Pengalaman: Kisah Kedai Kopi Aku

Asslamualaikum.
Salam Muhibbah.. Hari ni, blog dah jadi satu medan untuk mcm2 benda. Ada yg guna blog untuk cari kwn, ada yg guna untuk cari duet, ada yg guna untuk promote produk dan mcm2 lagi kegunaan blog.. Itu pasallah hari ni, ramai gila org dah ada blog ataupun website sendiri.. Org dah mula nampak kepentingan blogging ni.. Dah nampak keberkesanan blogging ni.. Untuk aku pulak, aku mula blogging sejak daripada tingkatan 3 lagi (sekarang aku 20 tahun). Tapi time tu dulu aku cuma buat sebab kwn2 rapat aku buat. Aku langsung tatau yg dunia blogging ni boleh jadi seluas yg aku dapat tengok sekarang ni.. Dalam entri kali ni, aku cuma nak kongsikan sedikit cerita aku dalam dunia blogging ni dan mcmana blog aku ni slow2 berkembang dan berevolusi *cewwahh ayat mahai!

1.Fasa Design Nak Lawa Ja.
Masa aku mula2 blogging dulu, isi kandungan in terms of penulisan blog ni langsung aku xamek kisah.. Yg aku utamakan dulu cuma design dan hiasan2 jaa.. Yelah, masa mula2 buat blog dulu kan aku buat sebab kawan buat, so dok kerja bersaing lah, design sapa paling ohsem.. Penuh bersepah blog ni dengan gadget2 dan widget2 yg menyerabutkan kepala dan hotak org yg melihat.. Tapi time tu, aku dok bajet mcm dah habes lawa lah blog ni.. Lagi banyak widget lagi bangga.*Sekarang facepalm bila ingat balik..




2. Fasa Belajar Design.
Dalam fasa ni, pemikiran masih sama mcm yg sebelumnya.. Masih lagi dok mencuba untuk dapatkan design blog yg lawa. Cumanya dalam fasa ni, aku dah mula berkunjung ke blog2 mcm Fizgrahic, Jombinablog dan mcm2 lagilah blog yg sediakan tutorial untuk mengedit blog.. Yep, sebelum ni cuma copy paste html dari website lain tapi time ni dah mula berjinak jinak untuk belajar mengedit sendiri blog ni.. Belajar belajar dan belajar.. Dapat banyak jugaklah ilmu baru yg aku taktau langsung sebelum ni dan mmg aku xkan belajaq langsung dalam kelas.. Hanya dapat melalui tutorial di blog kwn2.. :) Mulalah try and error untuk mengedit blog.. Selain tu, time ni jugaklah aku mula berjinak jinak dengan software2 edit gambar.. Dan aku selalu tengok tutorial edit gambar dekat Youtube.. Mmg byk ilmu yg aku dapat dari internet ni.. Hehe..


3. Fasa Nak Followers Banyak.
Sebelum2 ni xfikirkan sangat tentang jumlah follower. Tapi sampai satu masa tu, aku terasa mcm nak ada follower banyak2.. Bukan harap nak jadi femes ke apa *actually adalah sikit.. Tapi sebab time tu, aku taktau apa tujuan blogging ni.. Jadi, aku punya mind set time tu Tujuan Blogging adalah untuk cari followers banyak2 supaya ramai org yg baca kisah aku.. Seriusly, mmg aku xtau apa tujuan org blogging time dulu tu la.. 

4.Fasa Dah Capai Target Dan Hilang Tujuan.
Masa aku dok kumpul followers banyak2 dulu tu, aku ada letak target. Target aku nak capai 1000 followers dan 100 000 pageviews.. Basically, tu adalah satu2nya pembakar semangat aku untuk teruskan blogging.. Jadi lepas dah capai jumlah seribu followers dan 100 000 pageviews tu, aku mcm hilang tujuan. Haha.. Aku dah xda target.. Semangat blogging pun mula nak hilang..




5.Fasa Dah Semangat Balik Nak Blogging, Masa Xberapa Nak Ada.
Bila dah hilang mood nak blogging tu, mcm2 benda yg aku buat dan antaranya ada aku ceritakan dalam entri ni . Sampailah aku dengaq tentang SEO, Branding dan mcm2 lagi cabang baru dalam dunia blog ni.. By that time, aku tau yg aku ni baru beberapa langkah ja dalam dunia blogging ni dan perjalanan masih jauh lagi untuk aku.. So, kenapa lost tujuan now? Wait. The end is still so far, aku baru dua tiga tapak ja melepasi garisan permulaan. Sampailah ke sekarang ni.. Hehe..  Cumanya sekarang ni, aku nak kena seimbangkan masa sebaik mungkin.. Yelah, student lah kata kan.. Hehe..


So, mcm tulah sedikit sebanyak cerita tentang blog aku ni.. Kepada blogger2 yg baru nak berjinak jinak dengan duni blogging ni, jgn cepat putus asa.. Teruskan usaha hgpa.. Satu hari nnt, hgpa msti akan dapat petik buahnya *bermetafora la plak.. hehe.. Mood blogging hilang ke laut tu normallah, pandai2lah pasang semula semangat tu..Jgn biaq dia tenggelam n karam terus kat dasar laut tu.. Ok? Oklah, dah panjang lebar aku bercerita.. Sampai sini dulu k..

Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen 
 

Kimi Jamai | Building Me. Copyright © 2008-2014 | Powered by Blogger