Jom Tengok: Keyword XBleh Blah #3

Thursday, October 31, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Harini bukak blog ternampak satu keyword yg xbleh blah masuk ke dalam blog aku ni.. Mcm2 org cari kat internet ni kan? haha.. Dan mmg dah jadi satu hiburan plak kat aku untuk baca keyword2 yang masuk ke blog aku ni.. Nak tau kali ni keyword apa yg xleh blah tu? Ni haaaaaaa..


KOPI KUAT KENTUT.

Haha.. Selama ni aku dok dengaq kopi kuat tenaga batin ja.. Tapi kali ni first jumpa kopi kuat kentut.. Keh3.. Adakah kopi yang dimaksudkan tu kopi yang boleh ubati penyakit kuat kentut? ataupun kopi tu merangsang kentutan? Hanya org tu ja yang tau.. Tapi yang pasti, dia dah masuk ke blog yang salah la.. Mmg xpernah aku buat entri pasal kopi kentut tu rasanya.. Mungkin akan datang nnt ada kot.. Jadi, sesiapa yg mmg ada menjual kopi kuat kentut tu boleh la maklumkan kat aku untuk aku promote kat sini.. XD Orait, sampai sini dulu... Jumpa di lain entri!


Assalamualaikum.
*******************
Jemput Komen

Sembang2: Sibuk Sangat Kah?

Wednesday, October 30, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Terasa lama dah aku tinggalkan blog ni bersawang dan xberpenghuni.. Harini nak kena tulis something gak kat sini.. Takut nnt kalau tinggal lama2, ada jin pakai toncit menetap plak.. Ni nak habagitau (habaq+bagitau) reason2 ataupun punca2 dan penyebab2 kenapa blog ni dibiarkan terpinggir selama beberapa hari.. Sebabnya adalah, minggu ni dan minggu sebelum ni ada agak banyak jugaklah tugasan2 yg perlu dihantaq, campuq dengan test2 mid term lagi, dengan kerja2 persatuan lagi, so mmg susah sikit nak cari celahan2 masa untuk coretkan cerita kat sini.. 

Contohnya semalam, terpaksa bersengkang mata untuk siapkan 11 muka surat artikel review.. Perghh.. Mula2 tu rasa mcm mustahil ja nak siapkan sampai 11 muka surat tu kan.. Tapi bak kata nenek moyang aku dulu, "When there is a will, there will be a way", Tudia haa, nenek moyang ceq speaking Enggelish.. Hehe... So, aku pun buatlah review2 tu ditemani dengan redbull satu tin, twitter (punca kerja lambat siap) dan jugak keazaman yg utuh.. Dan akhirnya, siap jugak kerja aku tu!




Lega gila bila dah settle dengan kerja tu..  Sekarang bleh move on dengan kerja2 yang lain plak.. Hehe..  Test mid term pun dah settle semuanya dan ada yg dah dapat result.. n Alhamdulillah kebanyakkannya ok laa.. haha.. Tapi ada satu test ni yg mmg sadis sikit ceritanya.. Nntlah aku ceritakan di lain entri.. Hoho.. Orait, itu saja yang aku nak kongsikan.. Jumpa di lain entri yaww..


Assalamualaikum
***************
Jempu Komen

Event: Program Vaksinasi HPV- Cegah Kanser Sebelum Terlambat.

Monday, October 21, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah..Hari ini punya entri ditujukan kepada cewek, gadis dan wanita sahaja. Kerana apa? Kerana hari ini aku nak bercakap mengenai Cervical Cancer dan jugak suntikan vaksin HPV.. Tapi kalau ada lelaki yg nak tambah ilmu dan pengetahuan tentang perkara ni, dipersilakan duduk bersama kopi secawan dan teruskan bacaan anda.. Hehe.


Sebelum ni, aku selalu jugak dengar member2 perempuan aku bercakap tentang suntikan vaksin HPV..  Tapi apa yg aku dengar depa bualkan hanyalah tentang sakit/xsakit suntikan vaksin HPV tu.. Xpernah lagi aku dengar depa bualkan tentang the reasons behind suntikan tu..haha. Mungkin depa pernah jugk cakap tentang tu, cuma aku yg xpernah terdengar.. Anywhooo, pokoknya disini adalah sebelum ni aku x aware tentang suntikan vaksin HPV ni.. Sekadar pernah dengar tapi xpernah amek tahu.. So, sekarang aku nak amek tahu dan beritahu. :)


HPV ni stands for Human papilloma virus.Terdapat lebih dari 100 jenis virus yg tergolong dalam kalangan HPV ni.. Dan daripada seratus tu, sejumlah 13 jenis virus yg boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser iaitu HPV jenis (16), (18), (33), (35), (45), (51), (52), (56), (58), (59), (68), (73), and (82).. Virus2 ni bersifat carcinogenic (penyebab cancer) dan selalunya disebarkan melalui sex.. Antara cancer yg boleh terbentuk daripada virus2 yg aku sebutkan tadi adalah Cervical Cancer (Kanser pangkal Rahim)..

