Muhasabah: Bohsia 2 dan Mesej.

By Kimi Jamai - February 05, 2013



"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui"(Surah. Al Baqarah:216)

Assalamualaikum..
Salam muhibbah.. Tadi adik aku pasang cerita Bohsia 2 kat Tv,  Aku xpernah lagi tengok cerita tu.. Bohsia 1 pun aku xtengok.. Tapi bila tgok pelakon2 dia suma mcm stail jaa.. Ada plak Zizan, haha.. Truih aku p baring depan Tv, join sekaki.. Boleh tahan gak cerita tu.. Lakonan depa mantap.. Si Sofi Jikan punya lakonan mmg gua tabik r.. Haha.. Mmg jadik dia bawak watak dia..n yang lain2 pun power.. Tapi yg paling penting, mesej yang pengarah cerita tu nak sampaikan melalui filem tu..




Hidup ni mmg tentang membuat pilihan.. Setiap semua benda yang kita buat adalah pilihan.. Even  kalau kita xnak buat pilihan pun sebenaqnya kita memilih untuk tidak membuat pilihan.. Dan hak untuk membuat pilihan tu sentiasa ada kat tangan kita.. Sebab tu Allah bagi kita akal..Supaya kita dapat pikiaq sebelum buat sesuatu keputusan.. Tapi kadang2, bila keadaan memaksa, bila situasi mendesak, kita terlupa nak fikir gunakan akal sebelum buat keputusan.. Kita pilih untuk gunakan nafsu dan emosi sebagai penyuluh jalan.. Maka, jalan yang kita pilih tu pun xberapa nak terang lah kan? Tapi pernah x kita dengaq kata-kata ni, "Sometimes the wrong choices lead us to the right places". Jadi, kesilapan kita dalam membuat pilihan awal2 tadi mungkin boleh bawak kebaikan untuk diri kita.. Mungkin Dia nak kita lihat dunia ni dari perspektif yang berbeza, Dia nak kita jadi lebih matang.. Jadi, jgn kita pikir yang orang jahat tu akan selamanya jahat dan jgn pikiaq yang kita xmungkin akan tersilap buat pilihan :)



Allah Maha Pengampun.. Semua orang buat dosa. Dosa kecik, dosa besar.. Mencuri, mengumpat, menipu, riak, takabur, fitnah dan mcm2 lagi dosa.. Jangan nak tipu kata harini aku xbuat dosa langsung.. Sedar atau tidak, kita mmg susah nak lari daripada berbuat dosa.. Tapi X bermakna kita boleh buat dosa.. Sebaiknya, kita usahakan untuk tak buat dosa..  Tapi, kalau dah terbuat tu, pintu taubat tu sentiasa terbuka luas.. Allah sentiasa bersedia untuk memaafkan kita ni.. Sejauh mana pun kita dah terlajak, selagi kita tak syirikkan Allah, Allah sentiasa maafkan kita..  Mungkin dugaan untuk kita kembali ke jalan yg betul tu lebih berliku daripada jalan yang kita dah sesat dulu tu, so kita kena kuat la.. Sentiasalah mohon sikit kekuatan daripada Allah.. 


So, tulah dua mesej penting yang aku dapat daripada cerita Bohsia 2 tu.. Allah nak bagi kita ilmu dengan mcm2 cara.. Dengan pengalaman, pemerhatian dan mcm2 lagilah.. Jadi, dalam apa jugak yang kita lakukan, ameklah sikit ilmu.. Even daripada movie sekalipun. So, tu lah sedikit sebanyak apa yang aku dapat daripada cerita tu.. Kalau ada tersilap cakap tang mana2, aku mohon ampun mohon maaf la yer.. Im just sharing a bit of my thought.. Tu saja untuk kali ni..

Assalamualaikum.
***************
Jemput Komen.

  • Share:

You Might Also Like

14 Org Buat Aku Senyum

  1. Tak tengok lagi cite ni.

    Apa yg aku salu fikir, kita ni sebenarnya tak pernah salah buat pilihan. Apa yg kita pilih tu, memang tu lah yg dah tertulis camtu. Jalan mana pun yg kita pilih, sebenarnya akan bawak kita ke tempat yg sama. Kut. Cuma, jalan yg kita lalui tu je akan berbeza. Err yeke? Aku pun tak sure sebenarnya. Hehehe. Cuma yg aku tau, mana2 jalan pun yg kita pilih, tu sume memang dah tertulis dan tersurat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maksud aku dengan salah membuat pilihan tu adalah dari kaca mata kita sebagai manusia.. hehe..Contohnya, mat2 dadah yang pilih untuk isap dadah tu.. Pada kaca mata sorang manusia, dia dah salah dalam buat pilihan hidup, tapi kita tatau apa sebenaqnya yang Allah dah tuliskan untuk dia.. hehe.. So, betul jugak apa yg hg cakap tu.. hoho :D

      Delete
  2. kita semua ada pilihan dalam membuat apa apa sahaja keputusan dalam hidup ni . tapi kita kena la tau sama ada pilihan yang kita buat tu elok untuk diri dan orang sekeliling atau tak . kalau kita tak pasti dengan pilihan atau keputusan yang kita ambik , kita ada ALLAH untuk minta pandangan kan ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. btoi tu shida.. tapi realiti dunia sekarang, xsemua orang tu dekat dengan agama.. Sebab tulah ada mcm2 masalah sosial sekarang ni... Buat pilihan ikut nafsu dan hati.. :)

      Delete
  3. :) hihi. Takmau comment panjang2. Tp apa yang pasti aku nak tgk gak cita tu. Nanti aku hantaq pendrive. Copy. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha... orait.. bila2 masa pun xpa.. hg mai ja.. :)

      Delete
  4. tengok cerita ni..ada mesej yg disampaikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep... :) banyak sebenarnya mesej yang nak disampaikan.. :)

      Delete
  5. aq x pnh tgk lgi filem ni..sbb mula2 aq pikir mcm x dak pekdah ja tgk.tp lps ang komen psl filem ni,rsa cam nk tgk ja.maybe byk msj yg aq bleh dpt. ^^,

    ReplyDelete
    Replies
    1. yep.. tgoklah umi.. Aku pun pikiaq cmtu gak.. tapi bila tgok, mmg ada tersedar something..

      Delete
  6. da tgk cite ni..mmg byk pngjrn yg blh kite amik =)

    ReplyDelete

Komen jangan tak komen.. Makaseh :D