Man of Steel tu tadi.. Kepada yang memang dah dok tunggu lama nak tengok cerita ni, Im sure that you guys xkan kecewa.. I can promise you that. Kepada yg mmg pengikut setia Superman, hgpa kena tengok cerita ni.. Its E.p.i.c


Sinopsis Man of Steel. Planet Krypton yakni planet asal Clark/Kal/Superman ni sedang mengalami satu krisis sumber tenaga ni, ayah Clark ni cuba nak selamatkan planet depa n pada masa yang sama, ketua tentera krypton General Zod memberontak dan nak gulingkan kerajaan yang sedia ada kat planet tu.. Planet Krypton tu akan musnah, n demi untuk menyelamatkan keturunan dan bangsa depa, ayah Clark telah curi satu benda ni yg depa panggil Codex. Codex tu kira benda penting la untuk ketamadun depa.. Lepas tu, Clark yg baru ja lahir dihantaq ke planet bumi bersama-sama dengan Codex yg ayah Clark curi tu.. Kat bumi, clark dibesarkan oleh satu family ni.. After a few years, dia mula discover power dia, n dia mula tau sapa dia... n dalam pada masa yang sama, general Zod tadi tu pun mmg tengah dalam mission nak cari Clark sebab dia nak rampas Codex dari tangan Clark..  Bila Zod tau yang Clark ada kat Bumi, dia pun datang ke Bumi n cuba nak rampas planet Bumi ni n jadikan Bumi ni mcm planet Krypton.. Clark, dengan kuasa yang dia ada, cuba untuk pertahankan Bumi.. Malangnyaa.. hehe.. Kalau nak tau cmna ending dia, hgpa kena p tengok sendiri laa.. 

Btw, barisan pelakon untuk filem man of steel ni adalah Henry Cavill sebagai Clark Kent, Russell Crowe sebagai bapak asal Superman (Jor El), Amy Adam sebagai Heroin cerita ni, Michael Shannon sebagai General Zod n banyak lagi lah pelakon yg hebat2.. Lakonan depa mmg mantop2 laa.. Tapi ada member aku kata Superman kali ni xhensem.. Haha.. No komen la, aku tengok stylo ja Superman tu..



Jalan cerita filem Man of Steel ni maybe x setwisted mcm Now You See Me haritu, tapi garapan dia mmg sangat2lah amazing dan dahsyat.. The camera work mmg awesome habis..  CGI dia pun power. Masa tengok tu mmg aku kagum habis dengan computer work dia..Dahsyat..Heroin pun cumels..hehe..Mmg sangat berbaloi.. Aku paling suka tengok part yang terbang2 n langgaq2 bangunan.. Mmg gempaq..Selain tu, cerita ni ada elemen sedih jgak..Complete..Mmg puas la.. Expectation aku untuk cerita ni berjaya dipenuhi.. Untuk Man of Steel ni aku bagi bintang sebanyak..

9 bintang!

So, itu sajalah yang aku nak cerita tentang Filem Man Of Steel (Superman) ni.. Lepas ni kalau dah boleh download or tengok online, mmg confirm aku akan tengok sekali lagi, ataupun kalau ada yang sudi nak belanja aku tengok sekali lagi pun aku on jaa..Hehe..:) Orait, thats it for now.. Ciau cin cau..


Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen


 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger