TIPS: Hilangkan Perut Boroi & Dapatkan 6packs!

By Kimi Jamai - September 27, 2013

Assalamualaikum
Salam muhibbah. Tips dibawah ditulis oleh penulis jemputan.
Saudara Zahid Ibrahim


Ok, tengok gambar pon anda dah tahu, memang awesome kalau ada 6 packs kan? Dari dulu teringin nak ada 6 packs, jadi buat la sit up setiap hari. Tiap-tiap buat 100 sit up, tapi kenapa masih belum Nampak lagi 6 ketulan di perut anda? Pelik kan? So, kalau nak dapat 6 packs, marilah kita sama-sama mendengar fakta-fakta mengenai 6 ketul ini.

.::Sekarang, tengok dan fahamkan term-term yang ada di otot perut kita::.


Dah faham? Sekarang kita akan menceritakan bagaimana hendak mendapat 6 ketulan ini. Mula-mula, faham dalam otak anda bahawa 6 packs ini berkaitan dengan diet(pemakanan) anda sendiri. Kalau anda ada bodyfat lebih dari 15 ke atas, alamatnya memang tak akan nampak 6 ketul anda. Sebab kalau bodyfat tinggi, lemak akan menutup otot-otot anda, lalu mengakibatkan perut anda seperti agak gemuk. So, lemak itu akan cover 6 pack anda dan anda perlu menurunkan bodyfat anda kepada 10% ke bawah untuk mempunyai 6 pack yang kelihatan. Lihat gambar ini.


Nampak tak? Dengan menurunkan bodyfat anda kepada 10% ke bawah, six packs anda akan timbul. Bagaimanakah caranya untuk menurunkan bodyfat kepada jumlah yang ingin dicapai? Biar saya jelaskan dengan mudah.

Inginkan 6 Packs Abs? (Turunkan bodyfat% anda sekarang)
  1. Exercise(cardio/weightlifting/calisthenics/sports)
  2. Kurangkan makan.
  3. Minum air kosong banyak.
  4. Tidur yang cukup.
Senang saja kan step nak dapat 6 ketul? :D


Informasi Tambahan

  • Senaman sit up kurang efisyen untuk six packs, lebih bagus lakukan crunch, L-Sit, Leg lift dll.
  • Generally orang yang mencapai bawah 10% bodyfat akan nampaklah 6 packs beliau.
  • Cara nak maintain six packs bukanlah senaman all the time. Tapi jaga makan tu, kalau tak nanti tak mungkin dapat 6 packs.
  • Six packs tak akan muncul dalam masa yang singkat, jadi bersabarlah ye. Lagipon kita tak gemuk semalaman, jadi jangan nak kurus dalam masa yang singkat. Hahaha.

    Diharap entri yg ditulis saudara Zahid ni dapat membantu rakan2 kat luar sana untuk mendapatkan bentuk badan yang hgpa idamkan. Aku pun nak 6packs gak! hehe.. Nak kena usaha lebih lagi ni.. Orait, itu saja untuk kali ni.. Jumpa lagi di lain entri! 

    Assalamualaikum
    *****************
    Jempu Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D