Pengalaman: Lawatan Sambil Belajar Di RTM?
By Kimi Jamai - October 04, 2013
Assalamualaikum.
Salam muhibbah.. Hari ni, aku dan ahli kumpulan aku untuk subject masscom telah mengadakan satu rombongan cik kiah ke RTM di Angkasapuri.. Tujuan lawatan kami adalah untuk dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang RTM selain daripada untuk mengimbau kembali perasaan lawatan sambil belajar mcm masa sekolah rendah dulu.. Hehe.. Ahli kumpulan aku bunga2 semuanya, aku sorang ja kumbang.. Keh3.. Tapi jgn risau, depa semua dijaga dengan sepenuh perhatian.. :P
Kami p ke sana hanya dengan menaiki transport awam.. Sampai kat RTM, kami amek pass pelawat dan lepas tu kami pun pergilah melilau kat dalam RTM tu.. Besaq weh! Letih gak berjalan.. Mula2 sekali kami masuk ke Muzium RTM yg mana menempatkan barang2 lama yg pernah digunakan RTM.. Mmg byk yg dapat kami tengok kat dalam tu.. Peralatan dalam tu mmg klasik.. Ditambah plak dengan Puan yg jaga Muzium tu mmg peramah dan baik hati.. Depa siap hadiahkan kami album lagu satu setiap sorang.. Thanx puan yg baik hati.. Insha Allah ada masa kami p lagi..
Lepas tu kami nak masuk ke dalam bangunan Wisma TV RTM, tapi xboleh sebab hanya staff dan tetamu sahaja yg dibenarkan masuk.. Kami ni cuma pelawat.. Tapi nasib baik kami terserempak dengan sorang uncle india ni yg bermurah hati untk bawak kami masuk dalam bangunan tu guna pass dia.. Yg lagi bestnya, uncle ni bawak kami jumpa Manager bahagian marketing kat Wisma TV RTM tu trus.. Lagi senanglah kami nak dapatkan maklumat.. Manager tu pun mmg peramah n very welcoming..Byk maklumat yg dia kongsikan.. :) Walaupun lawatan kami xsampai sejam pun, tapi still rasa seronok sebab layanan yg diberikan pegawai2 kat RTM tu mmg sangat baik.. Thanx again. :) Ni ada sedikit gambar..
Tu sajalah yg aku nak kongsikan kali ni.. Lepas ni bleh la apply untuk buat praktikal kat RTM.. Hehe.. Orait, Jumpa di lain entri!
Assalamualaikum
*****************
Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D