HPV Induced Cancer.

Ok, sekarang kita masukkan sedikit maklumat tentang Cervical Cancer.. 
  • Satu daripada sepuluh wanita didunia ni menghidap penyakit cancer cervic.
  • Menurut WHO, 200000 orang wanita meninggal akibat  cervical cancer setiap tahun.
  • Pengidap Cervical Cancer tidak akan menunjukkan apa2 symtom pada peringkat awal.
Tujuan aku utarakan beberapa fakta tentang Cervical Canser ni bukanlah untuk menakutkan sesapa tapi supaya masing2 sedar akan bahayanya Cervical Cancer ni dan betapa pentingnya untuk masing2 mencegah dan selamatkan diri masing2 sebelum terlambat *berapa byk masing2 daaa.. Dan salah satu caranya adalah dengan mengambil suntikan Vaksin HPV ni..


Kepada students2 universiti dekat area Lembah KLang ni terutama sekali students Universiti Putra Malaysia, hgpa beruntung sebab akan ada Program Vaksinasi HPV anjuran Population and Family Development Board Malaysia (LPPKN) dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyrakat dimana program ni bertujuan untuk memberikan vaksinasi HPV kepada wanita2 terutama sekali pelajar universiti.. Program ni akan berlangsung bermula daripada 2 Oktober hingga 16 November.. Universiti yg terlibat adalah seperti berikut:

  • Taylor's University College - 2nd October 2013
  • Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
  • UITM Shah Alam - To be announced
  • Universiti Putra Malaysia - 26th October 2013
  • Universiti Islam Antarabangsa - 30 October 2013
  • 1Borneo Mall - 12 November 2013
  • UniMas Sarawak - 14 November 2013 

Tarikh yang terdekat sekali adalah 26th October 2013 iaitu Sabtu minggu depan program ni akan dilangsukan di UPM. Bertempat di Bukit Ekspo. Bermula Jam 9 pagi hingga 4 petang..  Datanglah beramai-ramai untuk dapatkan suntikan vaksin HPV anda dan selamatkan diri anda daripada risiko menghidapi cancer pangkal rahim. Suntikan Vaksin HPV ni adalah percuma 100 % kepada mereka yg lahir pada tahun 1993 hingga 1995.. 

From previous programm
Selain tu, kalau hgpa datang bersama-sama dengan kawan2 hgpa seramai 5 org, hgpa berpeluang untuk memenangi satu cabutan bertuah yg menawarkan hadiah percutian ke lokasi pilihan hgpa.. So, bawaklah kawan2 hgpa sama noh.. Jgn mai sorang2! hehe.. 

previous winner of the cabutan bertuah.
Orait, itu saja rasanya yg aku nak kongsikan kali ni.. Harap2 berguna dan harap2 ada yg bertambah aware dengan HPV ni lepas baca blog post panjang lebaq aku ni.. Jgn lupa untuk hadirkan diri ke Program Vaksinasi HPV pada 26 haribulan ni k.. Bak kata pepatah org tua, "Prevention is better than Cure" kan? 
Jom like page PVHPV ni untuk update lebih lanjut tentang program ni..
https://www.facebook.com/PVHPV 

Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

Tips : Workout Tanpa Pergi Gym

Assalamualaikum
Salam muhibbah.. Entri ni dibuat bagi menjawab satu soalan yang ada sorang mmber ni kemukan berkaitan dengan workout nak kurus tapi tanpa pergi ke Gym dan sebagainya.. Soalan member kita tu aku utarakan dekat pakar dalam bidang ni dan dia bersedia nak jawab.. Ni soalan yang diterima.


Dan berikut adalah jawapan bagi soalan member kita tu.. 


