Event: Program Vaksinasi HPV- Cegah Kanser Sebelum Terlambat.

By Kimi Jamai - October 21, 2013

Assalamualaikum.
Salam muhibbah..Hari ini punya entri ditujukan kepada cewek, gadis dan wanita sahaja. Kerana apa? Kerana hari ini aku nak bercakap mengenai Cervical Cancer dan jugak suntikan vaksin HPV.. Tapi kalau ada lelaki yg nak tambah ilmu dan pengetahuan tentang perkara ni, dipersilakan duduk bersama kopi secawan dan teruskan bacaan anda.. Hehe.


Sebelum ni, aku selalu jugak dengar member2 perempuan aku bercakap tentang suntikan vaksin HPV..  Tapi apa yg aku dengar depa bualkan hanyalah tentang sakit/xsakit suntikan vaksin HPV tu.. Xpernah lagi aku dengar depa bualkan tentang the reasons behind suntikan tu..haha. Mungkin depa pernah jugk cakap tentang tu, cuma aku yg xpernah terdengar.. Anywhooo, pokoknya disini adalah sebelum ni aku x aware tentang suntikan vaksin HPV ni.. Sekadar pernah dengar tapi xpernah amek tahu.. So, sekarang aku nak amek tahu dan beritahu. :)


HPV ni stands for Human papilloma virus.Terdapat lebih dari 100 jenis virus yg tergolong dalam kalangan HPV ni.. Dan daripada seratus tu, sejumlah 13 jenis virus yg boleh menyebabkan pelbagai jenis kanser iaitu HPV jenis (16), (18), (33), (35), (45), (51), (52), (56), (58), (59), (68), (73), and (82).. Virus2 ni bersifat carcinogenic (penyebab cancer) dan selalunya disebarkan melalui sex.. Antara cancer yg boleh terbentuk daripada virus2 yg aku sebutkan tadi adalah Cervical Cancer (Kanser pangkal Rahim)..

HPV Induced Cancer.

Ok, sekarang kita masukkan sedikit maklumat tentang Cervical Cancer.. 
  • Satu daripada sepuluh wanita didunia ni menghidap penyakit cancer cervic.
  • Menurut WHO, 200000 orang wanita meninggal akibat  cervical cancer setiap tahun.
  • Pengidap Cervical Cancer tidak akan menunjukkan apa2 symtom pada peringkat awal.
Tujuan aku utarakan beberapa fakta tentang Cervical Canser ni bukanlah untuk menakutkan sesapa tapi supaya masing2 sedar akan bahayanya Cervical Cancer ni dan betapa pentingnya untuk masing2 mencegah dan selamatkan diri masing2 sebelum terlambat *berapa byk masing2 daaa.. Dan salah satu caranya adalah dengan mengambil suntikan Vaksin HPV ni..


Kepada students2 universiti dekat area Lembah KLang ni terutama sekali students Universiti Putra Malaysia, hgpa beruntung sebab akan ada Program Vaksinasi HPV anjuran Population and Family Development Board Malaysia (LPPKN) dibawah seliaan Kementerian Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyrakat dimana program ni bertujuan untuk memberikan vaksinasi HPV kepada wanita2 terutama sekali pelajar universiti.. Program ni akan berlangsung bermula daripada 2 Oktober hingga 16 November.. Universiti yg terlibat adalah seperti berikut:

  • Taylor's University College - 2nd October 2013
  • Tunku Abdul Rahman University College - 9th October 2013
  • UITM Shah Alam - To be announced
  • Universiti Putra Malaysia - 26th October 2013
  • Universiti Islam Antarabangsa - 30 October 2013
  • 1Borneo Mall - 12 November 2013
  • UniMas Sarawak - 14 November 2013 

Tarikh yang terdekat sekali adalah 26th October 2013 iaitu Sabtu minggu depan program ni akan dilangsukan di UPM. Bertempat di Bukit Ekspo. Bermula Jam 9 pagi hingga 4 petang..  Datanglah beramai-ramai untuk dapatkan suntikan vaksin HPV anda dan selamatkan diri anda daripada risiko menghidapi cancer pangkal rahim. Suntikan Vaksin HPV ni adalah percuma 100 % kepada mereka yg lahir pada tahun 1993 hingga 1995.. 

From previous programm
Selain tu, kalau hgpa datang bersama-sama dengan kawan2 hgpa seramai 5 org, hgpa berpeluang untuk memenangi satu cabutan bertuah yg menawarkan hadiah percutian ke lokasi pilihan hgpa.. So, bawaklah kawan2 hgpa sama noh.. Jgn mai sorang2! hehe.. 

previous winner of the cabutan bertuah.
Orait, itu saja rasanya yg aku nak kongsikan kali ni.. Harap2 berguna dan harap2 ada yg bertambah aware dengan HPV ni lepas baca blog post panjang lebaq aku ni.. Jgn lupa untuk hadirkan diri ke Program Vaksinasi HPV pada 26 haribulan ni k.. Bak kata pepatah org tua, "Prevention is better than Cure" kan? 
Jom like page PVHPV ni untuk update lebih lanjut tentang program ni..
https://www.facebook.com/PVHPV 

Assalamualaikum
**************
Jemput Komen

  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D