Movie Time: Vikingdom KRU.. OK or KO?

By Kimi Jamai - September 15, 2013

Assalamualaikum.
Salam Muhibbah.. Kali ni aku nak buat review tentang satu movie yg mmg dah agak berkurun aku nnt2kan.. Punyalah lama aku tunggu nak tengok cerita ni sampai aku pun dah xingat bila kali pertama aku dengaq berita pasai cerita ni.. Rasa mcm dah lama sangat.. Janggut ni daripada ada 3 helai, sekarang dah bleh buat penyapu dah.. hehe.. Cerita apakah? Cerita yg aku maksudkan adalah Vikingdom arahan Yusri KRU yg dibintangi majoritinya oleh pelakon2 luar negara.. Even the extras pun sumanya mat soleh salleh.. 


Jalan cerita/sinopsis Vikingdom. Cerita Vikingdom ni mengisahkan kehidupan seorang Raja dari negara Jomsberg yg bernama Eirick Bloodletter yg dilakonkan oleh Dominic Purcell. Cerita ni bermula dengan kematian Eirick yg kemudiannya dihidupkan semula oleh kekasih dia yg jugak merupakan salah sorang daripada kerabat2 Dewa greeks. Dewa Petir A.K.A Thor merancang untuk bukak pintu Neraka, Syurga dan apa entah satu lagi, untuk mendatangkan huru hara kat manusia supaya manusia kembali berpegang kepada Dewa2 Greeks.. Satu2nya org yg boleh hentikan Thor adalah Eirick.. Sebab Eirick ja yg mampu untuk masuk ke tempat dimana senjata yg dapat bunuh Thor disimpan.. So, cerita ni punya storyline adalah tentang perjalanan Eirick nak dapatkan senjata tu dan kemudian pertempuran antara dia dengan Thor.. Nak tau sapa menang? haha.. mstilah Hero menang.. Tapi sebelum dia menang dan semasa dalam perjalanan dia tu, mcm2lah konfliknya.. 



Komen aku. Cerita ni mmg satu revolusi baru lah dalam dunia perfileman Malaysia. Yelah, rasanya belum ada lagi cerita kat Malaysia ni yg dilakonkan oleh 90% pelakon luar dan dialog pun almost 100% bahasa asing.. Walaubagaimanapun, agak sadis sikitla part2 CGI dia.. Aku tau, mmg susah nak capai CGI level mcm filem2 mat salleh.. Tapi sejujurnya, mmg agak sadis CGI dalam cerita ni.. Teruk tu tidaklah teruk..Ada jugak part yg mmg stylo, tapi byknya yg kurang memuaskan lah.. Pelakon yg dipilih sumanya boleh tahan powernya, tapi x masuk dengan level CGI yg dipaparkan.. Tapi still its a good try from KRU production.. Yg aku rasa stylo dalam cerita ni adalah part fighting2.. Especially aksi2 daripada pelakon Tekken, John Foo. Walaupun dialog Jon Foo dalam cerita tu agak sadis jugak, tapi fighting dia mmg power..Untuk Vikingdom aku bagi bintang sebanyak.

5.5 Bintang!


Orait, apa yg aku kongsikan tu hanyalah pendapat dan pandangan aku sebagai penonton ja.. Bukannya nak kondem filem tempatan tau.. Aku still bangga KRU dapat hasilkan satu filem mcm Vikingdom ni *in terms of certain aspect la.. Cuma, sejujurnya, penantian aku selama hampir setahun ni berakhir dengan perasaan yg agak kecewa la..I can say that, Hikayat Merong Mahawangsa lagi gempak.. Still, its a good try. Orait, sampai sini dulu rasanya. Jumpa dilain entri.


Assalamualaikum.
****************
Jemput Komen


  • Share:

You Might Also Like

0 Org Buat Aku Senyum

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D