Wasalam, tq for asking 
  1. Bina bdan bukan shaja senaman tp pemakanan pon penting.. 
  2. Utk tmbah saiz otot kena ada progressive overload iaitu kena lg susah dari senaman sebelumnya ( contoh kelmarin bwt 30 push up, hari ni bwt 50 push ups) klw x tmbah tahap intensiti, badan akan jadi plateau( badan x jadi besar sbb x cukup rintangan kat otot) so kena tmbah la tahap kesusahan senaman sit up bwt ckit2 dah la, fokus more on compound movement, senaman yg melibatkan bnyk otot sekaligus (push ups, pull up, squat
  3. Idea guna bata pon ok, cuma jga diri jgn smpai injured bro. 
  4. Be consistent, guna perfect form. 
  5. Good luck bro! :D

Harap2 jawapan ni membantu lah yer bro.. Jgn mudah putus asa, istiqamah dalam apa yg bro usahakan, Insha Allah one day boleh kurus dan dapat apa yg bro nak tu.. Kalau ada apa2 soalan lagi jgn segan silu untuk utarakan kat sini k.. Kami sedia membantu.. :D


Itu saja untuk kali ni..
Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen

Contest : Kenapa SuperIbu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S.

Assalamualaikum. 
Kenapa SuperIbu patut pilih saya untuk menyertai Contest iPhone 5S? Sebab saya dah buat satu entri review blog Superibu.com, tapi dah sedikit terlambat untuk sertai peringkat preliminery.. Nasib baik lah Superibu.com dan penaja2 lain bermurah hati untuk melanjutkan tarikh tutup contest ni..  Harapnya saya masih berpeluang untuk join contest Iphone 5S ni.. Kat bawah ni merupakan entri yg saya dah buat untuk sertai pemilihan preliminary tu.. 

Salam muhibbah..  Bismillahirrahmanirrahim.. Apa habaq anda2 sekalian?  Sihat? Alhamdulillah boleh sambung bacaan anda... Entri kali ni aku buat untuk join satu pertandingan yang dianjurkan oleh blogger Superibu.com bersempena dengan cukupnya sebulan kelahiran anak beliau.. :) Nak tengok gambar anak beliau?  


Comel kan? Hehe.. Untuk join pertandingan, syarat yang dikenakan ialah aku perlu buat review tentang dua buah blog milik penganjur contest ni.. Iaitu blog Vitaminibu.com dan jugak blog Superibu.com . Aku akan cubalah sebaik mungkin untuk buat review ni.. Ada rezki, bleh menang Iphone 5S tuuu.. haha.. Ok, jom kita review sama2!

Ok, untuk blog yg pertama iaitu blog Vitaminibu.com ,  pengisian blog ni lebih tertumpu kepada perkongsian review2 dan promosi2 serta informasi mengenai produk Shaklee yang mana penganjur contest ni merupakan Penasihat Exclusive Produk Shaklee. Jadi kalau kita masuk ke blog Vitaminibu.com ni mmg byklah ilmu dan pengetahuan yg berkaitan dengan Produk Shaklee yg kita boleh dapat antaranya ialah Pengedar Shaklee Malaysia menjual Set Bersalin Shaklee dan banyak lagi entri2 berkaitan dengan produk Shaklee.. Aku selalu jugak dengar tentang produk Shaklee ni tapi belum pernah try lagi.. Lepas ni mungkin boleh cuba lah kot.. Akak bagi diskaun x kak? hoho... Ok, sekarang jom kita komen dari segi luaran dan layout blog Vitaminibu.com ni.. 

Layout Blog Vitaminibu.com.

  1. Header. Header blog ni mmg sangat simple which is good in terms of kemesraan dengan search engines. Kat header ada gambar pemilik blog yg ada iras2 Yuna sikit.. Haha.. cuba tengok gambar beliau yg duduk depan laptop tu.. Kan ada iras2 Yuna sikit.. Ada pertalian kah? hehe.. Maaf gurau2 ja.. :)  Maklumat tentang pemilik blog dekat header tu -Ayat Breastfeeding counsellor | Nutritionis | Exclusice Shaklee Product Advisor- mmg satu strategi yg baik sebab dengan adanya maklumat awal mcm tu, pelawat2 boleh set some expectation tentang isi kandungan blog berkenaan. Jadi, untuk Header wise - aku bagi 4 Bintang!
  2. Sidebar. Sidebar blog ni pun ok. Xterlampau byk gajet dan widget2.. Maklumat2 yang diletakkan kat sidebar tu pun mmg perlu diletakkan kat situ.. Cumanya, kat bahagian kategori tu agak panjang sikit kotaknya.. Mungkin boleh tukar style listing tu kot.. Tukar kepada style cloud yg mana lebih compact dan jugak kemas.. Selain daripada part kategori tu rasanya yg lain2 dah ok dah tu.. Sidebar wise- aku bagi 3.5 Bintang!
  3. Footer. Kat footer tu nampak mcm tak teratur sikit.. mcm xberapa nak balance sikit dari sudut pandangan grafiknya mmg agak terbantut sikit.. Sebab dekat dua dari kiri ada gambar yg lebih kurang sama saiz, tapi kat blah kanan tu just button2 yang rasanya xperlu kot.. Maybe kat situ boleh letak Instagram pemilik kot.. Sekadar pandangan sahaja ni.. Hehe.. Footer wise- 2 bintang!
  4. SEO- Ok, dari segi kemesraan search engines plak, aku try taip keyword "set mengandung shaklee" dekat google, dan cuba teka website sapa yg naik kat first page dan first entri kat carian google tu? Yep.. Blog Vitaminibu.com. Xpercaya? Tengok gambar bawah ni..

