Sembang2: Sibuk Sangat Kah?

Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Terasa lama dah aku tinggalkan blog ni bersawang dan xberpenghuni.. Harini nak kena tulis something gak kat sini.. Takut nnt kalau tinggal lama2, ada jin pakai toncit menetap plak.. Ni nak habagitau (habaq+bagitau) reason2 ataupun punca2 dan penyebab2 kenapa blog ni dibiarkan terpinggir selama beberapa hari.. Sebabnya adalah, minggu ni dan minggu sebelum ni ada agak banyak jugaklah tugasan2 yg perlu dihantaq, campuq dengan test2 mid term lagi, dengan kerja2 persatuan lagi, so mmg susah sikit nak cari celahan2 masa untuk coretkan cerita kat sini.. 

Contohnya semalam, terpaksa bersengkang mata untuk siapkan 11 muka surat artikel review.. Perghh.. Mula2 tu rasa mcm mustahil ja nak siapkan sampai 11 muka surat tu kan.. Tapi bak kata nenek moyang aku dulu, "When there is a will, there will be a way", Tudia haa, nenek moyang ceq speaking Enggelish.. Hehe... So, aku pun buatlah review2 tu ditemani dengan redbull satu tin, twitter (punca kerja lambat siap) dan jugak keazaman yg utuh.. Dan akhirnya, siap jugak kerja aku tu!




Lega gila bila dah settle dengan kerja tu..  Sekarang bleh move on dengan kerja2 yang lain plak.. Hehe..  Test mid term pun dah settle semuanya dan ada yg dah dapat result.. n Alhamdulillah kebanyakkannya ok laa.. haha.. Tapi ada satu test ni yg mmg sadis sikit ceritanya.. Nntlah aku ceritakan di lain entri.. Hoho.. Orait, itu saja yang aku nak kongsikan.. Jumpa di lain entri yaww..


Assalamualaikum
***************
Jempu Komen

 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger