Muhasabah: Perkongsian Ceramah Ustaz Zamri
By Kimi Jamai - September 13, 2013
Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Lama dah xmenaip kat sini.. Mood blogging dah mula ke laut.. Plus, minggu lepas sibuk dengan urusan untuk adakan ceramah motivasi dekat fakulti.. Untuk ceramah motivasi tu kami jemput Ustza Zamri sebagai penceramah jemputan.. Kenai dak Ustaz Zamri? Alaa.. Ustaz Zamri mantopp tu.. Yg pengacara mari mengaji TV9 tu.. Kenai kan? haha.. Ceramah tu dah dirancang lama dah.. Dan berjaya dilaksanakan malam semalam.. Alhamdulillah.. So, dalam entri kali ni, aku nak kongsikanlah sikit apa yg Ustaz Zamri kongsikan semalam... Yg mana aku ingat jelah yer.. Xsempat nak salin apa2 semalam sebab aku kena jaga bahagian teknikal..
Antara isi2 ceramah semalam yang aku masih ingat adalah seperti berikut.. Aku tulis xikut sequence yer.. Pakai taip jer yang mana aku ingat dulu.. Dan satu lagi,tajuk ceramah tu "Membentuk Rohani dan Akademik Cemerlang". Jadinya, ceramah tu lebih memfokuskan kepada kami pelajar.. :)
- Jangan ponteng kelas.Xkiralah kita ni budak sekolah ataupun budak universiti, jgn ponteng kelas. Mungkin istilah ponteng kelas tu kedengaran mcm xberapa nak besar jenayahnya.. Tapi cuba kita fikirkan segala benda2 buruk yg mungkin kita buat kalau kita ponteng kelas.. Contohnya, budak sekolah. Ponteng kelas, lepas tu pergi Cyber cafe. Jumpa kawan yg sama2 ponteng sekolah. Kawan suruh try test rokok sebatang. Lepas tu kawan tu ajak p try benda2 lain plak. Kan dah makin bertambah senarai dosa tu? Same thing goes to budak2 uni.. Jadi, jgn ponteng!
*Bila ustaz cakap pasai ponteng tu, aku agak tersentap sikit sebab aku pun terpaksa ponteng kelas petang semalam.. tapi aku xdalah p ke tempat2 yg xtntu hala.. Aku terpaksa ponteng kelas untuk lakukan persiapan untuk ceramah malam tu lerr.. hehe.. - Hamba Allah & Khalifah.Formula untuk masuk syurga yang ustaz kongsikan ada dua.. Hamba Allah & Khalifah. Pertama sekali, Hamba Allah. Apa yg dimaksudkan dengan hamba Allah ni? semua org pun hamba Allah kan? so semua org akan masuk syurga kah? Menurut Ustaz, Hamba Allah tu adalah org2 yg dalam hidup dia, dia berpegang kepada hukum2 yg Allah dah tetapkan.. Garis panduan hidup dia adalah berlandaskan segala hukum dan suruhan Allah.. Itulah Hamba Allah.. Dan salah satu formula nak masuk syurga adalah dengan jadi "Hamba Allah".Seterusnya Khalifah. Ustaz berikan nama2 insan yang memang confirm masuk Syurga mcm Nabi Muhammad S.A.W, Salehuddin Al-Ayubi dan beberapa org lagi insan2 hebat yg lain.. Lepas tu ustaz tanya " Mereka ni siapa?".. Mcm2 jawapan yg kami bagi.. Tapi jawapan yg betulnya adalah, mereka semua tu adalah org yg HEBAT. HEBAT dalam berjihad di jalan Allah.. Jadi, kalau kita nak ikut jejak langkah mereka2 yg masuk syurga tu, kita kenalah jadi org yg HEBAT.. Menjadi org yg hebat itu wajib.
- Betulkan Kompas.Betulkan kompas kehidupan kita. Tetapkan kemana arah tuju kita. Kalau tidak, kita akan terhuyung hayang tanpa arah tujuan yg betul. Dalam hidup ni, kita kalau bleh nak capai macam2 kejayaan.. Mstilah kan? Sapa yg xnak berjaya? Sapa yg xnak jadi kaya? Sapa yg xnak dihormati? Betul? Tapi kita kena pastikan, kita xlupa kat Dia disaat kita berjaya.. Pastikan, kita berbakti dijalan Dia bila kita dah kaya. Dan ingat, sehebat, sekaya, sefemes mana pun kita, kita pasti akan mati.. Ustaz banyak peringatkan yg kita kena selalu2 ingat kepada kematian. Sebab ada banyak kebaikan yg kita boleh dapat dengan mengingati kematian.
Itulah secebis daripada perkongsian yg Ustaz Zamri sampaikan semalam.. Banyak lagi benda best2 yang Ustaz sampaikan, Kalau nak cerita semua mmg tergeliat jari nak menaipnya..hehe.. Ustaz Zamri ni jenis yg kelakar, so mmg kerja dok gelak jelah penonton2 semalam.. Haha.. Best. Kalau sesiapa yg nak jemput Ustaz untuk mana2 program ceramah, bolehla lawati laman web Mantop.com.my. Memang terbaik. 2jam setengah rasa mcm sat ja.. hehe.. Orait, itu sajalah yg aku nak kongsikan kali ni.. Jumpa di lain entri!
Assalamualaikum
****************
Jemput Komen
0 Org Buat Aku Senyum
Komen jangan tak komen.. Makaseh :D