Jadi, blog Vitaminibu.com ni mmg boleh di klasifikasikan sebagai blog yg mesra SEO.. Tapi kalau cek markah SEO Vitaminibu.com dekat http://chkme.com/ , markah yang diberi adalah 57% ja.. Tapi xpa, bila entri dah duduk dekat first page carian google tu, kira xperlu risau sangatlah tentang peratus tu.. Hehe.. SEO Wise- 4 Bintang! Sebab duduk kat first page google! haha..

Seterusnya, Jom kita tengok dan review blog yang kedua plak iaitu blog Superibu.com. Basically, blog Superibu.com ni merupakan blog peribadi seorang ibu kepada 4 org anak..  Perkongsian pengalaman seorang ibu dalam membesarkan anak2 beliau *tetiba teringat kat mak aku kat rumah... Sedih sat.. Ok sambung.. Entri2 dalam blog ni adalah kisah hidup tuan empunya blog tulah.. Cerita beliau dalam menjadi seorang Superibu.. Semua ibu adalah Superibu-Superwoman-SuperpowerfulHumanbeing.. Beliau jugak berkongsi tentang tips2 dalam dunia keibu-bapaan.. Jadi, kepada sesiapa yg nak tau tentang selok belok dunia parenthood, bolehlah jenguk2 blog Superibu.com .


  1. Header- Header blog superibu.com ni kalau kita perhatikan, mmg sebijik dengan blog vitaminibu.com tadi.. Cuma yg ditukar adalah tajuk sahaja.. Gambar yg iras2 Yuna tadi tu still ada.. hehe.. Cuma kali ni kalau kita tengok dekat maklumat yg tertera kat header tu -Fulltime mother, Part Time Blogger, RareTime Shopper- kita boleh agak dah yg blog ni akan byk berkongsi tentang kisah kehidupan pemilik blog.. Sedikit berbeza daripada yg Vitaminibu.com tadi.. Header wise- Masih lagi 4 bintang! haha
  2. Sidebar- Sidebar pun sama ja dengan vitaminibu tadi, cuma sidebar kali ni nampak lebih kemas sebab part kategori tu xsepanjang tadi.. Ni sekadar pandangan aku ja tau.. Hehe.. Sidebar wise- 4 Bintang.
  3. Footer- Kali ni xdak footer, which is different from Vitaminibu.com tadi.. Dan aku rasa lebih sesuai xda footer kot mcm ni kot.. Nampak lebih kemas dan teratur la.. :) Footer wise- Xleh bagi bintang la sebab xdak footer.. keh3.. 
  4. SEO- Untuk seo blog ni plak, aku try sekali lagi check guna http://chkme.com/, dan keputusan kali ni lebih memberangsangkan iaitu 72 %.. Xpercaya? tengok gambar bawah ni..


Orait, rasanya ini saja kot review yang mampu aku bagi.. Secara keseluruhannya, kedua2 blog ni mmg sedap mata memandang, cukup maklumatnya, comel poitn SEOnya, jelas huraian entrinya dan Mesra tuan pemiliknya.. Harapnya cukuplah maklumat yang kongsikan ni.. n kalau ada mana2 point yang tersalah sebut, tersilap taip, terlajak hurai, aku dahulukan dengan mohon maaf lah yer.. Semoga terus maju jaya dalam dunia keusahawanan dan juga arena blogging..

Itulah review saya untuk bertanding di peringkat Preliminary yg xsempat nak join tu.. Harapnya Superibu.com dan penaja2 yang lain dapat memberikan peluang untuk saya bertanding bagi pertanding Iphone 5S yg akan datang nnti..

Contest iPhone 5S Revolusi Bisnes Online anjuran SuperIbu ini ditaja secara bersama olehPengedar Shaklee Terbaik Malaysia, Pakar Set Kesuburan, Mamasihat.com, Set Ibu Mengandung, Set Kesuburan Suami Isteri, Portal Sihat, Vitamin Halal dan Pengedar Vivix Shaklee


Assamualaikum.
***************
Jemput Komen.

Pengalaman: Kena Reset Password Twitter?

Friday, October 18, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Masuk harini dah 2 minggu lebih rasanya twitter aku xbleh nak bukak.. Walaupun aku xaktif sangat pun dok bertwitter tapi still kalau bleh tu biaqlah ada jugak kan.. At least ada byk connection kat luar sana.. Hehe.. Tapi tulah, 2 minggu yang lepas aku ada try nak bukak twitter aku mcm sebelum2 ni.. Tapi benda ini yang tertempekk kat laptop aku bila aku try nak log in..


Seingat ingat ingat ingat aku, aku mmg xpernah tukar pun password twitter aku ni.. Yep, mmg xpernah tukar rasanya.. Lepas tu, dah dia mintak email tu kan, aku pun bagi la email yg aku gunakan untuk buat twitter ni... Yg tambah lagi satu masalahnya, email twitter ni aku asingkan dari email utama aku, so mmg agak berdekad jugaklah aku dah xbukak email twitter.. Apa yg terjadi kalau kita dah lama x bukak email kitaaaaaa? Pandai! Lupa password la kan.. hahahadoyai.. Aku try lah gunakan password yg mmg aku selalu gunakan tapi xbleh, dia keluar soalan2 peribadi yang aku dah lupa apa aku set dulu.. Keluar soalan, "who is your favourite uncle?".. Aku tulis habis semua nama pakcik2 aku.. Sebelah mak aku n sebelah ayah aku sekali.. Haha.. nampak x ketekunan disitu..  Tapi still xbleh.. 

Pagi ni, lepas bangun subuh aku dah xtido balik dah..Tetiba aku terlintas untuk cuba bukak twitter aku balik dengan harapan, kalau yg berlaku ni adalah masalah algorithm dalaman twitter, it is solved by now. So, aku try. Tapi still xbleh. Then aku try sekali lagi masukkan email twitter aku tu.. n aku try nak log in untuk email twitter aku tu skali lagi walaupun dah tau mmg xbleh *sebb aku mmg dah cuba berkali kali.. Tapii kali nii, eh eh eh! boleh bukak! Legaaaa.



Aku pun reset la everything back. n everything is finally recovered.. Bukanlah nak over-reacting ke apa sebenaqnya, cuma selain daripada fb, byk jugak mmber2 yang aku dok contact guna twitter.. So, bila memikirkan hilang semua tu, rasa xberapa nak syok la kan.. Tapi sekarang dah dapat balik, so Alhamdulillah.. Mesejnya kat sini adalah, record password2 email kita..Tulis kat satu tempat yg kita tau... Jgn dok harap ada dalam kepala jaa.. bila2 ja bleh lupa.. Btoi? haha.. Btw, aku dengaq ramai jugak yg kena reset password mcm aku ni, mmber aku ada sorang kena mcm aku n facebook adik aku pun kena benda yg sama.. Is this happening worldwide? Hopefully sapa yg terkena maslah mcm aku ni, jumpalah penyelesaian masing2 k.. Orait, itu saja untuk kali ni..


Assalamualaikum.
***************
Salam Muhibbah.


Movie Time : Escape Plan.. Nice!

Monday, October 14, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Tadi siang sempat keluar ke Amanjaya Mall SP dengan dua org member aku.. Rancangnya nak g tengok Insidious Chapter 2 tapi xkesampaian hajat kami sebab Insidious hanya ditayang malam ja kat GSC Amanjaya ni.. So, secara xdirancangnya kami pun beli tiket cerita Escape Plan.. Apa yg buat kami terasa nak tengok cerita ni is that dalam cerita ni ada Arnold Susahnakeja n Rambo.. Kami beli dan tengok Escape Plan!



Jalan cerita/Sinopsis Escape Plan. Hero cerita ni adalah Sylvester Stallone yg melakonkan watak Ray, Seorang peguam yg kemudiannya menceburi satu bidang kerja yg sangat pelik n merbahaya.. Nak tau apa kerja dia? Kerja dia adalah masuk ke penjara2 kat Amerika dan cuba untuk boloskan diri daripada penjara2 tu..  Tujuan dia buat cmtu adalah untuk menguji tahap kebolehbolosan penjara2 kat America tu.. Dia dibayar kerajaan untuk buat kerja tu..  




Satu hari dia dapat satu job iaitu untuk cuba memboloskan diri dari sebuah penjara hak milik peribadi tapi under pantauan CIA yg terletak entah nowhere. Dia terima job tu sebab bayaran yg dia akan dapat sangat lumayan.. Tapi rupa2nya, org yg bagi dia job tu just nak perangkap dia.. Bila dia masuk kat dalam penjara tu baru dia tau yg dia diperangkap n mungkin terpaksa habiskan hidup dia kat dalam penjara tu..  Kat dalam tu lah dia jumpa dengan Arnold Susahnakeja. Depa berkomplot dua org untuk cuba loloskan diri daripada penjara tu.. Hari demi hari depa kaji dan perhati setiap pergerakkan, rutin dan keadaan penjara tu..  Dan akhirnya depa berjaya lepaskan diri.. Tapi.... Nak tau tapi apa, kenalah p tengok k.. hoho..


Komen aku. Bagi aku cerita ni sangat menarik. Idea yg dibawakan iaitu kisah hidup seorang prisonbreaker professional mmg stylo n xpernah dibuat org lgi rasanya..  Cerita dia mmg padat dengan action n dia ada unsur "explain the trick " jugak..  So, mmg xkan terasa ngantuk dan dia akan bawak kita sama2 berfikir dalam cerita.. Overall, best. Aku bagi bintang sebanyak...


Orait, itu saja yg aku nak kongsikan.. This movie is worth your RM7! hehe.. Okey.. Jumpa di lain entri! 

Assalamualaikum.
******************
Jemput Komen

Blogging: CPUV Berjoget Riang.

Friday, October 11, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah..  Dua tiga hari dah xupdate blog.. Nasib baiklah traffic harian xjatuh banyak sangat.. Mujur ada entri2 yg mmg org dok selalu cari selalu kat Pakcik Google tu ha... Harini terasa lama plak xcek earning nuffnang so aku pun bukakla kat earning dan Alhamdulillah, ada banyak CPUV baru yg berlegar dan berjoget salsa kat blog aku ni..  Teruskan berjoget yer wahai iklan.. hehe..



Orait, tu saja yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri.. 
Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Muhasabah: Jadi Org Yang Bersyukur.

Sunday, October 6, 2013

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tadi aku terbaca status yg diupdatekan dekat page Prof Dr Muhaya.. Kata2 yang aku rasa mmg bermakna kalau kita nak jadi seorang insan yang bersyukur.. Jom baca sat jom..


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.
----------------------
Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.
--------------------------
Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari terganggu membayar
kerosakan yang mahal.
-----------------------
Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus putus.
Maka kita lebih bahagia dari golongan gelandangan.
-----------------
Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.
-------------------
Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.
---------------------
Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang datang tidak dijangka jangka.
------------
Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal...
Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil. Amiinn..

Assalamualaikum.
**************
Jom bermuhasabah.

Jom Tengok : Entri Pasal Nak Bina Muscle?

Saturday, October 5, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah..Salam ahad semua.. Seperti biasa, rutin harian hari ahad aku adalah.. Bangun2 tidoq sedikit lambat (sedikit kah?), lepas tu get ready untuk berdobi baju.. Selalunya sebelum2 ni aku basuh baju guna mesin basuh ja.. Tapi minggu semua mesin basuh yg ada kat kolej ni dah rosak.. Xdak pilihan lain melainkan suruh junior tolong basuhkan.. haha.. melawak ja..  Basuh sendiri la jawabnya kan.. Dah la minggu ni tetiba bleh byk plak baju aku dalam baldi tu.. Xpa, exercise. Lepas berdobi aku akan relax2 jap.. Mandi semayang zohor n then makan sambil tengok family guy.. Lepas tu relax2 jap, then buatlah kerja2 apa yg ada.. Memandangkan minggu depan byk assignment nak kena hantaq makanya, byk sikitlah kerjanya harini.. Ada test plak minggu depan.. So, malam ni mmg padat..

Tapi sempat lagi aku bukak blog ni.. Bukak blog ni mmg rutin harian.. haha.. bukan hari ahad ja.. Hari ni aku bukak2 blog dan aku cek stats aku.. Kat keyword harini byk from google yg masuk under keyword tips2 nak bina otot bina badan.. Ramai yg dah mula nak bina badan la tu kan.. Bagus2.. Aku yg kurus kering ni pun rasa mcm nak membina apa2 yg boleh dibina jugak ni.. keh3.. 

 



Alhamdulillah, blog aku tersenarai dalam first page carian google untuk beberapa keyword2 panas dalam topik membina badan.. Thanx to member aku Zahid Ibrahim yg sudi berkongsi tips2 bina badan berkenaan dalam entri INI dan INI.. Lepas ni insha Allah blog ni akan keluarkan lebih byk tips2 kesihatan especially dalam perihal nak membina muscle dan sebagainya ni..




Orait, tu saja yg aku nak kongsikan untuk kali ni.. Jom kita pakat2 exercise bina badan jom.. Hehe.. So, jumpa di lain entri lah yer..

Assalamualaikum.
*****************
Jemput Komen

Jom Tengok : Personaliti Test Pokok

Friday, October 4, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Mungkin ramai yg dah familiar dengan personality test berkenaan dengan 9 pokok ni.. Saja aku nak kongsikan sebab pokok yg aku pilih mmg ada sedikit sebanyak menggambarkan diri dan personaliti aku.. Mungkin kebetulan ja kot.. Tapi mmg agak menarik benda ni.. Sekadar suka2 ja xpa kan.. Cuba hgpa pilih salah satu daripada pokok2 kat bawah ni dan tengok sama ada betul atau tak deskripsi tentang diri hgpa yg diberikan kat bawah sana tu.. Selamat mencuba.. :)





Keputusannya!

1. You are a generous and moral (not to confuse with moralizing) person. You always work on self-improvement. You are very ambitious and have very high standards. People might think that communicating with you is difficult, but for you, it isn't easy to be who you are. You work very hard but you are not in the least selfish. You work because you want to improve the world. You have a great capacity to love people until they hurt you. But even after they do. . . you keep loving. Very few people can appreciate everything you do as well as you deserve. 

2. You are a fun, honest person. You are very responsible and like taking care of others. You believe in putting in an honest day's work and accept many work-related responsibilities. You have a very good personality and people come to trust you easily. You are bright, witty and fast-thinking. You always have an interesting story to tell. 

3.You are a smart and thoughtful person. You are a great thinker. Your thoughts and ideas are the most important. You like to think about your theories and views alone. You are an introvert. You get along with those who likes to think and learn. You spend a lot of time, thinking about morality. You are trying to do what is right, even if the majority of society does not agree with you. 

4. You are perceptive and philosophical person. You are a unique, one soul of your kind. Next to you there's no one even slightly similar to you. You are intuitive and a bit quirky. You are often misunderstood, and it hurts you. You need personal space. Your creativity needs to be developed, it requires respect of others. You are a person who clearly sees the light and dark sides of life. You are very emotional. 

5. You are self-assured and in charge. You are very independent. Your guiding principle in life is 'I'll do it my way.'. You are very self-reliant and know how to stay strong for yourself and the people you love. You know exactly what you want and are not afraid of pursuing your dreams. The only thing you demand from people is honesty. You are strong enough to accept the truth. 

6. You are kind and sensitive. People relate to you very well. You have many friends and you love helping them. You have this warm and bright aura that makes people feel good when they are around you. Every day, you think about what you can do to improve yourself. You want to be interesting, insightful and unique. More than anybody else in the world, you need to love. You are even ready to love those who don't love you back. 

7. You are happy and unflappable. You are a very sensitive and understanding person. You are a great listener who know how to be non-judgmental. You believe that everybody has their own journey in life. You are open to new people and events. You are highly resistant to stress and rarely worry. Normally, you are very relaxed. You always manage to have a good time and never lose your way. 

8. You are charming and energetic. You are a fun person who knows hot to make people laugh. You live in a state of harmony with the universe. You are spontaneous and enthusiastic. You never say no to an adventure. Often, you end up surprising and even shocking people. But that's just how you are. . . You always remain true to yourself. You have many interests and if something proves of interest to you, you will not rest until you acquire a profound knowledge of this area. 

9. You are optimistic and lucky. You believe that life is a gift and you try to achieve as much as possible and put this gift to the best use possible. You are very proud of your achievements. You are ready to stick by the people you care about through thick and thin. You have a very healthy approach to life. The glass is (at least) half full for you. You use any opportunity to forgive, learn, and grow because you believe that life is too short to do otherwise.

Assalamualaikum.
*********************
Jemput Kongsikan Nombor Pokok Yg Dipilih


Pengalaman: Lawatan Sambil Belajar Di RTM?

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Hari ni, aku dan ahli kumpulan aku untuk subject masscom telah mengadakan satu rombongan cik kiah ke RTM di Angkasapuri.. Tujuan lawatan kami adalah untuk dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang RTM selain daripada untuk mengimbau kembali perasaan lawatan sambil belajar mcm masa sekolah rendah dulu.. Hehe..  Ahli kumpulan aku bunga2 semuanya, aku sorang ja kumbang.. Keh3.. Tapi jgn risau, depa semua dijaga dengan sepenuh perhatian.. :P 

Kami p ke sana hanya dengan menaiki transport awam.. Sampai kat RTM, kami amek pass pelawat dan lepas tu kami pun pergilah melilau kat dalam RTM tu.. Besaq weh! Letih gak berjalan.. Mula2 sekali kami masuk ke Muzium RTM yg mana menempatkan barang2 lama yg pernah digunakan RTM.. Mmg byk yg dapat kami tengok kat dalam tu.. Peralatan dalam tu mmg klasik.. Ditambah plak dengan Puan yg jaga Muzium tu mmg peramah dan baik hati.. Depa siap hadiahkan kami album lagu satu setiap sorang.. Thanx puan yg baik hati..  Insha Allah ada masa kami p lagi..

Lepas tu kami nak masuk ke dalam bangunan Wisma TV RTM, tapi xboleh sebab hanya staff dan tetamu sahaja yg dibenarkan masuk.. Kami ni cuma pelawat.. Tapi nasib baik kami terserempak dengan sorang uncle india ni yg bermurah hati untk bawak kami masuk dalam bangunan tu guna pass dia.. Yg lagi bestnya, uncle ni bawak kami jumpa Manager bahagian marketing kat Wisma TV RTM tu trus.. Lagi senanglah kami nak dapatkan maklumat.. Manager tu pun mmg peramah n very welcoming..Byk maklumat yg dia kongsikan.. :) Walaupun lawatan kami xsampai sejam pun, tapi still rasa seronok sebab layanan yg diberikan pegawai2 kat RTM tu mmg sangat baik.. Thanx again. :) Ni ada sedikit gambar..












Tu sajalah yg aku nak kongsikan kali ni.. Lepas ni bleh la apply untuk buat praktikal kat RTM.. Hehe.. Orait, Jumpa di lain entri!

Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen

Tips: Cara Buat Rak Kasut Guna Kotak?

Tuesday, October 1, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah, sebagai seorang student, banyak benda yg nak kena kita jaga dan salah satunya adalah kekemasan bilik *tudia, ayat mcm bilik kemas sangat jaa.. haha.. Walaupun bilik aku kat kolej ni xlah sekemas mana, tapi sekurang kurangnya aku cuba nak jadi pengemas sikit.. Kalau nak bandingkan bilik aku sekarang ni dengan masa kat asasi dulu, mmg xterbayang bezanya.. Kat asasi dulu, punyalah pemalas, lepas dah makan something guna pinggan tu, bukannya reti nak basuh balik lepas makan tu.. Nak tunggu seminggu, bila bacteria n kuman2 kat dalam pinggan tu dah beranak pinak 12 generasi baru lah ada niat nak p basuh.. 

Tapi la ni bertaubat dah kot dari suma tu.. haha.. Cumanya kat bilik aku ni, kasut selalu bersepah kat bawah katil.. Xberani nak letak kat luar sebab takut kena curik.. Jadi, penyelesaiannya adalah aku kena beli rak kasut... Eh, lupakah aku bahawa aku ni student lagi, duet poket harapkan PTPTN ajer, ada hati plak nak beli rak kasut.. Jadi, setelah di fikir2 dan digoogle2 aku pun terjumpa lah satu gambaq ni.. Gambaq org buat rak kasut guna kotak jer.. Wah, mmg jimatlah kalau guna kotak.. So, tadi siang aku pun p lah cari kotak kat area kolej aku ni dan jumpa! Nak tau camna nak buat rak kasut guna kotak? Senang ja caranya..


1. Pertama sekali dapatkan kotak hgpa. Jumlah kotak bergantung kepada berapa tingkat hgpa nak rak hgpa nnt.. Aku nak dua tingkat ja, so cari dua kotak.. Letakkan botol atau apa2 yg boleh tampung berapt kasut hgpa dekat tingkat bawah rak hgpa.. Then...



2. Siap! 





Hahaha.. amacam? Senangkan? Jimat pun jimat.. Kalau rajin, bungkuslah kotak tu dengan kertas warna atau apa2lah.. Orait, tu saja yg aku nak kongsikan untuk kali.. Jumpa di lain entri!

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen


 

Blog Kimi Jamai Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger